Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Wednesday, July 24, 2013

Aktiviti UBK Mozac dari April - Jun 2013

1) Program Jalinan dan Jaringan pelajar tingkatan 5 bersama UTEM
2) Program MIR -Aku janji PMR
3) Lawatan murid-murid darjah 6 SK Jengka 18, Pahang
4) Ceramah Perkembangan Remaja Lelaki tingkatan 1 dan 2 bersama LPPKN Melaka
5) Program pelajar tingkatan 1 dan 2 perempuan bersama UTEM
6) Immersion SMK(P) Seri Aman ( 10 orang pelajar )
7) Kursus Kejurulatihan PRS Zon Selatan
8) Perjumpaan Khas bersama ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5
9) Perjumpaan KELUARGA Mozac
10) Lawatan murid-murid darjah 6 SK Taman Nusa Perintis Johor
11) Program MUzaffar Outreach di SK Batu Berendam 2
12) Ceramah Early Harvest -Tajaan Yayasan Khazanah( pelajar tingkatan 5)
13)Kem Motivasi E-fussion (pelajar tingkatan 3)
14)Lawatan murid-murid darjah 6 SK Gangsa
15) Program bersama AlumniBatch 89-93 ( pelajar tingkatan 5)
16)Lawatan murid-murid darjah 6 SK Tambychik Karim
17)Lawatan murid-murid darjah 6 SK Panchor Seremban
18)Program Jejak Prestasi





Wednesday, May 8, 2013

Aktiviti suku tahun 2013

Cepat benar masa berlalu.  Berikut adalah aktiviti UBK Mozac dari Jan-Mac 2013

1. Pendaftaran pelajar tingkatan 1  (7.1.2013)
2. Minggu Silaturahim (MSR)  pelajar tingkatan 1 ( 7.1- 18.1)
3. Malam penutup MSR dan Talentime
4. Pendaftran pelajar tingkatan 4 (29.1.2013)
5. Minggu Silaturahim (MSR) pelajar tingkatan 4
6. Pendaftaran pelajar tingkatan 1 (ambilan 2)  (4.2.2013)
7. Minggu Silaturahim pelajar tingkatan 1 (ambilan 2)
8. Motivasi belajar pelajar tingkatan 3 dan 5 bersama Dr Aziz Sahat
9. Immersion pelajar SMK Dang Anum ke Mozac (18.3-21.3)
10. Bicara Tokoh bersama bekas pelajar (alumni) En Rafie Omar (21.3.2013)






Maaf blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Insyallah kami akan update dari masa ke masa.Terima kasih

Friday, June 29, 2012

Outreach Muzaffar 2012

Program Outreach Muzaffar pada tahun ini telah dijalankan di SK Nyalas yang terletak di Daerah Jasin, Melaka.  Program tersebut telah diadakan pada 16 Jun 2012.  Seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar  Projek Khas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tingkatan 4 telah menjalankan aktiviti bersama 92 orang pelajar  darjah 6 SK Nyalas.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ice Breaking, SBP Matlamatku dan Perkongsian pintar cara belajar berkesan.  Diharap kedua-dua pihak mendapat manfaat dalam program ini dan dapat diteruskan pada masa  akan datang. 





Kem Jaya Diri Tingkatan 1

13 Jun 2012 ( Rabu)
Program sehari ( 8.00 pg- 7.00 ptg)
Pusat Kokurikulum Lanchang, Merlimau Melaka
Semua pelajar tingkatan 1 terlibat
Mereka telah menjalankan aktiviti fizikal seperti Berbasikal, Water Confident, dan berkayak









Wednesday, June 20, 2012

Kursus Kepemimpinan Ketua Tingkatan dan Ketua Kamar

Pada 23 dan 24 Mei 2012 ,Seramai 79 orang pelajar terlibat dalam kursus kepemimpinan anjuran Unit Hem dan UBK Mozac.  Mereka telah berkursus selama dua hari satu malam di Kem Lambaian Danau, Jasin.  Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.  Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat iaitu Pn Munira, Cik Rozinah, En Husaini, En Azaman dan En Saifudin.




Immersion SBPI Selandar

Seramai 10 orang pelajar tingkatan 5 SBPI Selandar telah mengikuti program immersion di Mozac bermula 17- 20 April 2012. Mereka telah mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh warga Mozac.



Kursus Pembimbing Rakan Sebaya

Kursus PRS Zon Selatan

10 orang PRS tingkatan 4 telah menyertai kursus PRS Zon Selatan di SMS Johor.