Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Wednesday, June 24, 2009

KITA PERLU PERBAIKI DIRI SETIAP HARI

Amat sukar untuk berfikiran positif di kala suasana persekitaran berupa negatif sepanjang masa, penuh pelbagai tekanan dan pelbagai jenis perbalahan. Amat sukar saya rasakan, sebanyak mungkin saya meminta doa pada Allah moga diberi kekuatan menghadapi semua itu.
Minda kita, kesabaran kita lebih teransang utuh dengan bacaan doa, istighfar dan syukur. Lihat sekeliling Anda, perhatikan lalu fikir. Mungkin, apa yang Anda ada, orang lain tak ada. Nikmat dan rahmat yang dikurniakan pada Anda, tak ada pada orang lain.
Kekuatan Anda, bakat Anda, kemahiran Anda, mungkin tak ada pada mereka.
Anda patut bersyukur.
Dari rasa kesyukuran itu, timbul rasa bersemangat. Ketika Anda tersepit dalam suasana persekitaran negatif, berada di keliling orang-orang berfikiran negatif, Anda perlu banyakkan istighfar, banyakkan bersyukur kerana cara itu akan membuat Anda berubah ke arah fikiran positif.
Kita perlu berubah setiap hari.
Sebabnya? Kita perlu perbaiki diri setiap hari...( Dato' Dr Fadzilah Kamsah)

Monday, June 22, 2009

Tahniah & Cuba Lagi








Pada 20 Jun yang lalu Mozac telah menghantar 20 peserta ke Karnival Kerjaya Zon Selatan di SBPI Jempol. Mozac menghantar 4 orang peserta EAK, 4 orang peserta Media Maklumat, 4 orang peserta kain rentang, 4 orang peserta Folio Kerjaya, 3 orang peserta Kuiz Kerjaya, dan seorang peserta Melukis Poster. Dalam kesemua kategori yang disertai, pasukan Media Maklumat dan pasukan Folio Kerjaya telah berjaya mendapat tempat ke tiga. Percubaan kali pertama membuahkan hasil.Tahiah!Pasukan yang menang tempat pertama dan kedua akan bertanding di UKM bagi peringkat Kebangsaan.Tahniah diucapkan kepada pemenang dan kepada yang tidak menang, cuba lagi pada peluang akan datang. Terima kasih kepada Pn Zulindawati dan Cik Munira kerana menjadi guru pengiring pasukan Mozac pada hari tersebut.