Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Friday, January 22, 2010

Semua orang mempunyai masalah. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah

3 langkah mudah dalam menyelesaikan masalah iaitu The minda (minda), The Body (fizikal) dan The Action (aksi menyelesaikan masalah).Melalui 3 langkah ini, pelajar boleh praktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka boleh selesaikan masalah harian mereka sama ada ia masalah pencapaian akademik, masalah hubungan keluarga atau rakan sebaya dan juga masalah dan cabaran-cabaran lain.
Apa yang paling penting ialah, setiap kali pelajar menghadapi masalah, mereka perlu elakkan daripada berfikir tentang perkataan ’susah’, ‘pening’ atau ‘tidak boleh selesaikan’. Ini adalah kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. JIka anda fikir tidak boleh, seluruh tubuh dan minda anda akan memberi gerak balas yang menunjukkan bahawa anda benar-benar tidak boleh melakukannya. Merugikan bukan?
Mulai sekarang, setiap kali berhadapan dengan masalah, pupuk rasa yakin bahawa ia pasti boleh diselesaikan dan anda akan rasa gembira menyelesaikannya. :)

No comments: