Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Tuesday, January 26, 2010

MOZAC antara 20 sekolah hebat!


SEKOLAH TERPILIH SBT

* Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
* Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
* Kolej Melayu Kuala Kangsar
* Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
* Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
* Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
* Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
* Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
* Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
* SMS Muzaffar Syah (Melaka)
* Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
* SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
* SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
* SMK (P) St George (Pulau Pinang)
* Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
* SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
* SK Bukit Damansara (KL)
* SK Zainab (2) (Kota Bharu)
* SK Convent Kota (Taiping)
* SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Tahniah kepada semua warga MOZAC. Semoga kecemerlangan berterusan
Banyak lagi gambar-gambar dan video. Nanti saya upload lagi yer..Tahniah kepada semua pelajar tingkatan lima yang membimbing pelajar tingkatan satu membuat persembahan.

Friday, January 22, 2010

Telentime MSR 2010

Ibu bapa pelajar tingkatan satu dijemput untuk menghadiri Majlis Penutup Minggu Silaturahim Pelajar Tingkatan Satu pada :

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan sultan Muzaffar Syah

Telentime ini berkonsepkan "santai dan hiburan bersama keluarga pada malam minggu". Para pelajar tingkatan satu akan membuat persembahan setelah membuat latihan bersama pelajar-pelajar tingkatan lima. Marilah beramai-ramai kita memeriahkan majlis ini.

Semua orang mempunyai masalah. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah

3 langkah mudah dalam menyelesaikan masalah iaitu The minda (minda), The Body (fizikal) dan The Action (aksi menyelesaikan masalah).Melalui 3 langkah ini, pelajar boleh praktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka boleh selesaikan masalah harian mereka sama ada ia masalah pencapaian akademik, masalah hubungan keluarga atau rakan sebaya dan juga masalah dan cabaran-cabaran lain.
Apa yang paling penting ialah, setiap kali pelajar menghadapi masalah, mereka perlu elakkan daripada berfikir tentang perkataan ’susah’, ‘pening’ atau ‘tidak boleh selesaikan’. Ini adalah kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. JIka anda fikir tidak boleh, seluruh tubuh dan minda anda akan memberi gerak balas yang menunjukkan bahawa anda benar-benar tidak boleh melakukannya. Merugikan bukan?
Mulai sekarang, setiap kali berhadapan dengan masalah, pupuk rasa yakin bahawa ia pasti boleh diselesaikan dan anda akan rasa gembira menyelesaikannya. :)

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

Cuti yang panjang telah tamat. Dengan rasminya para pelajar telah kembali ke sekolah dengan semangat dan azam baru untuk mencapai kejayaan. Sesi persekolahan pada tahun 2010 ini mempunyai pembaharuan iaitu sekolah telah menggunakan sistem semester. Pelajar PMR ( tingkatan 1-3)mempunyai 6 semester, dan pelajar SPM ( tingkatan 4 dan 5) mempunyai 4 semester. (sistem ini telah dipraktikkan di IPT).Diharap supaya pelajar PMR dan SPM dapat bersedia untuk melonjakkan MOZAC terus di puncak kecemerlangan!

Sunday, January 3, 2010

PLKN siri 7/2010

Tahniah diucapkan kepada semua putera dan puteri MOZAC yang mendapat peluang ke PLKN 2010. Semoga anda dapat meningkatkan jati diri dan pengalaman berguna. Selamat berjuang wahai wira dan wira wati MOZAc..hehe