Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Saturday, August 30, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN & SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



MERDEKA KALI KE 51..SEMOGA MALAYSIA AMAN, MAKMUR & BERTAMBAH MAJU.BERSYUKUR DAN BERUSAHA UNTUK KECEMERLANGAN.
BULAN RAMADHAN MENJELMA LAGI.BERTUAH BAGI UMAT ISLAM YANG DAPAT MERAIKANNYA DENGAN BERPUASA & SOLAT TARAWIKH SEPANJANG BULAN YANG MULIA INI.BAGI WARGA MOZAC,AMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG LEBIH POSITIF.SELAMAT BERPUASA DARI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING.

Wednesday, August 20, 2008

Monday, August 18, 2008

siapa tak angkat jemuran ha...?




inilah perkara yang selalu berlaku bila penghuni balik kampung....tak sayang harta ke..kesian ibubapa belikan pakaian tapi tidak dihargai..ubahlah perangai tu ..

belajarlah...

Thursday, August 14, 2008

BubbleShare: Share photos - Create and Share Crafts

Monday, August 11, 2008

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MUZAFFAR 2008







Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Sivik telah berjaya melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Muzaffar di Zoo Melaka. Semua pelajar tingkatan 4 telah berkumpul dihadapan pintu masuk Zoo seawal 8.30 pagi. En Fauzi merupakan pegawai zoo yang terlibat memberi taklimat kepada pelajar. Setiap kumpulan dibekalkan sebanyak 20 batang pokok dan pelajar mencari tapak yang sesuai untuk menanam pokok-pokok tersebut. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar,memelihara dan memulihara alam sekitar dan semangat kerjasama dikalangan pelajar.
Program Khidmat Masyarakat Muzaffar ini tidak akan berjaya jika tiada kerjasama dari pihak Pejabat Perhutanan Melaka yang memberi sumbangan pokok, persetujuan dari pihak Zoo Melaka yang membenarkan pelajar tingkatan 4 menanam pokok, dan sokongan daripada pihak sekolah dari awal hingga akhir .Diharap program seperti ini dapat diteruskan supaya pelajar dapat mempelajari ilmu-ilmu bukan sekadar dalam bilik darjah tetapi diluar bilk darjah juga.

BENGKEL KHIDMAT MASYARAKAT & PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

Bengkel khidmat masyarakat dan menghasilkan kertas kerja telah dijalankan pada 1 ogos 2008 pada pukul 9.30 malam. Cik Munira bertanggungjawab memberi penerangan berkaitan khidmat masyarakat dan cara-cara menghasilkan kertas kerja yang lengkap.Para pelajar tingkatan 4 telah diberi tugasan dalam kumpulan untuk menghasilkan kertas kerja khidmat masyarakat. Kertas kerja yang mereka bincangkan ini akan dilaksanakan oleh para pelajar tingkatan 4 tahun hadapan sekiranya program yang dirancang realistik dan menepati objektif.
Untuk slot seterusnya,Pn Lee Chay Yin dari Panitia Sivik & Kewarganegaraan telah menerangkan format-format laporan aktiviti Khidmat Masyarakat.
Pada 5 Ogos 2008 telah diadakan pembentangan kertas kerja bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah menunjukkan komitmen dan berjaya membentangkan idea masing-masing.

LAWATAN & PERKONGSIAN PINTAR PELAJAR TINGKATAN 1 MOZAC DENGAN SMK RAHMAT

Selamat datang diucapkan kepada guru dan pelajar tingkatan 1 SMK Rahmat. Program perkongsian pintar antara pelajar tingkatan 1 MOZAC dan SMK Rahmat telah dijalankan pada 30 julai yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lawatan dipersekitaran sekolah dan asrama, perbincangan dalam kumpulan dimana para pelajar membincangkan isu-isu yang telah diberi kepada mereka serta persembahan daripada pelajar MOZAC dan SMK Rahmat. Pelajar SMK Rahmat telah membuat persembahan nazam dengan jayanya. Manakala pelajar MOZAC telah membuat persembahan mengikut kelas bahasa antarabangsa mereka bermula dengan bahasa Arab,Perancis, Mandarin dan Jepun. diharap perkongsian pintar ini dapat membuka minda pelajar dan merapatkan hubungan sesama insan.