Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Monday, February 22, 2010

16 orang warga baru MOZAC




Selamat datang diucapkan kepada 16 orang pelajar tingkatan satu yang mendaftar pada pagi ini. Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada empat kelas iaitu Alpha, Beta, Omega dan Sigma. Tahniah diucapkan dan semoga anda semua akan menjadi pelajar yang cemerlang disini!

Sunday, February 14, 2010

Aktiviti Minggu ini

* Ceramah Motivasi PMR & SPM 10 Februari 2010 ( Rabu)

Pegawai dari BTN dijemput untuk menyampaikan ceramah. Majlis tamat pada pukul 11.30 malam

** Progran Jalinan Mesra - 11 Februari 2010 ( Khamis )

Program kerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Melibatkan pelajar tingkatan 4 dan para mentor. Menyembelih, membersih, dan memerap ayam pada sebelah petang dan BBQ bersama para mentor pada sebelah malam.

*** Perjumpaan Mentor Mentee kali pertama - 12 Februari 2010 ( Jumaat)

Selepas waktu rehat telah diadakan satu perjumpaan mentor mentee. Setiap pelajar akan mendapat guru yang menjadi mentornya selama dia berada di MOZAC. Perjumpaan diadakan mengikut tempat yang telah ditetapkan. Perjumpaan kali ini lebih memfokuskan sesi perkenalan dengan ahli baru dan menggalakkan para pelajar untuk berjaya dalam ujian pertama tidak lama lagi. Semoga perjumpaan seperti ini dapat merapatkan ukhwah antara guru dan pelajar.

Unit bimbingan & Kaunseling mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru, staf dan pelajar MOZAC yang meraikannya dan selamat bercuti!!

Monday, February 8, 2010

Latihan Kebakaran, Demonstrasi Memadam Kebakaran & Pameran Kerjaya Bomba

Unit Bimbingan & Kaunseling serta Jawatankuasa Polisi Sekolah Selamat telah mengadakan satu latihan kebakaran, demonstrasi memadam kebakaran dan pameran kerjaya dengan kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Ayer Keroh. Semua warga MOZAC berkumpul di hadapan Astaka dan melihat bagaimana pihak bomba memadam api. PK HEM, GKMP Teknik & Vokasional dan beberapa orang pelajar telah mencuba menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api dengan bimbingan pihak bomba. Latihan kebakaran di asrama akan dijalankan pada bila-bila masa dan para pelajar diminta bersedia dengan sebarang bunyi loceng berpanjangan.

Pendaftaran pelajar baru tingkatan 4

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada para pelajar tingkatan 4 yang mendaftar di MOZAC. Pendaftaran kelas dan asrama dijalankan di Dewan Makan asrama. Taklimat sekolah pula diadakan di dewan sekolah. Pelajar tingkatan 4 akan mengikuti Hari Silaturahim selama tiga hari bermula 2 Februari sehingga 4 Februari. Diharap para pelajar tingkatan 4 dapat menyesuaikan diri dengan sistem SBP.