Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Wednesday, August 1, 2007

KETAHUI PUNCA ANAK AGRESIF

Sebenarnya sukar untuk mengetahui penyebab mengapa seseorang anak itu menjadi begitu agresif. Namun terdapat beberapa perkara yang umumnya menyumbang kepada permasalahan ini:

1. Meniru ibu bapa

Misalkan seorang anak berusia 10 tahun melempar sebuah botol ke ibunya sebab ia pernah melihat ayahnya melakukan hal yang sama. Jadi anak tadi hanya mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh bapanya terhadap ibunya.

2. Ibu bapa / penjaga membiarkan

Cara hidup yang tidak terikat dengan peraturan atau terlalu dimanja ibu bapa lambat-laun membuatkan anak suka menyerang. Misalanya ibu bapa / penjaga yang tidak menegur atau menghukum anak ketika dia melakukan kesalahan, pasti membuatkan anak beranggapan bahawa perbuatannya bukan satu kesalahan. Ini memberi peluang pada anak untuk mengulangi perbuatannya lagi.

3. Akibat pengaruh televisyen

Ibu bapa perlu mendampingi anak terutama dalam memilih program televisyen. Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa pada anak untuk menonton adegan-adegan kejam dalam filem-filem aksi atau peperangan, dikhuatiri mempengaruhi anak.

4. Memendam perasaan marah

Mencegah atau melarang anak melampiaskan amarahnya hanya akan mengakibatkan ia memendam perasaan marah itu. Tahukah anda perasaan marah yang terpendam itu boleh menyebabkan anak cenderung melampiaskan amarah terhadap orang lain dengan cara menyerang mereka bagi memuaskan hatinya?

5. Dengan kejam menghadapi kekejaman

Menghukum kekasaran anak itu adalah dibenarkan, tetapi bukan dengan memukulnya secara kasar. Memukul anak dengan zalim dan keterlaluan menyebabkan anak berdendam selain anak juga cenderung berbuat perkara yang sama apabila dia semakin membesar. Apabila ibu bapa menghukum anak dengan menganiaya, maka anak akan belajar untuk menganiaya orang lain sebagai balasan perlrmpiasannya. Jadi hindari hukuman yang boleh mengakibatkan anak juga terdorong unutuk melakukan hal yang sama terhadap orang lain