Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Tuesday, May 24, 2011

LUPA?




Pelajar: Cikgu saya risau. Mula-mula belajar saya ingat lepas tu saya lupa. huhu. Sebab tu keputusan peperiksaan saya teruk

Cikgu: ok saya akan bantu awak teknik-teknik untuk mengingat.
1) Niat untuk belajar sesuatu subjek untuk kecemerlangan diri dan ilmu yang diperolehi akan membantu diri. Niat belajar akan menjadikan pelajar gembira untuk belajar dan tidak tertekan.

2) Wujudkan minat kepada subjek tertentu. Selalunya subjek yang lemah adalah subjek yang tidak diminati pelajar. Contoh: Pelajar yang minat bola sepak akan mengikuti perkembangan bola sepak kebangsaan atau kelab luar. Mereka akan tahu siapa pemain kumpulan tersebut dan gaya permainan mereka. Begitu juga kepada sesiapa yang berminat dengan novel. Mereka akan mengingati watak-watak dalam cerita tersebut.

3) Masukkkan unsur emosi dan imaginasi semasa proses mengingat. Pelajar boleh mereka cerita yang logik atau fantasi dari kata kunci. Lagi lucu atau tidak logik cerita tersebut, lagi cepat pelajar mengingat pelajaran. Ingatan akan melekat cepat dalam minda apabila unsur emosi dan situasi dibagungkan. Contoh: pelajar yang membaca novel akan menjiwai watak-watak dalam penceritaan dan adakalanya pembaca akan menangis, tersenyum dan geram. Dan apabila diminta untuk mengulas cerita dalam novel tersebut, mereka dapat menceritakan kembali.

Banyak lagi teknik mengingat yang boleh dipraktikkan. Cuba yang ini dahulu. Selamat mencuba=)

Thursday, May 19, 2011

Minggu Peperiksaan

Terima Kasih Cikgu



Setiap tahun pada bulan Mei kita akan menyambut hari-hari yang istimewa seperti Hari Pekerja, Hari Ibu dan Hari Guru. Kepada guru-guru MOZAC dan guru-guru seluruh Malaysia..Selamat Hari Guru:
'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Tuesday, May 3, 2011

Johan Keseluruhan Pertandingan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Melaka

Pada 30 April yang lalu Unit Bimbingan & Kaunseling MOZAC telah menghantar 28 orang pelajar untuk bertanding dalam semua kategori ( Pertandingan melukis poster,kain rentang, sketsa,media maklumat, folio kerjaya, dan EAK)di SK Tanjong Minyak bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 ptg. Usaha gigih dan kerja keras pelajar berbaloi apabila MOZAC telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Karnival Kerjaya 2011. Terima kasih diucapkan kepada Pn Zulindawati dan Pn Munira atas bimbingan dan kerjasama yang diberikan.Tahniah kepada pelajar yang terlibat dalam memartabatkan nama sekolah.Jumpa lagi pada tahun hadapan.

Program Gerak Gemilang PMR




Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan program ini dengan menjemput YM Raja Shamri B. Raja Husin sebagai penceramah. Program ini diharap dapat menyedarkan pelajar tentang peri pentingnya berusaha ke arah kecemerlangan diri.

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)

Tempat : Dewan Sultan Muzaffar Syah, MOZAC

Masa: 8.00 pg - 4.00 ptg

"Success is not all about techniques, success is all about way of life"