Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Tuesday, May 3, 2011

Johan Keseluruhan Pertandingan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Melaka

Pada 30 April yang lalu Unit Bimbingan & Kaunseling MOZAC telah menghantar 28 orang pelajar untuk bertanding dalam semua kategori ( Pertandingan melukis poster,kain rentang, sketsa,media maklumat, folio kerjaya, dan EAK)di SK Tanjong Minyak bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 ptg. Usaha gigih dan kerja keras pelajar berbaloi apabila MOZAC telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Karnival Kerjaya 2011. Terima kasih diucapkan kepada Pn Zulindawati dan Pn Munira atas bimbingan dan kerjasama yang diberikan.Tahniah kepada pelajar yang terlibat dalam memartabatkan nama sekolah.Jumpa lagi pada tahun hadapan.

No comments: