Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Saturday, June 2, 2007

Pelajar dilarang angkat tangan jawab soalan

LONDON: Kementerian Pendidikan Britain dijangka mengeluarkan garis panduan baru hari ini yang akan menghalang amalan pelajar sejak sekian lama - mengangkat tangan bagi menjawab soalan.

Daily Mail melaporkan semalam, golongan pendidik sebaliknya disyorkan menyebut nama murid yang perlu menjawab soalan.Alasannya, cara itu membolehkan pelajar yang lebih bersifat pemalu dan pendiam tidak terus berasa tersisih serta rendah diri apabila melihat rakan lain saling berlumba mengangkat tangan bagi menjawab masalah yang dikemukakan.Malah, Jabatan Pendidikan negara Barat itu mendakwa langkah mengharamkan amalan mengangkat tangan itu dapat membantu beribu-ribu pelajar ‘ghaib’ yang gagal mencatat kecemerlangan akademik yang sepatutnya di sekolah rendah.Jabatan itu mendakwa 77,000 pelajar berusia 11 tahun yang cerdik atau hampir seorang bagi setiap tujuh orang setiap tahun, gagal mendapat markah sepatutnya bagi subjek matematik.Bagi subjek Bahasa Inggeris, angkanya seramai 37,000 orang.Sehubungan itu, Setiausaha Pendidikan, Alan Johnson, dijadual mengeluarkan garis panduan itu yang mengingatkan guru tidak mewujudkan kumpulan pelajar yang berlumba-lumba mendapatkan perhatian guru ketika di kelas.“Kumpulan pelajar yang berasakan diri mereka tersisih ini lazimnya budak yang baik. Mereka pasti mendapat banyak manfaat jika satu persekitaran pembelajaran lebih positif dapat diwujudkan,” katanya dalam pekeliling berkenaan.Antara teknik pengajaran yang perlu diamalkan termasuk tidak lagi menyuruh pelajar mengangkat tangan, tetapi memanggil nama pelajar yang diingini selain memberi tempoh sekurang-kurangnya 30 saat kepada murid untuk berfikir sebelum menjawab.Sebagai galakan tambahan, guru juga perlu menggalakkan pelajar yang malu, membincangkan soalan itu dengan rakan lain sebagai kegiatan berkumpulan. Cadangan itu berasaskan tinjauan ke atas 39 sekolah yang membuktikan kewujudan pelajar ‘ghaib’ atau berasa tersisih yang lazimnya pendiam dan bersikap tidak endah jika tidak menerima perhatian guru. – Agensi