Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Monday, July 26, 2010

KEM MOZAC CERDAS & CERGAS 2010


TARIKH : 23 & 24 Julai 2010
TEMPAT : Lake Garden Resort, Melaka
SASARAN : Semua pelajar tingkatan dua

Selepas solat Jumaat, semua pelajar tingkatan dua MOZAC telah menaiki bas untuk meghadiri KEM MOZAC CERDAS & CERGAS anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling serta kerjasama dari Nur'insani Training & Consultancy. Program ini bermula selepas pelajar mendaftar penginapan mereka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan motivasi diri mereka supaya dapat bersama-sama mengekalkan kecemerlangan diri,memberi pengalaman kepada para pelajar bekerjasama dalam satu kumpulan,meningkatkan ilmu kerohanian dan spiritual serta merapatkan ssilaturahim.Majlis penutup telah disempurnakan oleh GPK HEM dan majlis bersurai pada pukul 5 petang.

Sunday, July 11, 2010

Keindahan Bersamamu

Program : Keindahan Bersamamu - Tingkatan 5 dan Jemaah Islam Malaysia (JIM)
Tarikh : 10-11 Julai 2010
Tempat : Dewan MOZAC

Pada hari Ahad ( 11 Julai 2010) ibubapa/ penjaga pelajar tingkatan 5 dan guru-guru dijemput hadir pada slot terakhir program "Keindahan Bersamamu".

KOLOKIUM KECEMERLANGAN PELAJAR PROJEK KHAS 2010


Program : Kolokium Kecemerlangan Pelajar Projek Khas SBP 2010
Tema : Melestarikan Kecemerlangan
Tarikh : 7 - 10 Julai 2010
Tempat : Puteri Resort, Melaka


Seramai 230 orang peserta dari 58 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah menyertai Kolokium tersebut. Antara slot-slot yang disediakan ialah sesi bersama Pengarah SBP, bersama Tokoh Sejarawan Melaka, Sesi Bersama Alumni, Lawatan (PERZIM), Bicara Tokoh, Forum, Sesi Bersama Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Makan Malam Bersama Pemimpin Melaka ( Tajaan menaiki River Cruise), Rumusan Bersama Pengarah SBP dan Majlis Penutup. Diharap para peserta dapat melonjakkan diri kearah "MELESTARIKAN KECEMERLANGAN" dan " MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA"
Tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat!

Tuesday, July 6, 2010

BENGKEL 'PETA MINDA'

Program : Bengkel Peta Minda - NPI dan Parlimen Bukit Katil
Tarikh : 6 Julai 2010
Masa : 8 pg - 1.00 tghari
Tempat : Dewan Makan MOZAC
Pelajar : Semua pelajar tingkatan 3 dan 4

CERAMAH ADAB PERGAULAN REMAJA

Program : Ceramah Pergaulan Remaja LPPKN
Tarikh : 24 Jun 2010 ( Khamis)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Dewan Makan MOZAC
Pelajar : Semua pelajar tingkatan 2