Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Monday, February 25, 2008

KURSUS ASAS KT & PKT



Kursus Asas untuk Ketua Tingkatan (KT) dan Penolong Ketua Tingkatan (PKT) 1,2 dan 3 telah dijalankan pada 20 dan 21 Februari. Objektif Kursus Asas KT dan PKT ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tanggungjawab sebagai seorang KT dan PKT.


Slot 1 : Ceramah kepimpinan sebagai seorang KT dan PKT / pembahagian kumpulan

Slot 2 : LDK dan Pembentangan kumpulan

Slot 3: Refleksi dan penutup


Melalui Kursus Asas ini juga diselitkan sesi "pengucapan awam" dimana peserta akan mencabut undi untuk tajuk yang perlu mereka katakan dihadapan rakan-rakan. Sesi "pengucapan awam" ini secara tidak langsung menggalakkan pelajar yakin ketika bercakap dikhalayak ramai.