Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Thursday, May 31, 2007

Wednesday, May 30, 2007

JOKES

How do you get a straight a’s..

By using a ruler..


What word is always spell incorrectly?

Incorrectly..

Why was 6 afraid of 7?

Because 789..

What is the longest word in the dictionary..

Smile…because it has a mile..


Why did the teacher go to the beach?

To test the water..

Khas Untuk Wanita

AURAT WANITA — Dari Firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi SAW

1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31
5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31."Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah."Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.
13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tuesday, May 29, 2007

Kemahiran Mengingat

Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan

1 Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar, ini tidak bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang.
2 Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat.
3 Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji lebih lama ingatan
4 Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji
yang berbeza.
5 Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk:
i. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda: Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah diterangkan.
ii. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn.
iii. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau lakaran.
iv. Membuat bayangan atau visual:
a. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah,
peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan.
b. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap.
v. Menyebut berulang kali:
a. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan.
b. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakan dgn teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebagainya.
vi. Menulis atau melakar semula:
a. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat.
b. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan.
vii. melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen:
a. sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen, ingatan mereka lebih lama.
b. Misalnya, pelajar yang melakukan kerja amali atau eksperimen berkaitan dengan fotosintesis, ingatan mereka lebih lama
viii. membuat kaitan:
a. membuatan kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat
b. nombor, perkataan, data, fakta atau meklumat boleh dikaitkan dengan akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual seperti gambar, peta konsep, atau carta.
c. misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar kita boleh mengaitkannya dengan akronim 'BaFIA' iaitu baca, faham, ingat, dan aplikasi.
6 Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di atas secara berasingan atau kombinasi.
7 Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji berkali-kali.

Kerjaya Bidang Polimer

MALAYSIA sebagai sebuah negara industri tidak mahu ketinggalan bersaing di peringkat antarabangsa untuk menghasilkan teknologi bagi mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi daripada bahan-bahan asas yang digunakan dalam kehidupan seharian.
Terkini, teknologi kejuruteraan polimer antara bidang yang mula diterokai di negara ini.
Ramai tidak tahu apa itu bidang kejuruteraan polimer.
Mengapa ia perlu diterokai dan apa keuntungannya kepada pelajar yang menceburi bidang berkenaan.
Perkataan polimer mungkin asing bagi sesetengah pelajar khususnya bagi yang mengikuti aliran sastera.
‘Poly’ dalam bahasa Greek bermaksud banyak manakala perkataan `mer’ bermaksud bahagian.
Dalam bahasa saintifik, ia adalah satu cabang ilmu yang mengkhususkan kajian tentang bahan kimia iaitu pencantuman ikatan karbon yang lebih panjang untuk membentuk polimer.
Polimer dalam bahasa mudah ialah kajian mengenai pembuatan produk berkaitan getah dan plastik.
Di kebanyakan negara maju, bidang kejuruteraan polimer kini semakin berkembang.
Selain menyediakan prospek luas dalam kerjaya profesional, bidang berkenaan juga mampu menjana ekonomi negara menerusi penghasilan pembuatan produk getah dan plastik berkualiti.
Dari segi peluang kerja, lulusan bidang kejuruteraan polimer tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta.
Antara jawatan yang boleh disandang termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai kawalan, perunding dan pegawai sains di syarikat perindustrian.
Pelajar yang berminat dalam bidang ini mestilah lulus cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Bagi lulusan SPM mereka perlu mengikuti program Matrikulasi atau diploma selama satu hingga tiga tahun sebelum diterima masuk ke program peringkat sarjana muda.
Bagi lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula mereka boleh terus memasuki tahun pertama dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan juga subjek-subjek Sains yang berkaitan. Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi MARA antara institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan pengajian dalam bidang ini.

Kerjaya Sains Botani

Sains Botani untuk yang prihatin masalah sejagat
Justeru mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini sebenarnya mempunyai peluang kerjaya yang pelbagai.
Ditambah dengan pelbagai isu masyarakat dan persekitaran yang berlaku kini, keperluan kepada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini semakin meningkat.
Sebagai contoh, peningkatan populasi penduduk mempunyai kaitan rapat dengan masalah alam sekitar dan juga bekalan makanan yang mencukupi.
Masalah-masalah ini memerlukan mereka yang berkelulusan Sains Botani untuk mencari pendekatan terbaik bagi memastikan isu-isu sebegini dapat diselesaikan dengan baik.
Dalam berhadapan dengan isu-isu bekalan makanan contohnya, kita memerlukan saintis yang mahir dalam penyakit-penyakit tumbuh-tumbuhan dan penghasilan baka-baka baru, yang mana ia juga adalah antara cabang Sains Botani.
Selain itu, antara kerjaya yang boleh diceburi oleh lulusan sains botani ialah ahli ekologi, ahli taksonomi, ahli biologi tumbuhan, pakar pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya.
Hampir semua universiti yang mempunyai program-program pengajian dalam bidang sains menawarkan kursus Sains Botani.
Bagaimanapun, secara umumnya universiti yang menawarkan program pengajian dalam Sains Botani akan membahagikan jabatan atau fakulti masing-masing kepada beberapa bidang pengkhususan seperti agronomi (tanaman ladang), holtikultur (pokok-pokok hiasan, buah-buahan dan sayur-sayuran) mikrobiologi (mikrob seperti bakteria dan fungus) serta patalogi tumbuhan (penyakit-penyakit tumbuhan).
Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah antara universiti terbaik yang menawarkan program Sains Botani.
Selain itu ialah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM). Mereka yang berminat dalam bidang ini mestilah mempunyai kelulusan baik dalam subjek sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Monday, May 28, 2007

rekod GPS MOZAC

REKOD PENCAPAIAN GPS SPM

2000 (3.01 )
2001 (2.26 )
2002 (2.25 )
2003 (1.90 tanpa est)
2004 (2.13 )
2005 (2.23 )
2006 (1.93 )
2007 (sasaran 1.64)

Thursday, May 24, 2007

Kem pemantapan Akademik SPM

Kem pemantapan akademik khas untuk calon SPM sekolah akan di adakan bermula pada 4 jun hingga 9 jun . antara pengisiannya adalah teknik menjawab soalan , bengkel dan ulangkaji berkumpulan . Program adalah kali kedua di adakan yang bermula pertama kali pada tahun 2006 . Terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama yang baik untuk melancarkan perjalanan program ini.

Selamat Bercuti

Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti pertengahan tahun untuk semua pelajar yang bermula pada tarikh 25 Mei 2008 Jumaat selama dua minggu . Adalah diharappkan semua pelajar dapat mengisi masa bercuti dengan kegiatan yang berfaedah dan mengulangkaji pelajaran dan calon-calon SPM dan PMR harap membuat lebih persediaan untuk penggal baru yang lebih mencabar.

Wednesday, May 23, 2007

Jejak Akademik

Program jejak akademik untuk semua pelajar ddari tingkatan 1-5 akan di adakan pada hari sabtu 30 jun minggu kedua penggal kedua . Ibubapa dijemput hadir ke sekolah untuk mengambil slip peperiksaan pepertengahan tahun dan bertemu guru untuk membincangkan masalah berkaitan prestasi akademik ana masing-masing .Progrm diadakan dua peringkat iaitu bermlula pada jam 0800- 1000 pagi untuk tingkatan 1 hingga 3 dan disambung dari jam 1000-1200 untuk ibubapa dari tingkatan 4 dan lima .Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama dari semua ibubapa pelajar demi bersama-sama menaikkan muu dan prestasi PMR dan SPM 2007 .

Ceramah Bahaya Rokok

Unit kaunseling mengadakan satu program bahaya merokok untuk semua pelajar tingkatan satu hingga lima pada jam 230-330 petang khamis ini bertempat di dewan sekolah setelah mendapat kerjasama dari unit kesihatan jabatan kesihatan negeri . Program ini bertujuan untuk menunjukan dengan jelas kesan dan bahaya merokok juga cara mengatasinya .Ini adalah salah satu program mendidik pelajar dari terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat ini dan untuk kesihatan belia yang bebas dari dadah .

Monday, May 21, 2007

Salam Pengenalan .

Hari ini unit kaunseling sekolah mengorak langkah untuk mendaftar dan menerbitkan blog bagi unit ini. Diharapkan blog ini akan memjadi diary harian dan laporan aktiviti dari semasa ke semasa. Blog ini juga diharapkan akan menjadikan saluran komunikasi antara pelajar , ibubapa dan guru akan lebih berkesan .Selain itu ia juga selaras dengan kedudukan sekolah sebagai salah sebuah sekolah bestari negeri Melaka. Harapan sekolah adalah tinggi supaya laman ini akan dimanafaatkan sepenuhnya olih warga Muzaffar Syah sepenuhnya.