Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Thursday, July 12, 2007

Stress: Jangan Biarkan Diri Anda Tertekan

Definisi Stress
Tekanan adalah suatu situasi atau perkara yang boleh mengganggu atau membina kehidupan seseorang. Jika seseorang dapat menyesuaikan diri, dia akan membina suasana yang disebut "eustress". Jika tidak dapat menyesuaikan diri boleh merosakkan diri disebut "distress"

Tanda-tanda Tekanan
Mudah marah, agresif, kecewa, hampa, mood berubah-rubah, duka, murung, suka menyendiri, panas baran
Gangguan Pemikiran
Sukar faham, sukar menyelesaikan masalah, sukar membuat keputusan, kurang kreatif, pelupa
Sakit Fizikal
Penyakit mulut, Jantung, Sistem Penghadaman, Alat Kelamin, Paru-paru, Rambut gugur, Sengal otot, Sakit kulit, Pundi kencing
Perubahan Perlakuan
Sukar tidur, merokok/minum arak, kurang minum @ lebih minum, lebih makan @ kurang selera, lewat bertindak, perubahan gaya hidup