Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Monday, October 26, 2009

MESYUARAT PROFESIONALISME GURU KAUNSELING SBP

Pada 13-16 Oktober 2009 telah diadakan Mesyuarat Profesionalisme Guru Kaunseling SBP Kali Ke 3 Peringkat Kebangsaan di Hotel Maytower Kuala Lumpur. Mesyuarat yang berlangsung selama 4 hari ini telah berjaya mengumpulkan kesemua guru kaunseling dari 57 buah SBP. Banyak ilmu yang telah diperolehi sepanjang mesyuarat berlangsung. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Hj Alimuddin Hj Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Beliau juga telah merasmikan majlis pelancaran Fail Meja Guru Kaunseling SBP dan Blog Guru Kaunseling SBP. Terima kasih kepada pihak Urusetia Zon Selatan yang berusaha memastikan perjalanan program berjalan lancar, Pengetua dan pentadbir MOZAC serta saudara Mohd Shakir yang membantu dalam penghasilan montaj pelancaran.

Tuesday, October 6, 2009

SELAMAT BERJUANG PUTERA & PUTERI MOZAC


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

RESTU ILMU PMR 2009



Majlis Restu Ilmu telah diadakan bermula pada pikul 10 pagi bertujuan untuk memberi kata-kata perangsang sebelum calon-calon PMR MOZAC berjuang. Setiap wakil panitia menyampaikan amanat dan tip-tip berguna untuk pelajar ketika menjawab peperiksaan. Tuan Pengetua dan GPK menyampaikan pesanan dan harapan beliau terhadap para pelajar. Kemudian sesi menyampaikan alat tulis diserahkan kepada wakil setiap kelas. alat tulis ini akan digunakan oleh pelajar ketika menjawab peperiksaan. Slot terakhir telah disampaikan oleh setiausaha peperiksaan iaitu Pn Siti Hasnah. Calon-calon PMR perlu mematuhi peraturan dalam dewan semasa peperiksaan dan membawa peralatan yang sepatutnya. Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.AMIN.

Friday, October 2, 2009

3 SIKAP YANG PERLU DIPERBAIKI




Semasa perhimpunan pagi tadi Kaunselor ada menyampaikan pesanan supaya pelajar Mozac memperbaiki 3 Sikap yang kurang baik kepada yang lebih baik seperti:

1)Sentiasa menjaga kebersihan diri, kelas dan dorm. Kerana kajian mendapati individu yang hidup dalam keadaan yang bersih akan panjang umur dan awet muda.
2)Tidak bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara seperti membuat homework dan tugasan folio yang diberi guru secepat mungkin. Ulangkaji pelajaran jika terdapat masa yang terluang. Contoh jika guru lambat masuk ke kelas atau ketika ketiadaan guru. Perlu ulangkaji berterusan supaya pelajar lebih faham dan mudah untuk menjawab soalan.
3)Perlu cepat dalam segala tindakan dan pemikiran. Perlakuan dan tindakan perlu seiring dengan cara kita berfikir. Hari ini dan akan datang siapa yang cepat akan beroleh kejayaan dan siapa yang lambat akan ketinggalan jauh dan terus mundur.

FIKIR-FIKIRKAN DAN SAMA-SAMA KITA PERBAIKI DIRI..