Ceramah Remaja Bestari telah disampaikan oleh Pegawai Unit Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 24 Februari 2010 pada pukul 3.00 petang bertempat di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Pelajar dapat mengetahui serba sedikit mengenai zaman remaja yang sedang mereka lalui dan cabaran yang perlu mereka lalui semasa remaja. Pelajar didedahkan dengan masalah sosial remaja dan kesannya kepada remaja, keluarga dan masyarakat. Diakhir ceramah pihak sekolah telah menyampaikan sedikit cenderamata sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
No comments:
Post a Comment