Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Friday, June 29, 2012

Outreach Muzaffar 2012

Program Outreach Muzaffar pada tahun ini telah dijalankan di SK Nyalas yang terletak di Daerah Jasin, Melaka.  Program tersebut telah diadakan pada 16 Jun 2012.  Seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar  Projek Khas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tingkatan 4 telah menjalankan aktiviti bersama 92 orang pelajar  darjah 6 SK Nyalas.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ice Breaking, SBP Matlamatku dan Perkongsian pintar cara belajar berkesan.  Diharap kedua-dua pihak mendapat manfaat dalam program ini dan dapat diteruskan pada masa  akan datang. 





No comments: