Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Wednesday, December 31, 2008

pencapaian pelajar projek khas .


Seramai 5 dari 9 orang pelajar projek khas tingkatan 3 tahun 2008 mendapat maksimum 8A dalam PMR.Tahniah dan harapan kita semua mereka yang akan menduduki peperiksan awam selapas ini akan menjadikan pencapaian ini sebagai motivasi diri yang patut ditauladani.Petikan berita dari Utusan Malysia 31 Dis tentang salah seorang dari mereka yang berjaya.5 orang mencapai 8A, 1 orang 7A, 2 orang 5A dan seorang 4A.
Syabas untuk pelajar berikut yang mencapai 8A iaitu
Muhammad Azlan b. Baharon
Siti Halilah Bt Nordin
Siti Fatimah Bt Radzuan
Muhd Solahuddain b. Ariffin
Nurul Adha Bt Khamis

Tuesday, December 30, 2008

TAHNIAH & SELAMAT TAHUN BARU 1430H


Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 3 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Tahniah juga kepada ibubapa serta guru-guru yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang ini. Bagi yang kurang cemerlang, jangan putus asa. Sekali kita jatuh, tidak bermakna kita akan berada dibawah sahaja!Usaha berterusan untuk masa depan yang lebih gemilang. Sempena tahun baru 1430H ini tanamkan azam, gigihkan usaha, dan berdoa semoga impian dan cita-cita jadi kenyataan. Selamat Tahun Baru 1430H.

Saturday, December 13, 2008

Friday, November 14, 2008

SPM 2008 & Selamat Bercuti


Pixel Code Graphics






SPM menjelma lagi. Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan 5. Usaha yang berterusan, doa, restu dari ibubapa, guru dan seluruh warga MOZAC mengiringi anda. Jaga kesihatan semasa SPM dan fikirkan positif..Anda mampu melakukan yang terbaik.
Selamat bercuti kepada para pelajar. Kepada pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM pada tahun hadapan diharap memanfaatkan waktu cuti dengan mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan. Bagi pelajar tingkatan 4 tahun 2009 manfaatkan waktu cuti anda dengan menjalankan tugasan EAK. Manakala pelajar tingkatan 2 2009, isi masa yang ada untuk mencari maklumat berkaitan kerjaya bagi tugasan "Folio Kerjaya". Taklimat berkaitan EAK dan Folio Kerjaya telah diberi kepada pelajar-pelajar sebelum cuti. Selamat bercuti!

Wednesday, November 5, 2008

Online UPU & Majlis Restu Ilmu SPM

Pelajar tingkatan 5 boleh melayari laman web http://www.mohe.gov.my untuk mengisi borang kemasukkan ke IPTA( fasa 1) bermula pada 3 November sehingga 31 Disember 2008.
Majlis restu ilmu untuk pelajar tingkatan 5 akan diadakan pada 6 November 2008 (Khamis)di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru tingkatan 5 untuk menyampaikan amanat dan tips-tips peperiksaan sebelum SPM yang akan bermula pada 11 November 2008. Kaunselor juga akan memberikan kata-kata motivasi sebagai panduan dan semangat untuk pelajar berjuang dalam SPM.

Monday, October 20, 2008

Friday, October 10, 2008



" TO GET THE BEST I ALWAYS GIVE MY VERY BEST"
SELAMAT MENGHADAPI PMR UNTUK SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3 PROJEK KHAS..YAKIN PADA DIRI SENDIRI SELEPAS BERUSAHA DENGAN GIGIH DAN BERDOA TANPA HENTI.

Monday, October 6, 2008


Get Hari Raya Graphics Here





TAHNIAH kepada pemenang "Pertandingan Kad Raya Paling Kreatif Untuk Mentor"
Tempat pertama : Pn Hanita Rahim & mentee
Tempat kedua : Pn Norizah Baba & mentee
Tempat ketiga : Pn Haniza Ahmad & menteee
5 hadiah saguhati
Hadiah berupa wang tunai boleh dituntut selepas cuti Aidilfitri

Salam aidilfitri dari unit bimbingan & kaunseling MOZAC

Monday, September 15, 2008

Friday, September 5, 2008

PHD 2020


Click imej untuk jelas

Saturday, August 30, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN & SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



MERDEKA KALI KE 51..SEMOGA MALAYSIA AMAN, MAKMUR & BERTAMBAH MAJU.BERSYUKUR DAN BERUSAHA UNTUK KECEMERLANGAN.
BULAN RAMADHAN MENJELMA LAGI.BERTUAH BAGI UMAT ISLAM YANG DAPAT MERAIKANNYA DENGAN BERPUASA & SOLAT TARAWIKH SEPANJANG BULAN YANG MULIA INI.BAGI WARGA MOZAC,AMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG LEBIH POSITIF.SELAMAT BERPUASA DARI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING.

Wednesday, August 20, 2008

Monday, August 18, 2008

siapa tak angkat jemuran ha...?




inilah perkara yang selalu berlaku bila penghuni balik kampung....tak sayang harta ke..kesian ibubapa belikan pakaian tapi tidak dihargai..ubahlah perangai tu ..

belajarlah...

Thursday, August 14, 2008

BubbleShare: Share photos - Create and Share Crafts

Monday, August 11, 2008

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MUZAFFAR 2008







Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Sivik telah berjaya melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Muzaffar di Zoo Melaka. Semua pelajar tingkatan 4 telah berkumpul dihadapan pintu masuk Zoo seawal 8.30 pagi. En Fauzi merupakan pegawai zoo yang terlibat memberi taklimat kepada pelajar. Setiap kumpulan dibekalkan sebanyak 20 batang pokok dan pelajar mencari tapak yang sesuai untuk menanam pokok-pokok tersebut. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar,memelihara dan memulihara alam sekitar dan semangat kerjasama dikalangan pelajar.
Program Khidmat Masyarakat Muzaffar ini tidak akan berjaya jika tiada kerjasama dari pihak Pejabat Perhutanan Melaka yang memberi sumbangan pokok, persetujuan dari pihak Zoo Melaka yang membenarkan pelajar tingkatan 4 menanam pokok, dan sokongan daripada pihak sekolah dari awal hingga akhir .Diharap program seperti ini dapat diteruskan supaya pelajar dapat mempelajari ilmu-ilmu bukan sekadar dalam bilik darjah tetapi diluar bilk darjah juga.

BENGKEL KHIDMAT MASYARAKAT & PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

Bengkel khidmat masyarakat dan menghasilkan kertas kerja telah dijalankan pada 1 ogos 2008 pada pukul 9.30 malam. Cik Munira bertanggungjawab memberi penerangan berkaitan khidmat masyarakat dan cara-cara menghasilkan kertas kerja yang lengkap.Para pelajar tingkatan 4 telah diberi tugasan dalam kumpulan untuk menghasilkan kertas kerja khidmat masyarakat. Kertas kerja yang mereka bincangkan ini akan dilaksanakan oleh para pelajar tingkatan 4 tahun hadapan sekiranya program yang dirancang realistik dan menepati objektif.
Untuk slot seterusnya,Pn Lee Chay Yin dari Panitia Sivik & Kewarganegaraan telah menerangkan format-format laporan aktiviti Khidmat Masyarakat.
Pada 5 Ogos 2008 telah diadakan pembentangan kertas kerja bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah menunjukkan komitmen dan berjaya membentangkan idea masing-masing.

LAWATAN & PERKONGSIAN PINTAR PELAJAR TINGKATAN 1 MOZAC DENGAN SMK RAHMAT

Selamat datang diucapkan kepada guru dan pelajar tingkatan 1 SMK Rahmat. Program perkongsian pintar antara pelajar tingkatan 1 MOZAC dan SMK Rahmat telah dijalankan pada 30 julai yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lawatan dipersekitaran sekolah dan asrama, perbincangan dalam kumpulan dimana para pelajar membincangkan isu-isu yang telah diberi kepada mereka serta persembahan daripada pelajar MOZAC dan SMK Rahmat. Pelajar SMK Rahmat telah membuat persembahan nazam dengan jayanya. Manakala pelajar MOZAC telah membuat persembahan mengikut kelas bahasa antarabangsa mereka bermula dengan bahasa Arab,Perancis, Mandarin dan Jepun. diharap perkongsian pintar ini dapat membuka minda pelajar dan merapatkan hubungan sesama insan.

Wednesday, July 30, 2008

Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 4 Siri 4 /2008

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.


































LAPORAN KEGIATAN / AKTIVITI
NAMA AKTIVITI
Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 4 Siri 4 / 2008
OBJEKTIF PROGRAM
Diakhir kursus ini para pelajar diharapkan :
1.1 Dapat membentuk keyakinan diri pada setiap peserta .
1.2 Dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman dalam sesebuah pasukan.
1.3 Dapat memberikan motivasi dan galakan di dalam menghadapi zaman persekolahan.
1.4 Dapat membentuk sikap taat setia, berdisiplin dan bertanggungjawab

TARIKH PERLAKSANAAN
11 Julai 2008 hingga 13 Julai 2008
TEMPAT
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Rejimen 514AW Bukit Beruang dan Pusat Rekreasi Ayer Tasik Ayer Keroh Melaka
SASARAN
Semua pelajar tingkatan 4 ( 139 orang )
PERSONALIA
KOS/SUMBER
RM 5000/-
1. Peruntukan Bimbingan dan Kaunseling
2. WLM

PENGISIAN
11 JULAI 2008 ( JUMAAT )
Masa : 3.30 petang
Tempat : Astaka

Semua pelajar tingkatan 4 telah berkumpul di hadapan astaka.
Semua pelajar telah dibahagikan kepada 5 platun oleh Penyelaras Program iaitu Cikgu Saifudin. Pelajar berbaris mengikut platun masing-masing. Pelajar telah diberi taklimat oleh Pegawai waran II En Amran berkenaan aktiviti yang akan didakan pada petang ini.

Selepas itu semua pelajar diminta bergerak mengikut platun masing-masing. Setiap platun dikendalikan oleh seorang jurulatih Rejimen 514 AW Bukit Beruang. Petang ini semua peserta dikehendakki berlari untuk memanaskan badan dan diikuti dengan kawad kaki.

Masa : 6.00 petang
Setelah selesai aktiviti kawad kaki. Setiap Ketua platun diberi sebatang kayu dan sehelai kain putih. Mereka dikehendakki mencipta logo platun masing-masing. Masa yang diberikan adalah amat singkat iaitu antara pukul 6.00 petang hingga 7.00 malam.

Masa : 7.00 Malam – hingga 9.00 malam
Semua peserta pulang ke asrama untuk bersiap dan makan malam seterusnya solat Maghrib dan Isyak berjemaah di surau.

Masa : 9.15 Malam
Semua peserta berkumpul dihadapan bilik paging dalam platun masing-masing. Cikgu Saifudin memberikan taklimat berkaitan aktiviti pada malam ini. Semua peserta diminta mengutamakan aspek keselamatan kerana aktiviti pada malam ini agak mencabar dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan.Setiap pelajar dibekalkan dengan sebotol air mineral. Doa dibaca oleh wakil Badri sebelum semua pelajar bergerak berjalan kaki menuruni Mozac melalui ke SK Ayer Keroh dan seterusnya ke Kem Rejimen 514AW Bukit Beruang. Guru yang terlibat dalam aktiviti pada malam ini cikgu Saifudin ( Penyelaras Program ), Cikgu Sazali( Penyelaras Tingkatan 4 ), Cikgu Jelani ( Warden Disiplin ) , Ustaz Suhaimi dan Ustaz Arafat.

Masa : 9.55 Malam
Perjalanan dengan berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 35 minit dari Mozac ke Kem Rejimen 514AW Bukit Beruang Melaka.
Pelajar kelihatan masih bersemangat. Setibanya di kem, kami disambut oleh barisan dua belas jurulatih Rejimen 514AW Bukit Beruang yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Subramanian.
Pegawai Waran II En Amran memberi taklimat dan setiap platun diminta membentangkan logo masing-masing.

Masa :10.45 malam
Semua pelajar dibawa masuk kedalam hutan Bukit Beruang untuk Eksesais Burung Hantu. Setiap pelajar ditinggalkan seorang demi seorang di dalam kawasan hutan untuk menguji keberanian dan ketabahan diri.
Setiap pelajar tidak boleh meninggalkan tempat masing-masing melainkan dengan arahan jurulatih.
Eksesais ini berjalan dengan baik dan tiada pelajar yang mengalami gangguan atau kecederaan.

Masa : 12.45 malam
Jurulatih mengarahkan semua pelajar berkumpul mengikut platun masing-masing. Setelah itu, semua platun bersama jurulatih dan guru bergerak ke arah pencawang telekom yang terletak di puncak bukit. Dalam perjalanan seorang pelajar lelaki mengalami sesak nafas. Walaupun begitu pelajar ini masih ingin meneruskan perjalanan. Sebelum tiba ke puncak bukit, dua orang pelajar puteri terpaksa di bawa turun kerana terlalu keletihan. Mereka dihantar menggunakan Land Rover tentera ke Mozac.

Masa : 1.30 pagi
Semua pelajar berhenti di puncak Bukit Beruang berhampiran pencawang Telekom. Taklimat diberi oleh Pegawai waran II En Amran. Selepas itu semua pelajar meneruskan perjalanan memasukki hutan berhampiran pencawang. Aktiviti diberi nama eksesais Seram Sejuk. Perjalanan sangat mencabar kerana trek yang agak licin dan curam. Ramai pelajar tergelincir. Perjalanan yang sangat mencabar dan meletihkan ini melalui hutan tebal dan Taman Muzaffar Syah dan kembali semula ke sekolah pada pukul 4.30 pagi.

Masa : 5.00 pagi
Semua pelajar sangat keletihan. Mereka diberi air mineral setiap orang. Cikgu Saifudin mengucapkan tahniah kerana kejayaan mereka menamat misi yang mencabar dan selamat sampai ke sekolah. Pelajar bersurai.

12 JULAI 2008 ( SABTU )
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Mozac
Semua platun bergerak ke Tasik Ayer Keroh menaiki tiga buah bas.

Masa : 8.30 pagi
Tempat : Pusat Rekreasi Ayer, Tasik Ayer Keroh.
Semua platun berkumpul dan mendengar taklimat dari jurulatih REDTMA. Platun dipecahkan kepada dua kumpulan. Dua platun dibawa ke Taman Botanikal Melaka untuk aktiviti Pandu Arah. Tiga platun lagi dibawa ke lokasi aktiviti Paint Ball Kedua aktiviti ini berjalan serentak. Dalam aktiviti Pandu Arah, setiap platun diberi kompas dan diminta bergerak mengikut bering/arah yang telah ditetapkan dan menyudahkan setiap check point.
Kumpulan yang menang ialah mereka yang berjaya menyudahkan mengikut masa yang paling pantas.
Bagi aktiviti Paint Ball, setiap platun dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri dari lima orang. Mereka akan bertanding secara liga. Kumpulan yang menang ialah mereka yang berjaya mengambil bendera di kubu lawan. Aktiviti Paint Ball sangat menarik dan paling diminati pelajar. Sebahagian besar pelajar tidak pernah mengikuti aktiviti paint ball. Oleh itu, aktiviti paint ball ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan kerana selain berpeluang menembak musuh mereka dilatih mengatur strategi untuk menewaskan lawan. Kedua-dua aktiviti pandu arah dan paint ball ini tamat pada pukul 5.30 petang.

Masa : 7.00 malam – 9.00 malam
Makan malam , solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Kuliah Mahgrib telah diadakan oleh ustaz dari KAGAT Rejimen 514 AW Bukit Beruang.

Pada malam ini semua platun dibenarkan berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti pada pagi esok.

13 Julai 2008 ( Ahad )
Tempat : Kawasan Hutan bersebelahan MOZAC
Masa : 7.30 pagi – 10.00 pagi

Pada pagi ini semua pelajar dibawa ke kawasan hutan berhampiran Mozac. Aktiviti yang diadakan ialah memasak ala tentera.
Setiap platun diberi bekalan makanan tentera iaitu secara paket dan platun diminta memasak menggunakan kiub lilin dan menggunakan mangkuk tin. Selepas itu, setiap platun dikehendakki menghidangkan makanan menggunakan daun dan apa sahaja yang boleh didapati dalam hutan. Masakan mereka dinilai oleh Kapten Johan Othman.

Masa : 11.00 pagi
Tempat : Astaka
Majlis Penutup Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 4 Siri 4 / 2008-07-22 telah disempurnakan oleh En Roszelan bin Majid GPK.
Pentadbir yang turut serta ialah Cik Rosnah bt Osman GPK HEM,
Pn Hamidah bt Hassan GPK KOKU. .
PENILAIAN/CATATAN

Penutup
Secara keseluruhannya Kem Jati Diri ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari barisan dua belas orang jurulatih Rejimen 514 AW Bukit Beruang Melaka
Diharapkan Kem Jati Diri ini akan dapat memberi pengalaman dan pembelajaran baru di luar bilik darjah. Aktiviti seperti ini dapat membentuk jati diri pelajar dan semangat kerja berpasukan sebagai persiapan menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.

DISEDIAKAN OLEH :

(Saifudin bin DolHalit )
Penyelaras
Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 4
Siri 4/ 2008

Tuesday, July 22, 2008

Sekolah Berasrama Penuh

LATAR BELAKANG SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Sejarah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula sebelum tanah air mencapai kemerdekaan. Sejarah SBP boleh dibahagikan kepada empat peringkat. Peringkat pertama bermula pada Zaman Pra merdeka sebelum tahun 1957. Peringkat Kedua ialah Zaman Pasca Merdeka hasil daripada Penyata Razak pada tahun 1956. Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan antara tahun 1971 hingga 1990 yang memberi impak yang besar kepada penubuhan SBP.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sistem persekolahan yang menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna. Hasrat SBP adalah untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan dan potensi pelajar ke arah kecemerlangan, sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Penubuhan SBP mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.




MATLAMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh mempunyai matlamatnya.Hal ini penting dengan adanya matlamat ini, warga SBP akan memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamt SBP seperti berikut ;

i. mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
ii. Memperbanyak pelajar bumiputera mendapat pendidiakn berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
iii. Melahirkan Pelajar SBP yang memiliki ‘towering personality’ iaitu berilmu, berkemahiran dan beretika mulia.
iv. Melahirkan Pemimpin berkualiti dalam kalangan pelajar.
v. Membina Etos SBP bercirikan kecemerlangan yang boleh menjadi penanda aras.

OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Penubuhan SBP adalah bagi mencapai objektif berikut:

i. Memastikan pelajar yang berpotensi pada peringkat umur 12 hingga 19 tahun terutama dari kawasan luar bandar dan yang kurang berkemampuan, berpeluang mendapat pendidikan menengah yang lebih sempurna dengan menyediakan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada tempat di SBP untuk golongan ini;
ii. Meningkatkan bilangan pelajar bumiputera yang mendapat pendidikan dalam bidang sains dan teknologi dengan memastikan kesemua pelajar di sekolah menengah sains hanya mengambil mata pelajaran dalam bidang sains dan teknologi; dan
iii. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan iklim persekitaran kondusif bagi membolehkan pelajar mencapai tahap kecemerlangan 100 peratus dalam peperiksaan awam.


Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015
MATLAMAT
PPSBP dirangka untuk mencapai matlamat seperti berikut
• pelajar yang dihasilkan cemerlang akademik dan kokurikulum, memiliki ”towering personality “, berkeperibadian unggul , bermoral, berdaya saing, berwawasan, patriotik dan berfikiran terbuka
• kepimpinan dan pengurusan jitu di kalangan semua pemimpin dan pengurus semua peringkat di SBP
• sebagai model dan penanda aras institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa
• etos pendidikan di SBP unggul dan terpuji
FOKUS PPSBP
• Fokus 1 : Membina negara bangsa bersemangat patriotisme.
• Fokus 2 : membina modal insan berkualiti dan berilmu tinggi.
• Fokus 3 : Memartabatkan profesion keguruan SBP.
• Fokus 4 ; Melonjakkan SBP sebagai kecemerlangan institusi pendidikan .

STRATEGI PENCAPAIAN KECEMERLANGAN
1.Pengurusan Pentadbiran
• Pencapaian akademik yang cemerlang
• Pengurusan sumber manusia yang berkualiti
• Pengurusan kewangan berimpak , audit tanpa teguran
• Sifar kes salah laku dan bilangan pelajar keluar SBP
• Kokurikulum pemangkin kepada sahsiah terbilang
2. Pengurusan Kurikulum
• Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) hendaklah 100% “straight A's” dan Gred Purata keseluruhan 1.0
• Gred purata Keseluruhan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) mesti mencapai 2.0 atau kurang daripadanya . Bagi mata pelajaran teras 100% 1A + 2A dan mata pelajaran elektif 80% ialah 1A + 2A.
• Setiap mata pelajaran akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru cemerlang pada tahun 2010.
• Latihan Dalam Perkhidmatan mengikut keperluan guru dan mempunyai tambah nilai
• Bilangan anugerah yang dimenangi dalam bidang kurikulum meningkat tahun ke tahun.




3. Pengurusan Hal Ehwal Murid
• Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar.
• Kes salah laku adalah sifar.
• Sistem rumah diterapkan di kalangan warga SBP secara berkesan.
• Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama SBP.
• Dewan makan mematuhi Piawaian Kualiti Dewan Makan SBP.
• Program Jati Diri mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
• Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun.
• bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat tahun ke tahun.


4. Pengurusan Kokurikulum
• 100% pelajar terlibat dalam kegiatan kokurikulum di SBP.
• Peningkatan peratus pelajar yang memenangi pertandingan peringkat kebangsaan semakin meningkat dari tahun ke tahun .
• peningkatan peratus pelajar yang memenangi pertandingan peringkat antarabangsa semakin meninkat dari tahun ke tahun .
• Peningkatan peratus pelajar yang memperoleh pengiktirafan oleh mana-mana agensi berkaitan penglibatan mereka dalam kegiatan kesukarelawan.
• Ketahanan diri , berdaya saing, keyakinan tinggi terselah dalam diri pelajar SBP.

Universiti terbaik di Asia dan Dunia

10 UNIVERSITI TERBAIK DI ASIA

1 UNIVERSITY OF TOKYO
2 NATIONAL TAIWAN UNIVERSITY
3 BEIJING UNIVERSITY
4 NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE
5 KYOTO UNIVERSITY
6 UNIVERSITY OF HONG KONG
7 KEIO UNIVERSITY
8 CHINESE UNIVERSITY OF HONG KONG
9 NATIONAL CHIAO TUNG UNIVERSITY
10 UNIVERSITY OF TSUKUBA
Dimanakah kedudukan Universiti Malaysia ?.....baca lagi di sini (Terbaik di dunia)

Jawapannya ialah ......
Kedudukan Universiti Malaysia di dunia

Friday, July 18, 2008

Kerosakan otak

1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih Makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan Gula Yang Berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran Udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih Tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup Muka Ketika Tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan Otak Bekerja Semasa Kurang Sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang Imaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang Berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sunday, July 13, 2008

Menyemai sifat mahmudah

Anak merupakan permata hati yang diidamkan oleh ibu bapa terutama sekali bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Apa yang penting kepada ibu bapa adalah mendidik anak agar berjaya membina masa depan yang lebih gemilang. Mendidik anak bukan hanya semata-mata untuk kesenangan dunia tetapi juga untuk kesejahteraan hidup di akhirat. Menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk mendidik anak yang soleh selari dengan tuntutan agama. Antara pendidikan yang baik adalah aspek berkaitan dengan pembentukan akhlak mulia. ........baca lagi

Mengurus anak angkuh

Dalam kesungguhan anak-anak berbangga dengan kebolehan diri, mereka mungkin tidak sedar bahawa tindakan itu mungkin menyinggung perasaan orang lain.
PADA usia yang muda, kebanyakan kanak-kanak sudah belajar untuk berkata, 'lihat saya'. Majoritinya berbuat demikian semata-mata ingin mendapatkan perhatian daripada orang dewasa.......baca lagi

Tuesday, July 1, 2008

JEJAK PRESTASI 2008


Majlis JEJAK PRESTASI akan diadakan pada 4 hb Julai 2008 untuk para pelajar menengah rendah ( tingkatan 1, 2 & 3) manakala pada 11hb Julai 2008 untuk para pelajar menengah atas ( tingkatan 4 & 5). Majlis JEJAK PRESTASI ini akan diadakan di dewan sekolah bermula pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari.
Ibu bapa/penjaga boleh berjumpa dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran untuk membincangkan keputusan peperiksaan anak-anak. Diharap dengan pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa/penjaga pelajar Sek. Men. Sains Muzaffar Syah.

TAKLIMAT MATRIKULASI & UJIAN PERSONALITI WARNA


Jam 9 malam pada hari Jumaat 27hb Jun 2008 bertempat di dewan Sek.Men Sains Muzaffar Syah telah berlangsung taklimat ringkas tentang kemasukkan ke Matrikulasi oleh Pn Zulindawati untuk semua pelajar ting. 5. Sesi diteruskan dengan aktiviti ujian personaliti warna. Para pelajar menjawab ujian personaliti warna dan membincangkan hasil ujian yang mereka buat bersama Pn Zulindawati. Warna personaliti pelajar dikaitkan dengan pilihan kursus dan kerjaya selepas SPM.

PROGRAM MOZAC CERGAS















Semua pelajar tingkatan 2 Sek. Men. Sains Muzaffar Syah telah menghadiri "Program Mozac Cergas" yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Program ini telah dijalankan di Kem Modal Insan, Sg Rambai Melaka, pada 21hb Jun yang lalu. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Ice Breaking untuk mengenali ahli kumpulan, Aktiviti Spiderweb, Mengira tiang lampu,Menangkap belut, Meredah Kolam, Jungle Tracking, Persembahan kumpulan dan rumusan dapatan melalui aktiviti yang mereka jalankan. Aktiviti "Program Mozac Cergas" ini bertujuan untuk meningkatkan stamina pelajar dan memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan. Guru-guru yang terlibat menjayakan "Program Mozac Cergas" ialah Cikgu Saifudin-Penyelaras Program, Cikgu Hussaini , Cikgu Munira, Ust Mohd Suriandi, Ust Suhaimi dan Ust Arafat.

Sunday, June 22, 2008

Faedah Membaca














Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia menjadi semakin penting apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu kolej, institut atau universiti. Membaca membawa pengertian yang berbagai kepada aktiviti berfikir. Proses membaca tidak akan tercapai dengan sepenuhnya sekiranya pembacaan berikut tidak disertai dengan konsep kefahaman.
Mengikut pendapat Kennedy (1981) telah merumuskan konsep membaca seperti berikut:
"Proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan bacaan."
Pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa:
"Tafsiran symbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca."
Membaca melibatkan proses deria dan minda. Kedua-dua proses ini adalah saling berhubungan antara satu sama lain. Proses bacaan yang melibatkan organ deria seperti mata dan telinga adalah kurang berkesan berbanding dengan proses minda. Pembacaan melalui minda amat berkesan kerana ia melibatkan otak yang bertindak memproses bahan bacaan. ( teruskan membaca .......)

Monday, May 12, 2008

Happy Mother's Day



A Mothers Love


To some love is just a word

To me it's a feeling

A feeling I get every time I look into your eyes

A feeling I get when I realize your my mom

A mom who loves, shares, A mom who inspires

Unconditionally

What's that?That's love

A mothers love, but only you would know

And me

You returned that love time and time again

Possibly to much, nevertheless you did

Thank-you

Thank-you for being there when I needed you most

For being my rock when I should have been yours

Thank-you for believing in me, even when I doubted myself

For being the one person I could trust

No matter what, no matter where

But most of all thank-you for being you-my mom

A mom I am so proud to claimI love you

Now and forever



My mother was the most beautiful woman I ever saw. All I am I owe to my mother. I attribute all my success in life to the moral, intellectual and physical education I received from her.

Thursday, May 8, 2008

GAMBARAN DALAM PEMIKIRAN





SESUATU tindakan yang ingin dilakukan bermula dengan gambaran dalam pemikiran. Gambaran seperti ini akan menentukan sama ada tindakan yang dirancang itu akan dilaksanakan atau tidak.


Sebagai contoh, jika seseorang pelajar menggambarkan bahawa sukan itu akan menyebabkan seseorang itu cedera, maka ia tidak akan mengambil bahagian dalam sukan. Begitu juga jika gambaran yang terdapat dalam fikiran mengatakan bahawa pelajaran Matematik itu susah, maka tiada usaha yang akan dilakukan untuk mempelajarinya.


Dalam satu situasi yang lain jika gambaran dalam pemikiran menunjukkan bahawa pelajaran Matematik itu tidak susah tetapi memerlukan kegigihan untuk belajar dan bersukan itu mampu menyihatkan badan tanpa membawa kecederaan jika mendapat latihan yang betul, maka sudah tentu tindakan yang akan berlaku adalah lebih positif, meyakinkan serta membawa kepada kejayaan diri.


Gambaran yang merangsangkan pemikiran yang positif harus diamalkan oleh setiap murid. Antara gambaran positif terhadap kejayaan diri yang perlu dibentuk adalah seperti berikut:


• Ilmu panduan hidup: Ini bermakna orang yang tidak berilmu akan menemui kehidupan yang tidak stabil serta penuh dengan kejahilan. Kebahagiaan di dunia dan di akhirat dapat dinikmati jika ilmu yang begitu bernilai itu dapat dipelajari secara bersungguh-sungguh.


• Kesukaran adalah cabaran: Ramai di antara murid-murid yang tahu menyebut perkataan cabaran tetapi tidak mengetahui maksud sebenarnya. Cabaran ialah situasi, kesukaran atau masalah yang dihadapi bertujuan untuk menguji kemampuan seseorang itu bertindak secara bijak untuk menyelesaikannya. Oleh yang demikian apa sahaja situasi yang tidak selesa seperti situasi belajar dalam kelas yang memerlukan perhatian sepenuhnya kepada guru, atau sebarang kesukaran dalam menjawab soalan adalah merupakan cabaran. Oleh itu kita perlu gambarkan bahawa sesiapa yang sanggup menerima cabaran serta bertindak menyelesaikannya akan beroleh kejayaan tetapi disebaliknya mereka yang gagal menghadapi cabaran akan kecundang.


• Usaha itu tangga kejayaan: Setiap usaha walaupun kecil akhirnya akan menemui kejayaan. “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Begitulah pepatah Melayu yang bermaksud usaha yang berterusan itu akan membuahkan hasil yang banyak. Belajar setiap hari bersungguh-sungguh tanpa membuang masa akan menambahkan keyakinan diri serta memudahkan murid untuk menghadapi peperiksaan tanpa rasa tertekan. Hanya murid-murid yang belajar di saat-saat akhir tanpa persiapan awal akan rasa tertekan dan takut menghadapi peperiksaan.


Oleh itu ingatlah gambaran dalam pemikiran pencorak tindakan dan penentu distinasi kehidupan. Gambaran yang betul menyeronokkan dan membantu diri anda ke arah kejayaan, gambaran yang salah membosankan dan menjerat diri anda ke arah kegagalan.
Bertindaklah dengan bijak demi masa depan anda.

Wednesday, May 7, 2008

Berontak dalam diam


Harian Metro 7 Mei 2008

KETIKA seluruh dunia sibuk mensasarkan matlamat men jadi negara pendidikan bertaraf antarabangsa, mereka lupa mengenai tekanan yang bakal dihadapi pelajar.Meskipun kebanyakan institusi menyedari perlu keseim bangan rohani dan jasmani, mereka menganggap itu hanya perkara remeh.

Pakar psikologi terkenal, Dr Eugenia Kelman, berkata kegembiraan dan keupayaan pelajar akan ‘mati’ jika emosi mereka ditekan atau dipaksa.“Jangan terlalu memberi fokus kepada mencapai matlamat hingga boleh meragut kegembiraan dan keupayaan pelajar kerana ia tindakan kejam.“Institusi pendidikan mahu melahirkan pelajar yang ce merlang akademik dan salsiah, tetapi jika mereka ditekan, pelajar ibarat robot yang mengikut arahan.“Cara itu gagal melahirkan pelajar cemerlang sebaliknya memprogram mereka kepada kegagalan,” katanya.Kebimbangan itu berasas kerana keghairahan melampau untuk berjaya menyebabkan ibu bapa dan pengurusan pen didikan mengetepikan soal emosi pelajar.Akibatnya, ada segelintir pelajar berpura-pura mengikut arahan, tetapi merancang memberontak kerana menganggap mereka tidak dipedulikan sebaliknya hanya perlu mematuhi arahan.


Senario ini sangat berbahaya kerana ibu bapa atau pe ngurusan pendidikan seolah-olah mencipta kumpulan ‘pem bunuh diri senyap’ di kalangan pelajar.“Jangan anggap bila menerima, mereka setuju dengan tindakan itu. Ada sebahagian boleh, tetapi bagaimana se baliknya?“Kesan penolakan tidak boleh dilihat serta-merta, tetapi dalam tempoh jangka panjang ia boleh bertindak di luar batasan seperti membunuh diri atau membunuh.“Justeru, apabila berlaku tragedi, jangan hanya menunding jari kepada pelajar sebaliknya kaji dalam konteks lebih luas mengapa pelajar melakukan jenayah,” katanya.Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa atau pengurusan pendidikan tidak sedar fenomena tekanan kepada pelajar kerana menganggap ia soal remeh temeh.“Perbezaan pendidikan wujud antara sekolah rendah, me nengah, kolej dan peringkat tertinggi.
Pada awalnya, semua pelajar gembira dan mampu menangani tekanan ada. Ba gaimanapun semakin tinggi pengajian, tekanan bertambah.“Ibu bapa pula semakin menaruh harapan tinggi dan pengurusan pendidikan mahu mempertahankan pencapaian mereka sehingga pelajar tertekan dan keliru.“Saya meminta fenomena ini diubah kerana memberi tekanan secara halus bukan kaedah yang betul menjana kecemerlangan sebaliknya berilah sokongan, suasana ceria dan kerjasama,” katanya.Menurutnya, tragedi di Virginia Tech University pada 16 April 2007 berpunca daripada kecelaruan emosi akibat te kanan, penolakan, sosial dan masyarakat.Menurutnya, aspek tekanan jangan dipandang mudah kerana kesannya dalam jangka panjang, malah mampu me wujudkan trauma di kalangan pelajar.“Semua ingin melihat pelajar mencapai kejayaan namun memberi tekanan berlebihan bukan jawapannya.“Sebagai pelajar, mereka menghadapi bebanan tugasan, penerimaan sosial, budaya dan peperiksaan secara ber sendirian.“Bayangkan kesukaran yang mereka alami jika tiada sesiapa memahami,” katanya.
Bagi menangani situasi ini, Dr Kelman menasihatkan ibu bapa atau pengurusan pendidikan mengubah polisi pen dekatan yang lebih liberal serta tidak membebankan pelajar.“Kita mahu mereka cemerlang, justeru berilah sokongan dan fahami keinginan dan tanggungjawab mereka.“Keperluan emosi, fizikal dan mental perlu seimbang supaya kualiti diri individu boleh dipertingkatkan,” katanya.