Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Sunday, June 17, 2007

Seluar londeh diisytihar jenayah di Selatan AS

LOUISIANA: Corak pemakaian seluar yang mendedahkan seluar dalam kini mencetuskan kontroversi di Louisiana mahupun di negeri lain di selatan Amerika Syarikat.
Datuk Bandar Delcambre, sebuah bandar di Louisiana dilaporkan akan menandatangani rang undang-undang bagi mendenda mereka yang memakai seluar lendut sehingga menampakkan seluar dalam, selain mengisytiharkan cara memakai seluar itu sebagai satu jenayah.“Jika seluar yang dipakai menyebabkan anggota sulit anda terdedah, anda akan didenda sehingga AS$500 (RM1,770), manakala mereka yang mengulangi kesalahan itu boleh dipenjarakan enam bulan,” kata Datuk Bandar Delcambre, Carol Broussard.Penduduk di bahagian selatan Amerika sudah lama menggesa agar cara memakai seluar melendut sehingga menampakkan seluar dalam itu diharamkan sejak fesyen itu diperkenalkan beberapa tahun lalu.Ia turut disokong pemimpin agama, majlis tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan yang mahukan undang-undang serta peraturan lebih keras dikenakan kepada pemakai seluar lendut, sebagai langkah mengekalkan imej baik di tempat awam dan pusat beli-belah.Kami sudah letih kerana asyik ternampak seluar dalam remaja di merata tempat,” kata paderi Richard Burton, yang juga ahli lembaga pengarah kumpulan melobi Afrika-Amerika.Broussard juga berkata peraturan yang akan dikuatkuasakan tiada kaitan dengan persoalan kaum.“Belia kulit putih juga memakai seluar melendut. Sesiapa saja yang memakai seluar seperti ini, perlu bertanggungjawab kerana keadaan kini semakin tidak terkawal,” katanya.Beliau turut menasihati orang ramai termasuk belia agar memakai seluar dengan cara yang sempurna.“Pakai seluar anda secara sopan dengan menutup bahagian sulit. Jika anda mendedahkan kemaluan, anda akan didenda.“Jika anda berjalan dan seluar lendut anda terlucut, anda juga akan didenda,” katanya..Dalam sidang akhbarnya, Broussard jugaberjenaka yang mencetuskan gelak tawa mereka yang hadir apabila berkata: “Lebih baik pemakai seluar dalam seperti itu tidak pakai apa-apapun. “Saya amat tidak senang melihat orang yang berjalan di tempat awam dengan memakai seluar pada paras punggung dan mendedahkan seluar dalam mereka,” katanya. – Agensi