Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Sunday, July 11, 2010

KOLOKIUM KECEMERLANGAN PELAJAR PROJEK KHAS 2010


Program : Kolokium Kecemerlangan Pelajar Projek Khas SBP 2010
Tema : Melestarikan Kecemerlangan
Tarikh : 7 - 10 Julai 2010
Tempat : Puteri Resort, Melaka


Seramai 230 orang peserta dari 58 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah menyertai Kolokium tersebut. Antara slot-slot yang disediakan ialah sesi bersama Pengarah SBP, bersama Tokoh Sejarawan Melaka, Sesi Bersama Alumni, Lawatan (PERZIM), Bicara Tokoh, Forum, Sesi Bersama Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Makan Malam Bersama Pemimpin Melaka ( Tajaan menaiki River Cruise), Rumusan Bersama Pengarah SBP dan Majlis Penutup. Diharap para peserta dapat melonjakkan diri kearah "MELESTARIKAN KECEMERLANGAN" dan " MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA"
Tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat!

No comments: