Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Friday, December 25, 2009

TAHNIAH PELAJAR TING.3 2009

Seramai 81 orang daripada 120 orang pelajar tingkatan tiga telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang mendapat 8A!Kepada yang kurang cemerlang, pastikan SPM 2011 milik anda. Buktikan kecemerlangan mu.

Friday, December 18, 2009

LAWATAN KERJA MGBK DAERAH MELAKA TENGAH KE JOHOR & SINGAPURA

Bermula 14 sehingga 17 Disember seramai 36 orang Guru Bimbingan Kaunseling Daerah Melaka Tengah telah membuat lawatan kerja ke negeri Johor dan Singapura. Matlamat program ini ialah untuk membentuk pasukan guru bimbingan dan kaunseling yang berkarisma dan berinformasi tentang Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di Malaysia dan di negara maju serta prospek kerjaya. Antara objektif program ialah untuk mendedahkan budaya pembelajaran dan pengajaran di negara maju kepada guru bimbingan dan kaunseling, melonjakkan anjakan paradigma guru B&K tentang program di negara maju serta merapatkan hubungan antara guru B&K.Banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan ini. Terima kasih kepada jawatan kuasa MGBK yang bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar. Semoga lawatan kerja seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

SALAM MAAL HIJRAH 1431

1 Muharram 1431 bukan sekadar hari cuti. Ia adalah permulaan ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Semoga iman diperkuatkan, amalan ditambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, December 8, 2009

sireh pulang ke gagang

Selepas tamat peperiksaan SPM semua pelajar tingkatan 5 dan ibu bapa mereka telah berkumpul di dewan untuk majlis Sireh Pulang ke Gagang dimana secara simboliknya pelajar-pelajar ini diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka setelah lima tahun bersekolah di MOZAC. Majlis ini bertujuan mewujudkan rasa hormat menghormati, menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. Majlis di mulai dengan bacaan doa, ucapan Tuan Pengetua, Ucapan GPK HEM, Ucapan Kaunselor, dan pemberian cenderamata dari sekolah kepada semua pelajar tingkatan 5. Majlis bersurai selepas para hadirin menikmati jamuan ringan. Tuai Padi Antara Nampak, Esok Jangan Layu layuan, Intai Kami Antara Nampak, Esok Jangan Rindu rinduan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 5 2009!

cuti cuti juga, buku jangan lupa yer

Thursday, November 5, 2009

AVIATOR TRIP UNIKL

Pada hari Sabtu bersamaan 24 Oktober 2009 Unit Kerjaya UNIKL bersama pelajar UNIKL MIAT telah memberikan penerangan tentang penyelenggaraan kapal terbang dan kerjaya dalam bidang penerbangan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah paper plane, eggs drop, dan glider. Para pelajar tingkatan tiga MOZAC seronok dan dapat mempelajari bidang berkaitan penerbangan dengan lebih mendalam. Program ini merupakan salah satu program Pasca PMR.


Monday, October 26, 2009

MESYUARAT PROFESIONALISME GURU KAUNSELING SBP

Pada 13-16 Oktober 2009 telah diadakan Mesyuarat Profesionalisme Guru Kaunseling SBP Kali Ke 3 Peringkat Kebangsaan di Hotel Maytower Kuala Lumpur. Mesyuarat yang berlangsung selama 4 hari ini telah berjaya mengumpulkan kesemua guru kaunseling dari 57 buah SBP. Banyak ilmu yang telah diperolehi sepanjang mesyuarat berlangsung. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Hj Alimuddin Hj Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Beliau juga telah merasmikan majlis pelancaran Fail Meja Guru Kaunseling SBP dan Blog Guru Kaunseling SBP. Terima kasih kepada pihak Urusetia Zon Selatan yang berusaha memastikan perjalanan program berjalan lancar, Pengetua dan pentadbir MOZAC serta saudara Mohd Shakir yang membantu dalam penghasilan montaj pelancaran.

Tuesday, October 6, 2009

SELAMAT BERJUANG PUTERA & PUTERI MOZAC


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

RESTU ILMU PMR 2009



Majlis Restu Ilmu telah diadakan bermula pada pikul 10 pagi bertujuan untuk memberi kata-kata perangsang sebelum calon-calon PMR MOZAC berjuang. Setiap wakil panitia menyampaikan amanat dan tip-tip berguna untuk pelajar ketika menjawab peperiksaan. Tuan Pengetua dan GPK menyampaikan pesanan dan harapan beliau terhadap para pelajar. Kemudian sesi menyampaikan alat tulis diserahkan kepada wakil setiap kelas. alat tulis ini akan digunakan oleh pelajar ketika menjawab peperiksaan. Slot terakhir telah disampaikan oleh setiausaha peperiksaan iaitu Pn Siti Hasnah. Calon-calon PMR perlu mematuhi peraturan dalam dewan semasa peperiksaan dan membawa peralatan yang sepatutnya. Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.AMIN.

Friday, October 2, 2009

3 SIKAP YANG PERLU DIPERBAIKI




Semasa perhimpunan pagi tadi Kaunselor ada menyampaikan pesanan supaya pelajar Mozac memperbaiki 3 Sikap yang kurang baik kepada yang lebih baik seperti:

1)Sentiasa menjaga kebersihan diri, kelas dan dorm. Kerana kajian mendapati individu yang hidup dalam keadaan yang bersih akan panjang umur dan awet muda.
2)Tidak bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara seperti membuat homework dan tugasan folio yang diberi guru secepat mungkin. Ulangkaji pelajaran jika terdapat masa yang terluang. Contoh jika guru lambat masuk ke kelas atau ketika ketiadaan guru. Perlu ulangkaji berterusan supaya pelajar lebih faham dan mudah untuk menjawab soalan.
3)Perlu cepat dalam segala tindakan dan pemikiran. Perlakuan dan tindakan perlu seiring dengan cara kita berfikir. Hari ini dan akan datang siapa yang cepat akan beroleh kejayaan dan siapa yang lambat akan ketinggalan jauh dan terus mundur.

FIKIR-FIKIRKAN DAN SAMA-SAMA KITA PERBAIKI DIRI..

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tadarus Kubra mentor mentee akan diadakan pada hari Khamis 17 September bersamaan 27 Ramadhan di tempat-tempat yang disedikan. Selepas itu para pelajar dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selamat Bercuti..Selamat Hari Raya..Berhati hati di Jalan Raya..dan Kumpul Banyak-banyak Duit Raya.Hehe

Monday, September 14, 2009

RENDANG ANAK PERANTAU


Bila nak raya ni macam-macam resepi yang kita terfikir nak cuba.Apa kata cuba yang ni.

BAHAN-BAHAN :

-1 kenderaan yang telah diservis ( kereta/motosikal/bas ekspres)
-Minyak petrol/diesel secukupnya mengikut keperluan perjalanan
-Tahap kesabaran yang paling tinggi
-Had laju yang ditetapkan
-3 buah lampu isyarat yang perlu dipatuhi
- Merah – berhenti
- Kuning – bersedia untuk berhenti
- Hijau – jalan
-Jika mengantuk, berehat sebentar.

CARANYA:

Para penumpang masuk ke dalam kenderaan yang telah diservis. Pakai tali pinggang keledar bagi kereta dan topi keledar bagi motosikal. Isi minyak mengikut keperluan destinasi . Untuk selamat sampai ke destinasi yang di tuju, tambahkan kesabaran hati dalam jiwa pemandu . Patuhi juga had laju yang ditetapkan. Pandu berhati hati. Patuhi juga lampu isyarat. Berhenti apabila lampu merah, bersedia untuk berhenti apabila lampu kuning dan jalan apabila lampu berwarna hijau.

Jika mengantuk pastikan anda berehat. Untuk menyemarakkan lagi suasana Hari Raya, pasangkan lagu bertemakan Hari Raya. Setelah selamat sampai ke destinasi, salam kedua tangan ibu bapa dan minta ampun maaf daripada mereka.

SELAMAT MEMANDU, KEPULANGAN MU DITUNGGU..SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT HARI RAYA!

* RENDANG ANAK PERANTAU merupakan tips pemanduan berhemah bagi sesiapa yang ingin pulang berhari raya.

Thursday, August 20, 2009

MOCK INTERVIEW 2009







Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama guru-guru MOZAC telah mengadakan Mock Interview kepada semua pelajar tingkatan 5. Sebelum Mock Interview para pelajar telah mendengar penerangan daripada Pn Zulindawati berkenaan perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh pelajar ketika menghadiri sesi temuduga. Mock Interview ini telah diadakan di kelas-kelas tingkatan 5, Bilik Media dan Bilik Bahasa. Program ini bertujuan supaya para pelajar mengalami sendiri pengalaman ketika ditemuduga. Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah terlibat dalam Mock Interview pada hari ini.

10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN PADA HARI TEMUDUGA

1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih.Elakkan memakai baju batik
dan T-shirt.
2. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher.
3. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,
Jangan pakai minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan.
4. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
5. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung
bagi perempuan.
6. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas
pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta
surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga.
7. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya
nampak lebih kemas dan teratur.
8. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk
sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk
berehat dan bertenang. Jangan sekali-kali datang lambat.
9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk
pintu terlebih dahulu sebelum masuk.
10. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA

Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat. Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai setiap tahun.
Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti maktab, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan mereka.
Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga pelajar-pelajar SBP dan MRSM, perkara-perkara berikut telah didapati:

1. Pelajar-pelajar lemah dalam membuat ‘arguement’.
2. Bersikap pasif semasa temuduga.
3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik.
4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.
6. Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.
7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti
tempatan dan luar negeri.
8. Kurang pengetahuan am.
9. Berpakaian tidak kemas.

Friday, August 7, 2009

KOLOKIUM KECEMERLANGAN PELAJAR PROJEK KHAS KEBANGSAAN






2 hingga 5 Ogos telah berlangsung Kolokium Kecemerlangan Pelajar Projek Khas di Tiara Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Seramai empat orang wakil pelajar projek khas tingkatan empat dari setiap SBP telah menghadirkan diri ke program tersebut. Program ini bermatlamat supaya pelajar ini dapat meningkatkan jati diri untuk mencapai kecemerlangan dari pelbagai aspek. Melalui program ini para pelajar dapat berjumpa tokoh-tokoh negara dan alumni-alumni SBP yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Sebelum mengakhiri program tersebut, seorang wakil pelajar dari MOZAC, Mohd Solahuddaim dengan sukacitanya telah mengetuai bacaan ikrar pelajar projek khas. Diharap para pelajar dapat mencontohi kecemerlangan yang telah dicipta oleh alumni-alumni SBP dan membuktikan pelajar projek khas juga mampu mencapai kecemerlangan hidup.

Friday, July 31, 2009

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PROJEK KHAS & BIASISWA




Pada 30 Julai 2009, Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka telah menjemput Ustaz Mahadi bin Abu Hasan dan Pn Noliah Bt Kudus pensyarah dari UTEM untuk menyampaikan ceramah berkaitan kecemerlangan diri. Ceramah ini bermula pada pukul 9.00 malam di dewan besar Sultan Muzaffar Syah, MOZAC. Kumpulan sasaran ialah para pelajar projek khas dan biasiswa dari tingkatan satu hingga lima. Program ini sebagai persediaan emosi untuk mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun, PMR dan SPM dengan lebih yakin. Semoga pelajar MOZAC mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Terima kasih kepada pihak yang terlibat.

Thursday, July 30, 2009

PILIH ANTARA " PENJUAL MINYAK WANGI ATAU TUKANG BESI"

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."


KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.

Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.

Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit. Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?

Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.

Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.

Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.

Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya. SETELAH MEMBACA ARTIKEL INI YANG MANA SATU PILIHAN ANDA? "PENJUAL MINYAK WANGI ATAU TUKANG BESI"?

Monday, July 20, 2009

KEM JATI DIRI TINGKATAN 4 SIRI 5/2009



Pada 17- 19 Julai 2009 Unit Bimbingan & Kaunseling MOZAC telah menjalankan program dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Banyak aktiviti yang dijalankan seperti Eksplorace, Eksesais Seram Sejuk, Eksesais Burung Hantu, Paint Ball, Flying Fox, Penyelesaian Masalah, dan Demonstrasi Pengkalan. Semua aktiviti ini bertujuan membentuk keyakinan diri pada setiap pelajar, dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman dalam sesebuah pasukan, disiplin diri dan tanggungjawab. Diharap program ini memberi manfaat kepada para pelajar tingkatan 4.

Wednesday, July 15, 2009

Bagaimana menangani MARAH





1.Biarkan ia berlalu ; * Salah satu cara berurusan dgn rasa marah adalah dengan belajar utk memaafkan. * Ketidakadilan muncul sepanjang masa & semua orang pernah bersalah * Belajar utk melepaskan rasa marah adalah sebahagian drp kebijaksanaan emosi

2. Gunakan ia secara positif ; ~ Tumpukan perhatian pd sesuatu yg boleh menghilangkan rasa marah ~ Jika ia tak juga hilang, carilah seseorang utk anda meluahkan permasalahan anda

3.Namakan ia, tuntut ia, bidik ia & jinakkan ia ; * 'Bidik' bermaksud anda tahu dari mana kemarahan itu datang & bagaimana utk mengawalnya * 'Jinakkan' bermakna belajar utk mengawal diri

4. Jangan mendesak, jangan mencurahkan ! ~ Dengan mendesak perasaan marah akan membuatkan kita sakit hati ~ Akui saja perasaan marah tersebut kerana dengan berbuat demikian, kita dapat melupakan perkara lama & buka buku baru

5. Kawal ia / ia yang mengawal anda ; * Belajar utk mengawal kemarahan anda * Yang membezakan diri hanyalah kawalan diri sendiri & kelengkapan yg digunakan : * memahami emosi, * berupaya utk berhenti, * menenangkan diri sendiri, * berfikir mengenainya secara keseluruhan & * tidak membiarkan rasa marah mengusai diri

Sunday, July 12, 2009

KEM JAYA DIRI 2009



Semua pelajar tingkatan satu telah menjalani program motivasi "team building" di Kem Modal Insan, Durian Tunggal. Objektif program sehari ini diadakan bertujuan untuk membina jati diri pelajar dan semangat bekerja dalam satu kumpulan. Mozac mahu melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam akademik mahupunjati diri yang mantap.

Wednesday, June 24, 2009

KITA PERLU PERBAIKI DIRI SETIAP HARI

Amat sukar untuk berfikiran positif di kala suasana persekitaran berupa negatif sepanjang masa, penuh pelbagai tekanan dan pelbagai jenis perbalahan. Amat sukar saya rasakan, sebanyak mungkin saya meminta doa pada Allah moga diberi kekuatan menghadapi semua itu.
Minda kita, kesabaran kita lebih teransang utuh dengan bacaan doa, istighfar dan syukur. Lihat sekeliling Anda, perhatikan lalu fikir. Mungkin, apa yang Anda ada, orang lain tak ada. Nikmat dan rahmat yang dikurniakan pada Anda, tak ada pada orang lain.
Kekuatan Anda, bakat Anda, kemahiran Anda, mungkin tak ada pada mereka.
Anda patut bersyukur.
Dari rasa kesyukuran itu, timbul rasa bersemangat. Ketika Anda tersepit dalam suasana persekitaran negatif, berada di keliling orang-orang berfikiran negatif, Anda perlu banyakkan istighfar, banyakkan bersyukur kerana cara itu akan membuat Anda berubah ke arah fikiran positif.
Kita perlu berubah setiap hari.
Sebabnya? Kita perlu perbaiki diri setiap hari...( Dato' Dr Fadzilah Kamsah)

Monday, June 22, 2009

Tahniah & Cuba Lagi








Pada 20 Jun yang lalu Mozac telah menghantar 20 peserta ke Karnival Kerjaya Zon Selatan di SBPI Jempol. Mozac menghantar 4 orang peserta EAK, 4 orang peserta Media Maklumat, 4 orang peserta kain rentang, 4 orang peserta Folio Kerjaya, 3 orang peserta Kuiz Kerjaya, dan seorang peserta Melukis Poster. Dalam kesemua kategori yang disertai, pasukan Media Maklumat dan pasukan Folio Kerjaya telah berjaya mendapat tempat ke tiga. Percubaan kali pertama membuahkan hasil.Tahiah!Pasukan yang menang tempat pertama dan kedua akan bertanding di UKM bagi peringkat Kebangsaan.Tahniah diucapkan kepada pemenang dan kepada yang tidak menang, cuba lagi pada peluang akan datang. Terima kasih kepada Pn Zulindawati dan Cik Munira kerana menjadi guru pengiring pasukan Mozac pada hari tersebut.

Monday, May 25, 2009

A Smile


  • Smile, it makes people wonder what you are thinking.
  • A smile is an inexpensive way to improve your looks almost instantly.
  • A smile is a language even a baby understand.
  • A smile cannot be bought, begged, borrowed, or stolen, for it is something that is of no value to anyone until it is given away.
  • A smile is a curve that sets a lot of things straights.
  • It is almost impossible to smile on the outside, without feeling better on the inside.
  • A smile can open a heart faster than a key can open a door.
  • No smile is as beautiful as the one that struggles through the tears.
  • If you smile when no one else is around, you really mean it.
  • No matter how grouch you're feeling, you will find the smile more or less healing. it grows in a wreath all around the front teeth. Thus preserving the face from congealing.
  • A smile costs nothing, but gives much. It enriches those who receive, without making poorer those that give. It takes but a moment, but the memory lasts forever.
  • Every time you smile at someone, it is an action of love, a gift to that person, a beautiful thing.
  • Smile... nobody ever added up the value of a smile: we know how much a dollar's worth; and how far is a mile; we know the distance to the sun; the size and weight of the Earth; but no one's ever told us yet, how much a smile's worth.

Good Human Relations

1. Speak to people

There is nothing so nice as a cheerful word of greeting

2. Smile at people
It takes 72 muscles to frown, only 14 to smile

3. Be friendly and helpful
If you would have friends, be a friend

4. Call people by name
The sweetest music to anyone's ears is the sound of his own name

5. Be cordial
Speak and act if everything you do is a genuine pleasure

6. Be genuinely interested in people
You can like almost everybody if you try

7. Be generous
With praise - cautious with critism

8. Be considerate
With the feeling of others. There are usually three sides to controversy: yours, the other person's, and the right side

9. Be alert
To give service. What counts most in life is what we do for others

10. Add to this a good sense of humour
A big dose of patience and a dash of humility, and you will be rewarded many folds

Panduan Mendengar dengan Berkesan

Mendengar dengan berkesan bermaksud dengan mata, telinga dan hati. ia melibatkan kebolehan untuk terus berdiam, mengelakkan tumpuan dan minat pada orang yang sedang bercakap. ia juga melibatkan kebolehan memahami bukan hanya pada apa yang diperkatakan, tetapi maksud diperkatakan dan perasaan orang yang memperkatakan. suatu cara menguji kebolehan mendengar ialah dengan membuat rumusan dan menyelami perasaan orang yang bercakap.

Perkara yang digalakkan :

  • Duduk atau berdiri condong kearah orang yang bercakap dalam keadaan relaks.
  • Pandang kearah orang yang bercakap.
  • perhatikan air muka dan gerak-gerinya.
  • Senyum apabila ia senyum, dan bertenang apabila cerita menyedihkan atau mengejutkan.
  • Dengar apa yang diperkatakan, gaya, nada suara dan kelajuan bercakap kadangkala menyatakan sesuatu tentang perasaannya.
  • Berikan galakkan supaya ia terus bercakap dengan membuat tindak balas lisan dan tidak lisan seperti mengangguk..., ya..., lepas tu..., em...

Perkara yang tidak digalakkan :

  • Terlalu banyak bertanya seolah-olah menyiasat untuk kepentingan sendiri.
  • Bertanya soalan 'kenapa' dalam nada seolah-olah ia bersalah.
  • Menggangu atau mencelah semasa ia bercakap.
  • Memberikan nasihat dan teguran.
  • Menilai perbuatan sebagai salah atau betul.
  • Menahan ia meluahkan perasaan sedih dan marah.
  • Menyangkal atau menentang pendapatnya walaupun anda tidak bersetuju.
  • Membuktikan ia bersalah atau lemah akan menyebabkan ia lebih 'defensif'.
  • Tukar tajuk perbualan daripada hal lain kepada hal peribadi.

Tuesday, March 10, 2009

MENANGANI GEJALA BULI


"MASALAH buli di kalangan masyarakat terutama remaja memang sukar dibendung 100 peratus kerana ia berkait rapat dengan latar belakang keluarga yang memberi sumbangan besar terhadap tingkah laku seseorang"


Tip elak kejadian buli

*Setiap pelajar perlu berani beri maklumat kepada pihak berkuasa atau keluarga jika mereka dibuli individu tertentu.

*Sebagai rakan, anda perlu mengetahui sebarang perubahan kepada rakan anda dan segera melaporkan kepada pengawas atau guru.

*Guru atau warden asrama perlu mengambil serius setiap aduan buli dan merahsiakan hal berkenaan supaya pelajar yang menjadi mangsa buli mendapat perlindungan sewajarnya.

*Ketika minggu suai kenal, pihak sekolah perlu memberi penerangan terperinci kepada pelajar mengenai masalah buli dan apa yang perlu lakukan jika ada pelajar lain membuli mereka.

*Memperbanyakkan sesi kaunseling kepada remaja bermasalah untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan.

*Laksanakan secara serius kempen Hentikan Buli dilancarkan kerajaan tidak lama dulu

Monday, January 12, 2009

Tahniah & Selamat Datang Pelajar Tingkatan 1




Warga MOZAC mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada para pelajar yang terpilih dan mendaftar hari ini sebagai pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah. Diharap para pelajar yang terpilih ini dapat menyesuaikan diri hidup di SBP dan mempunyai matlamat yang jelas untuk berjaya dalam akademik mahupun kokurikulum. Gunakan peluang yang ada, dan teruskan kecemerlangan diri.