Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Friday, July 31, 2009

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PROJEK KHAS & BIASISWA




Pada 30 Julai 2009, Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka telah menjemput Ustaz Mahadi bin Abu Hasan dan Pn Noliah Bt Kudus pensyarah dari UTEM untuk menyampaikan ceramah berkaitan kecemerlangan diri. Ceramah ini bermula pada pukul 9.00 malam di dewan besar Sultan Muzaffar Syah, MOZAC. Kumpulan sasaran ialah para pelajar projek khas dan biasiswa dari tingkatan satu hingga lima. Program ini sebagai persediaan emosi untuk mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun, PMR dan SPM dengan lebih yakin. Semoga pelajar MOZAC mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Terima kasih kepada pihak yang terlibat.

Thursday, July 30, 2009

PILIH ANTARA " PENJUAL MINYAK WANGI ATAU TUKANG BESI"

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."


KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.

Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.

Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit. Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?

Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.

Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.

Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.

Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya. SETELAH MEMBACA ARTIKEL INI YANG MANA SATU PILIHAN ANDA? "PENJUAL MINYAK WANGI ATAU TUKANG BESI"?

Monday, July 20, 2009

KEM JATI DIRI TINGKATAN 4 SIRI 5/2009



Pada 17- 19 Julai 2009 Unit Bimbingan & Kaunseling MOZAC telah menjalankan program dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Banyak aktiviti yang dijalankan seperti Eksplorace, Eksesais Seram Sejuk, Eksesais Burung Hantu, Paint Ball, Flying Fox, Penyelesaian Masalah, dan Demonstrasi Pengkalan. Semua aktiviti ini bertujuan membentuk keyakinan diri pada setiap pelajar, dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman dalam sesebuah pasukan, disiplin diri dan tanggungjawab. Diharap program ini memberi manfaat kepada para pelajar tingkatan 4.

Wednesday, July 15, 2009

Bagaimana menangani MARAH





1.Biarkan ia berlalu ; * Salah satu cara berurusan dgn rasa marah adalah dengan belajar utk memaafkan. * Ketidakadilan muncul sepanjang masa & semua orang pernah bersalah * Belajar utk melepaskan rasa marah adalah sebahagian drp kebijaksanaan emosi

2. Gunakan ia secara positif ; ~ Tumpukan perhatian pd sesuatu yg boleh menghilangkan rasa marah ~ Jika ia tak juga hilang, carilah seseorang utk anda meluahkan permasalahan anda

3.Namakan ia, tuntut ia, bidik ia & jinakkan ia ; * 'Bidik' bermaksud anda tahu dari mana kemarahan itu datang & bagaimana utk mengawalnya * 'Jinakkan' bermakna belajar utk mengawal diri

4. Jangan mendesak, jangan mencurahkan ! ~ Dengan mendesak perasaan marah akan membuatkan kita sakit hati ~ Akui saja perasaan marah tersebut kerana dengan berbuat demikian, kita dapat melupakan perkara lama & buka buku baru

5. Kawal ia / ia yang mengawal anda ; * Belajar utk mengawal kemarahan anda * Yang membezakan diri hanyalah kawalan diri sendiri & kelengkapan yg digunakan : * memahami emosi, * berupaya utk berhenti, * menenangkan diri sendiri, * berfikir mengenainya secara keseluruhan & * tidak membiarkan rasa marah mengusai diri

Sunday, July 12, 2009

KEM JAYA DIRI 2009



Semua pelajar tingkatan satu telah menjalani program motivasi "team building" di Kem Modal Insan, Durian Tunggal. Objektif program sehari ini diadakan bertujuan untuk membina jati diri pelajar dan semangat bekerja dalam satu kumpulan. Mozac mahu melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam akademik mahupunjati diri yang mantap.