Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Saturday, March 15, 2008

Kelakuan Remaja

KUALA LUMPUR, – Untuk kebanyakan anak-anak muda di seluruh dunia, menjadi seorang remaja adalah merupakan masa yang penuh dengan cabaran di dalam hidup mereka. Oleh itu, apabila berhadapan dengan situasi yang amat sukar seperti tekanan daripada rakan-rakan, diskriminasi, penyalahgunaan dadah atau keganasan, ia adalah amat penting bagi mereka jika dapat diberikan panduan oleh seseorang yang boleh dipercayai.
Pelajar tahun pertama psikologi, Azra Tasneem Bt. Vazeer Alam yang berumur sembilan belas tahun mendapati dirinya amat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang penyayang yang telah memberikan sumber kekuatan kepadanya pada masa-masa yang amat diperlukannya. Apabila disakat atau dipanggil dengan nama-nama yang kurang baik ketika awal remaja, Azra merasakan ketabanannya menghadapi masa-masa tersebut adalah disebabkan oleh kedua ibu dan bapanya.
"Apabila mereka memanggil saya dengan nama-nama tertentu di sekolah, ia merupakan satu pengalaman yang amat pahit bagi saya. Tetapi hubungan yang kuat dengan ibu bapa saya telah meningkatkan semangat saya dan juga telah membantu saya mengatasinya. Adalah amat penting untuk anak-anak muda untuk mempunyai 'role model' yang positif dan juga mereka yang dapat memberi panduan yang positif kepada mereka, untuk berjaya di dalam hidup," kata Azra.
Kelakuan yang berisiko sedang meningkat
Menurut Dr. Brendan J. Gomez, seorang psikologis Kaunseling dan Perkembangan, di Kolej Universiti HELP (HUC), Azra adalah seorang daripada 80 peratus di Malaysia yang terpaksa melalui pengalaman dibuli dalam masa tertentu pada zaman kanak-kanak mereka, dan mengikut statistik ia semakin meningkat setiap tahun. Tetapi keganasan bukanlah satu-satunya isu yang dihadapi oleh anak-anak muda kini. Di negara yang sedang membangun seperti Malaysia, disebabkan oleh tekanan daripada dunia yang moden, para remaja juga terpaksa menangani ancaman-ancaman yang timbul disebabkan oleh kelakuan berisiko seperti seks tidak selamat, penyalahgunaan dadah dan juga jangkitan HIV/AIDS.
"Disebabkan negara kita sedang pesat membangun, secara ekonomi, budaya dan sosial, kita telah berubah dengan banyak semenjak 20 tahun yang lalu dan remaja kita diharap agar dapat menghadapinya. Dan hasilnya, 28 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia sekarang mempunyai masalah kesihatan mental. Kemurungan, tekanan, keganasan dan bunuh diri kesemuanya semakin meningkat di kalangan anak-anak muda di negara ini," kata Dr. Gomez. "Ini merupakan trend yang amat merisaukan, dan kita hendak cuba cari jalan penyelesaian terhadap masalah ini sekarang."
Dengan sokongan daripada UNICEF, Pusat Kajian Asia untuk Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja (ARCCADE) dibawah HUC telah memulakan "Mentoring Malaysia", program kepimpinan remaja yang boleh memberi manfaat kepada remaja yang berumur tiga belas dan empat belas tahun. Projek perintis berdasarkan sekolah ini adalah untuk dua tahun dan ia telah direka untuk memperkukuhkan kompetensi sosial dan juga emosi kanak-kanak yang disebabkan oleh keadaan mereka yang serba kekurangan, melalui kaunseling rakan sebaya.



Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.