Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Tuesday, May 24, 2011

LUPA?




Pelajar: Cikgu saya risau. Mula-mula belajar saya ingat lepas tu saya lupa. huhu. Sebab tu keputusan peperiksaan saya teruk

Cikgu: ok saya akan bantu awak teknik-teknik untuk mengingat.
1) Niat untuk belajar sesuatu subjek untuk kecemerlangan diri dan ilmu yang diperolehi akan membantu diri. Niat belajar akan menjadikan pelajar gembira untuk belajar dan tidak tertekan.

2) Wujudkan minat kepada subjek tertentu. Selalunya subjek yang lemah adalah subjek yang tidak diminati pelajar. Contoh: Pelajar yang minat bola sepak akan mengikuti perkembangan bola sepak kebangsaan atau kelab luar. Mereka akan tahu siapa pemain kumpulan tersebut dan gaya permainan mereka. Begitu juga kepada sesiapa yang berminat dengan novel. Mereka akan mengingati watak-watak dalam cerita tersebut.

3) Masukkkan unsur emosi dan imaginasi semasa proses mengingat. Pelajar boleh mereka cerita yang logik atau fantasi dari kata kunci. Lagi lucu atau tidak logik cerita tersebut, lagi cepat pelajar mengingat pelajaran. Ingatan akan melekat cepat dalam minda apabila unsur emosi dan situasi dibagungkan. Contoh: pelajar yang membaca novel akan menjiwai watak-watak dalam penceritaan dan adakalanya pembaca akan menangis, tersenyum dan geram. Dan apabila diminta untuk mengulas cerita dalam novel tersebut, mereka dapat menceritakan kembali.

Banyak lagi teknik mengingat yang boleh dipraktikkan. Cuba yang ini dahulu. Selamat mencuba=)

No comments: