Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Wednesday, July 30, 2008

Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 4 Siri 4 /2008

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.


































LAPORAN KEGIATAN / AKTIVITI
NAMA AKTIVITI
Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 4 Siri 4 / 2008
OBJEKTIF PROGRAM
Diakhir kursus ini para pelajar diharapkan :
1.1 Dapat membentuk keyakinan diri pada setiap peserta .
1.2 Dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman dalam sesebuah pasukan.
1.3 Dapat memberikan motivasi dan galakan di dalam menghadapi zaman persekolahan.
1.4 Dapat membentuk sikap taat setia, berdisiplin dan bertanggungjawab

TARIKH PERLAKSANAAN
11 Julai 2008 hingga 13 Julai 2008
TEMPAT
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Rejimen 514AW Bukit Beruang dan Pusat Rekreasi Ayer Tasik Ayer Keroh Melaka
SASARAN
Semua pelajar tingkatan 4 ( 139 orang )
PERSONALIA
KOS/SUMBER
RM 5000/-
1. Peruntukan Bimbingan dan Kaunseling
2. WLM

PENGISIAN
11 JULAI 2008 ( JUMAAT )
Masa : 3.30 petang
Tempat : Astaka

Semua pelajar tingkatan 4 telah berkumpul di hadapan astaka.
Semua pelajar telah dibahagikan kepada 5 platun oleh Penyelaras Program iaitu Cikgu Saifudin. Pelajar berbaris mengikut platun masing-masing. Pelajar telah diberi taklimat oleh Pegawai waran II En Amran berkenaan aktiviti yang akan didakan pada petang ini.

Selepas itu semua pelajar diminta bergerak mengikut platun masing-masing. Setiap platun dikendalikan oleh seorang jurulatih Rejimen 514 AW Bukit Beruang. Petang ini semua peserta dikehendakki berlari untuk memanaskan badan dan diikuti dengan kawad kaki.

Masa : 6.00 petang
Setelah selesai aktiviti kawad kaki. Setiap Ketua platun diberi sebatang kayu dan sehelai kain putih. Mereka dikehendakki mencipta logo platun masing-masing. Masa yang diberikan adalah amat singkat iaitu antara pukul 6.00 petang hingga 7.00 malam.

Masa : 7.00 Malam – hingga 9.00 malam
Semua peserta pulang ke asrama untuk bersiap dan makan malam seterusnya solat Maghrib dan Isyak berjemaah di surau.

Masa : 9.15 Malam
Semua peserta berkumpul dihadapan bilik paging dalam platun masing-masing. Cikgu Saifudin memberikan taklimat berkaitan aktiviti pada malam ini. Semua peserta diminta mengutamakan aspek keselamatan kerana aktiviti pada malam ini agak mencabar dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan.Setiap pelajar dibekalkan dengan sebotol air mineral. Doa dibaca oleh wakil Badri sebelum semua pelajar bergerak berjalan kaki menuruni Mozac melalui ke SK Ayer Keroh dan seterusnya ke Kem Rejimen 514AW Bukit Beruang. Guru yang terlibat dalam aktiviti pada malam ini cikgu Saifudin ( Penyelaras Program ), Cikgu Sazali( Penyelaras Tingkatan 4 ), Cikgu Jelani ( Warden Disiplin ) , Ustaz Suhaimi dan Ustaz Arafat.

Masa : 9.55 Malam
Perjalanan dengan berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 35 minit dari Mozac ke Kem Rejimen 514AW Bukit Beruang Melaka.
Pelajar kelihatan masih bersemangat. Setibanya di kem, kami disambut oleh barisan dua belas jurulatih Rejimen 514AW Bukit Beruang yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Subramanian.
Pegawai Waran II En Amran memberi taklimat dan setiap platun diminta membentangkan logo masing-masing.

Masa :10.45 malam
Semua pelajar dibawa masuk kedalam hutan Bukit Beruang untuk Eksesais Burung Hantu. Setiap pelajar ditinggalkan seorang demi seorang di dalam kawasan hutan untuk menguji keberanian dan ketabahan diri.
Setiap pelajar tidak boleh meninggalkan tempat masing-masing melainkan dengan arahan jurulatih.
Eksesais ini berjalan dengan baik dan tiada pelajar yang mengalami gangguan atau kecederaan.

Masa : 12.45 malam
Jurulatih mengarahkan semua pelajar berkumpul mengikut platun masing-masing. Setelah itu, semua platun bersama jurulatih dan guru bergerak ke arah pencawang telekom yang terletak di puncak bukit. Dalam perjalanan seorang pelajar lelaki mengalami sesak nafas. Walaupun begitu pelajar ini masih ingin meneruskan perjalanan. Sebelum tiba ke puncak bukit, dua orang pelajar puteri terpaksa di bawa turun kerana terlalu keletihan. Mereka dihantar menggunakan Land Rover tentera ke Mozac.

Masa : 1.30 pagi
Semua pelajar berhenti di puncak Bukit Beruang berhampiran pencawang Telekom. Taklimat diberi oleh Pegawai waran II En Amran. Selepas itu semua pelajar meneruskan perjalanan memasukki hutan berhampiran pencawang. Aktiviti diberi nama eksesais Seram Sejuk. Perjalanan sangat mencabar kerana trek yang agak licin dan curam. Ramai pelajar tergelincir. Perjalanan yang sangat mencabar dan meletihkan ini melalui hutan tebal dan Taman Muzaffar Syah dan kembali semula ke sekolah pada pukul 4.30 pagi.

Masa : 5.00 pagi
Semua pelajar sangat keletihan. Mereka diberi air mineral setiap orang. Cikgu Saifudin mengucapkan tahniah kerana kejayaan mereka menamat misi yang mencabar dan selamat sampai ke sekolah. Pelajar bersurai.

12 JULAI 2008 ( SABTU )
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Mozac
Semua platun bergerak ke Tasik Ayer Keroh menaiki tiga buah bas.

Masa : 8.30 pagi
Tempat : Pusat Rekreasi Ayer, Tasik Ayer Keroh.
Semua platun berkumpul dan mendengar taklimat dari jurulatih REDTMA. Platun dipecahkan kepada dua kumpulan. Dua platun dibawa ke Taman Botanikal Melaka untuk aktiviti Pandu Arah. Tiga platun lagi dibawa ke lokasi aktiviti Paint Ball Kedua aktiviti ini berjalan serentak. Dalam aktiviti Pandu Arah, setiap platun diberi kompas dan diminta bergerak mengikut bering/arah yang telah ditetapkan dan menyudahkan setiap check point.
Kumpulan yang menang ialah mereka yang berjaya menyudahkan mengikut masa yang paling pantas.
Bagi aktiviti Paint Ball, setiap platun dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri dari lima orang. Mereka akan bertanding secara liga. Kumpulan yang menang ialah mereka yang berjaya mengambil bendera di kubu lawan. Aktiviti Paint Ball sangat menarik dan paling diminati pelajar. Sebahagian besar pelajar tidak pernah mengikuti aktiviti paint ball. Oleh itu, aktiviti paint ball ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan kerana selain berpeluang menembak musuh mereka dilatih mengatur strategi untuk menewaskan lawan. Kedua-dua aktiviti pandu arah dan paint ball ini tamat pada pukul 5.30 petang.

Masa : 7.00 malam – 9.00 malam
Makan malam , solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Kuliah Mahgrib telah diadakan oleh ustaz dari KAGAT Rejimen 514 AW Bukit Beruang.

Pada malam ini semua platun dibenarkan berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti pada pagi esok.

13 Julai 2008 ( Ahad )
Tempat : Kawasan Hutan bersebelahan MOZAC
Masa : 7.30 pagi – 10.00 pagi

Pada pagi ini semua pelajar dibawa ke kawasan hutan berhampiran Mozac. Aktiviti yang diadakan ialah memasak ala tentera.
Setiap platun diberi bekalan makanan tentera iaitu secara paket dan platun diminta memasak menggunakan kiub lilin dan menggunakan mangkuk tin. Selepas itu, setiap platun dikehendakki menghidangkan makanan menggunakan daun dan apa sahaja yang boleh didapati dalam hutan. Masakan mereka dinilai oleh Kapten Johan Othman.

Masa : 11.00 pagi
Tempat : Astaka
Majlis Penutup Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 4 Siri 4 / 2008-07-22 telah disempurnakan oleh En Roszelan bin Majid GPK.
Pentadbir yang turut serta ialah Cik Rosnah bt Osman GPK HEM,
Pn Hamidah bt Hassan GPK KOKU. .
PENILAIAN/CATATAN

Penutup
Secara keseluruhannya Kem Jati Diri ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari barisan dua belas orang jurulatih Rejimen 514 AW Bukit Beruang Melaka
Diharapkan Kem Jati Diri ini akan dapat memberi pengalaman dan pembelajaran baru di luar bilik darjah. Aktiviti seperti ini dapat membentuk jati diri pelajar dan semangat kerja berpasukan sebagai persiapan menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.

DISEDIAKAN OLEH :

(Saifudin bin DolHalit )
Penyelaras
Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 4
Siri 4/ 2008

No comments: