Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Thursday, June 14, 2007

Keputusan PMR

Harapan 8A kembar tercapai PUTRAJAYA: “Syukur, cita-cita kami dua beradik untuk memperoleh 8A akhirnya tercapai. Tapi kami yakin mempunyai peluang berdasarkan keputusan percubaan sebelum ini,” kata Ahmad Syakir Md Yasir, 15.
Kecacatan kronik tak halang peroleh 7A KUALA LUMPUR: Kecacatan kronik dialami tidak menghalangnya daripada mencatat keputusan 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.
Penuhi wasiat ibu bapa KOTA BHARU: Air mata kejayaan mengiringi seorang anak yatim piatu yang hiba apabila kecemerlangannya meraih 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak dapat dikongsi dengan dua insan tersayang.
Tiga anak peneroka cemerlang HULU TERENGGANU: Tiga anak peneroka dan anak guru di pedalaman di sini, membuktikan kecemerlangan mampu dicapai walaupun jauh dari kawasan pembangunan dan kemudahan.
Keperitan hidup bukan halangan JASIN: Keperitan hidup terpaksa membantu ibu menjual kuih selepas kematian bapa dua tahun lalu tidak menjadi halangan buat Muhammad Fiqri Mohd Ramli, 15, memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.
Resipi kejayaan kembar SEREMBAN: Kurang menonton televisyen, belajar tanpa sebarang tekanan dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas antara resipi kejayaan pelajar kembar dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (SMKGV), di sini, dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.
Khairi hadiah 9A untuk ibu KEPALA BATAS: “Mungkin pelajar lain boleh berkongsi kejayaan dengan bapa mereka tetapi saya tidak kisah. Saya masih ada ibu dan hadiahkan kejayaan ini kepadanya,” kata Khairi Syafiq Nan, 15, yang mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Raih 9A walau sering berlapar GEORGETOWN: Sering berlapar kerana tiada wang belanja bukan halangan besar kepada anak penjual nasi lemak di sini, untuk muncul antara pelajar cemerlang sekolahnya dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006.
Ulang-alik 30km berbaloi JITRA: Pengorbanan anak pesawah berulang-alik sejauh 30 kilometer (km) dari rumahnya di Kampung Sungai Korok, di sini ke Alor Star setiap hujung minggu untuk mengikuti kelas tuisyen berbaloi apabila dia berjaya memperolehi 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), semalam.
‘Saya tak mahu anak susah’ JOHOR BAHRU: Seorang peniaga pisang goreng di Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas, Muar, menyifatkan kejayaan anaknya memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai antara hadiah berharga bagi dirinya.
Tak mampu tuisyen MUAR: Seorang pekebun, Mazlan Mohamad, 55, pernah diperlekehkan kerana menghantar anaknya belajar di sekolah Cina.
2 kali mimpi ‘gagal’ JOHOR BAHRU: “Dua kali saya bermimpi mengenai keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan kedua-duanya membuatkan saya menangis kerana ketakutan,” kata Noor Atiqah Zainal Abidin, 15, semalam.
‘Hadiah buat ayah’ KUALA LUMPUR: “Keputusan ini saya hadiahkan untuk ayah yang sedang sakit,” kata anak pemenang Anugerah Kajai 2001, Khairah Nazurah Karim, 15, yang mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).