Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Friday, December 25, 2009

TAHNIAH PELAJAR TING.3 2009

Seramai 81 orang daripada 120 orang pelajar tingkatan tiga telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang mendapat 8A!Kepada yang kurang cemerlang, pastikan SPM 2011 milik anda. Buktikan kecemerlangan mu.

Friday, December 18, 2009

LAWATAN KERJA MGBK DAERAH MELAKA TENGAH KE JOHOR & SINGAPURA

Bermula 14 sehingga 17 Disember seramai 36 orang Guru Bimbingan Kaunseling Daerah Melaka Tengah telah membuat lawatan kerja ke negeri Johor dan Singapura. Matlamat program ini ialah untuk membentuk pasukan guru bimbingan dan kaunseling yang berkarisma dan berinformasi tentang Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di Malaysia dan di negara maju serta prospek kerjaya. Antara objektif program ialah untuk mendedahkan budaya pembelajaran dan pengajaran di negara maju kepada guru bimbingan dan kaunseling, melonjakkan anjakan paradigma guru B&K tentang program di negara maju serta merapatkan hubungan antara guru B&K.Banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan ini. Terima kasih kepada jawatan kuasa MGBK yang bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar. Semoga lawatan kerja seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

SALAM MAAL HIJRAH 1431

1 Muharram 1431 bukan sekadar hari cuti. Ia adalah permulaan ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Semoga iman diperkuatkan, amalan ditambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, December 8, 2009

sireh pulang ke gagang

Selepas tamat peperiksaan SPM semua pelajar tingkatan 5 dan ibu bapa mereka telah berkumpul di dewan untuk majlis Sireh Pulang ke Gagang dimana secara simboliknya pelajar-pelajar ini diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka setelah lima tahun bersekolah di MOZAC. Majlis ini bertujuan mewujudkan rasa hormat menghormati, menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. Majlis di mulai dengan bacaan doa, ucapan Tuan Pengetua, Ucapan GPK HEM, Ucapan Kaunselor, dan pemberian cenderamata dari sekolah kepada semua pelajar tingkatan 5. Majlis bersurai selepas para hadirin menikmati jamuan ringan. Tuai Padi Antara Nampak, Esok Jangan Layu layuan, Intai Kami Antara Nampak, Esok Jangan Rindu rinduan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 5 2009!

cuti cuti juga, buku jangan lupa yer