Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Thursday, August 20, 2009

TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA

Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat. Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai setiap tahun.
Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti maktab, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan mereka.
Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga pelajar-pelajar SBP dan MRSM, perkara-perkara berikut telah didapati:

1. Pelajar-pelajar lemah dalam membuat ‘arguement’.
2. Bersikap pasif semasa temuduga.
3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik.
4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.
6. Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.
7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti
tempatan dan luar negeri.
8. Kurang pengetahuan am.
9. Berpakaian tidak kemas.

No comments: