Perkara yang digalakkan :
- Duduk atau berdiri condong kearah orang yang bercakap dalam keadaan relaks.
- Pandang kearah orang yang bercakap.
- perhatikan air muka dan gerak-gerinya.
- Senyum apabila ia senyum, dan bertenang apabila cerita menyedihkan atau mengejutkan.
- Dengar apa yang diperkatakan, gaya, nada suara dan kelajuan bercakap kadangkala menyatakan sesuatu tentang perasaannya.
- Berikan galakkan supaya ia terus bercakap dengan membuat tindak balas lisan dan tidak lisan seperti mengangguk..., ya..., lepas tu..., em...
Perkara yang tidak digalakkan :
- Terlalu banyak bertanya seolah-olah menyiasat untuk kepentingan sendiri.
- Bertanya soalan 'kenapa' dalam nada seolah-olah ia bersalah.
- Menggangu atau mencelah semasa ia bercakap.
- Memberikan nasihat dan teguran.
- Menilai perbuatan sebagai salah atau betul.
- Menahan ia meluahkan perasaan sedih dan marah.
- Menyangkal atau menentang pendapatnya walaupun anda tidak bersetuju.
- Membuktikan ia bersalah atau lemah akan menyebabkan ia lebih 'defensif'.
- Tukar tajuk perbualan daripada hal lain kepada hal peribadi.
No comments:
Post a Comment