Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Thursday, August 2, 2007

Tabiat baik : Membantu ke arah kecemerlangan

MEMBACA buku pada masa lapang merupakan tabiat yang baik. Tabiat bermakna kita mengamalkan sesuatu perkara mengikut kebiasaan. Tabiat yang baik bermakna kita bertertib dengan disiplin ketika melakukan aktiviti seharian.Tabiat adalah bagaimana cara seseorang itu berfikir, bertindak dan bertindak balas dengan sesuatu kejadian.Pelajar yang cemerlang perlu mempunyai tabiat yang baik. Kecemerlangan lahir daripada asuhan, keinginan dam keperluan untuk mencapai sesuatu yang baik.

Cuba fikirkan sama ada anda mempunyai tabiat berikut dalam kehidupan sehari-hari:

1. Membaca buku sebelum tidur.
2. Bertanya di dalam kelas jika tidak faham.
3. Menoleh ke belakang setiap kali membuka pintu.
4. Mengemaskan keperluan ke kelas sebelum waktu tidur.
5. Mendengar dengan tekun apabila berbual dengan rakan.
6. Melemparkan senyuman apabila berselisih dengan orang.

Tabiat di atas merupakan senarai ringkas daripada pelbagai tabiat yang boleh diikuti oleh pelajar. Ia bukan perkara yang sukar atau mustahil untuk dilakukan. Tabiat yang baik akan membantu anda untuk mendapatkan kecemerlangan.

Pelajar yang bersikap proaktif seperti suka bertanya di dalam kelas, berbincang dengan guru dan rakan, akan lebih mempunyai tabiat suka bersendirian. Orang yang bersikap proaktif tidak terpengaruh dengan faktor luaran. Di samping bertanggungjawab kepada diri sendiri, mereka akan cuba mengatasi masalah mereka.

Pelajar yang bersikap inovatif selalunya mempunyai tabiat penggerak atau pemula dalam diri mereka.Mereka gemar melakukan perkara yang belum dilakukan oleh orang lain dan bangga menjadi pemenang. Keinginan seperti ini lahir daripada tabiat inginkan kelebihan daripada orang lain.

Adakah anda orang pertama melakukan perkara-perkara berikut di dalam kelas:

1. Menyiapkan tugasan atau latihan.
2. bersetuju untuk menjadi ketua atau pengawas.
3. Menawarkan diri untuk sebarang persembahan.
4. Mengangkat tangan apabila guru bertanya soalan.