TARIKH : 23 & 24 Julai 2010
TEMPAT : Lake Garden Resort, Melaka
SASARAN : Semua pelajar tingkatan dua
Selepas solat Jumaat, semua pelajar tingkatan dua MOZAC telah menaiki bas untuk meghadiri KEM MOZAC CERDAS & CERGAS anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling serta kerjasama dari Nur'insani Training & Consultancy. Program ini bermula selepas pelajar mendaftar penginapan mereka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan motivasi diri mereka supaya dapat bersama-sama mengekalkan kecemerlangan diri,memberi pengalaman kepada para pelajar bekerjasama dalam satu kumpulan,meningkatkan ilmu kerohanian dan spiritual serta merapatkan ssilaturahim.Majlis penutup telah disempurnakan oleh GPK HEM dan majlis bersurai pada pukul 5 petang.