Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Thursday, May 20, 2010

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru



Semoga tabah mendidik anak bangsa!!

Thursday, May 13, 2010

Latihan Kebakaran di Asrama

Pada pukul 12.30 pagi hari Jumaat (7 Mei 2010) penyelaras polisi sekolah selamat dengan kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh serta para warden telah mengadakan satu latihan kebakaran di asrama. Bunyi loceng berpanjangan menandakan kecemasan berlaku dan semua pelajar perlu keluar dari kawasan asrama dan berkumpul di tempat yang ditetapkan. Ketua kamar perlu memaklumkan bilangan ahli kamar kepada ketua warden. Para pelajar perlu peka dengan bunyi loceng berpanjangan dan bergerak cepat meninggalkan kawasan asrama untuk berkumpul ke tempat yang selamat. Terima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh atas kerjasama yang diberikan.

Tuesday, May 4, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR PROJEK KHAS MOZAC






Ustaz Sulaiman Ismail telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi dan teknik belajar menggunakan kuasa minda. Semua pelajar Projek Khas Mozac telah berkumpul di dewan makan asrama untuk mendengar ilmu yang disampaikan oleh beliau. Beliau telah menerangkan bagaimana untuk mengukuhkan ingatan dengan menggunakan teknik BBKCI iaitu Baca, Baca, Keluar, Catat dan Ingat. Teknik ini perlu diamalkan semasa pembacaan dan beliau memberi beberapa amalan yang boleh dilakukan pelajar iaitu menyebut YA RAHMAN selepas solat maghrib dan subuh. Membaca Surah Al Fatihah sebanyak 70 kali sehari. Kelebihannya ialah pelajar cerdas, tidak mudah lupa dan bersemangat untuk belajar. Ceramah berjalan lancar dan diakhir sesi kaunselor telah menyampaikan cenderamata dari sekolah dan menjemput tn penceramah untuk menikmati jamuan ringan

Pelancaran Program Love & Caring - Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru





Sempena program Love and Caring, satu tayangan video bertajuk " Surat Dari Ibu " dan bacaan sajak "Untukmu Ibu" telah dideklamasikan oleh PRS MOZAC pada waktu perhimpunan sekolah. Bersempena Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal tiba tidak lama lagi, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta PRS akan mengadakan dua pertandingan iaitu " Detik Indah Bersama Ibu" dan "Guru Oh Guru". Segala maklumat berkaitan syarat pertandingan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Hari Persahabatan PRS bersama warga MOZAC



Sempena cuti hari Melaka Bandaraya Bersejarah pada 15 April 2010 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti antara ucapan selamat hari persahabatan dan sampaikan lagu, jualan cenderamata dan program " yang senior dihormati, yang junior disayangi". Melalui program ini para pelajar tingkatan satu dan dua saling mengenali dan dapat beramah mesra serta bertukar-tukar fikiran. Aktiviti PRS berjalan lancar dan mendapat sambutan dari warga MOZAC.