Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Friday, November 16, 2007

MOCK INTERVIEW




Pada 30 hb Oktober 2007 yang lalu Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Multimedia University (MMU) menjalankan ceramah tips menghadapi temuduga untuk para pelajar tingkatan 5 MOZAC dan 40 orang pelajar SBPI Selandar. Melalui ceramah tersebut para pelajar dapat mengetahui perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa menghadiri temuduga. Para pelajar diingatkan supaya berpakaian lengkap dan kemas.
Bagi sesi pada sebelah petang, para pegawai MMU dibantu oleh guru-guru dari MOZAC dan guru dari SBPI Selandar mengadakan sesi "mock interview" dimana para pelajar akan menjawab soalan daripada penemuduga dan dalam masa beberapa minit pelajar perlu merebut peluang "mempromosikan diri" untuk menarik minat penemuduga.
slot seterusnya adalah penilaian dari penemuduga dan penyampaian hadiah dari MMU kepada pelajar yang berjaya menjalani temuduga dengan yakin dan bersemangat. Seterusnya, penyampaian cenderahati dari MOZAC kepada para pegawai MMU dan guru-guru yang terlibat. terima kasih diucapkan.
Melalui "mock interview ini diharap para pelajar dapat merasai pengalaman ketika ditemuduga dan melakukan apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas ditemuduga.