Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Tuesday, May 29, 2007

Kerjaya Sains Botani

Sains Botani untuk yang prihatin masalah sejagat
Justeru mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini sebenarnya mempunyai peluang kerjaya yang pelbagai.
Ditambah dengan pelbagai isu masyarakat dan persekitaran yang berlaku kini, keperluan kepada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini semakin meningkat.
Sebagai contoh, peningkatan populasi penduduk mempunyai kaitan rapat dengan masalah alam sekitar dan juga bekalan makanan yang mencukupi.
Masalah-masalah ini memerlukan mereka yang berkelulusan Sains Botani untuk mencari pendekatan terbaik bagi memastikan isu-isu sebegini dapat diselesaikan dengan baik.
Dalam berhadapan dengan isu-isu bekalan makanan contohnya, kita memerlukan saintis yang mahir dalam penyakit-penyakit tumbuh-tumbuhan dan penghasilan baka-baka baru, yang mana ia juga adalah antara cabang Sains Botani.
Selain itu, antara kerjaya yang boleh diceburi oleh lulusan sains botani ialah ahli ekologi, ahli taksonomi, ahli biologi tumbuhan, pakar pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya.
Hampir semua universiti yang mempunyai program-program pengajian dalam bidang sains menawarkan kursus Sains Botani.
Bagaimanapun, secara umumnya universiti yang menawarkan program pengajian dalam Sains Botani akan membahagikan jabatan atau fakulti masing-masing kepada beberapa bidang pengkhususan seperti agronomi (tanaman ladang), holtikultur (pokok-pokok hiasan, buah-buahan dan sayur-sayuran) mikrobiologi (mikrob seperti bakteria dan fungus) serta patalogi tumbuhan (penyakit-penyakit tumbuhan).
Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah antara universiti terbaik yang menawarkan program Sains Botani.
Selain itu ialah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM). Mereka yang berminat dalam bidang ini mestilah mempunyai kelulusan baik dalam subjek sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).