Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Tuesday, August 23, 2011

Aktiviti PRS - Promosi T-Shirt I LOVE MOZAC

Sesiapa yang berminat untuk membeli "T-Shirt I LOVE MOZAC" boleh membuat tempahan daripada ahli PRS tingkatan 4. Sebarang pertanyaan berkaitan saiz, design dan harga bolehlah berurusan dengan ahli PRS. Semua warga Mozac, bekas pelajar dan keluarga digalakkan membeli t-shirt ini sebagai tanda kebanggaan menjadi salah seorang warga mozac yang gemilang.

" I LOVE MOZAC"

Majlis pelantikan pemimpin-pemimpin sekolah-Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)





Seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 3 dan 4 telah dipilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Diharap pelajar-pelajar yang dipilih ini bersedia untuk memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.Tahniah diucapkan.

"Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain"


Monday, August 1, 2011

KEM MOZAC CERDAS & CERGAS





Tarikh : 28 Julai 2011 ( Khamis)
Tempat : Kem Modal Insan , Sg Rambai Melaka


Semua pelajar tingkatan 2 telah menyertai Kem mozac cerdas & cergas anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya bertujuan untuk membentuk sikap kerjasama antara ahli kumpulan, sikap menerima pandangan orang lain, dan menghormati serta mendengar nasihat orang yang lebih dewasa.
Semoga program ini mendapat manfaat yang berguna untuk pelajar dan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat serta Pak Man dan para fasilitatornya dari Kem MOdal Insan Sg Rambai, Melaka

Karnival Pendidikan Kerjaya SBPSK Zon Selatan




Tarikh: 26 Julai 2011 (Selasa)
Tempat: SMAP Labu Negeri Sembilan

Mozac telah mendapat tempat dalam kategori yang dipertandingkan:
* Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK) - No.2 ( wakil Zon Selatan ke Peringkat Kebangsaan)
* Folio - No.3
* Inovasi PRS - No.3

Muzaffar Outreach 2011





Tarikh: 16 Julai 2011 ( Sabtu)
Tempat : SK Klebang Besar

Semua pelajar Projek Khas tingkatan 4 dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tingkatan 4 telah menjalankan outreach bersama murid darjah 6 yang bakal mengahadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Slot 1: SBP Matlamat ku
Slot 2: 5A milikku

Semoga program ini mendapat manfaat kepada kedua-dua pihak dan dapat diteruskan pada masa akan datang.