Bertempat di dewan sekolah, disaksikan semua warga MOZAC, satu pertunjukan fesyen yang bertemakan
" Etika Berpakaian Pelajar MOZAC" telah disempurnakan oleh pelajar-pelajar yang
berbakat dan
berketerampilan kemas iaitu para pelajar dari tingkatan
2 Omega. Para pelajar ini menunjukkan jenis-jenis pakaian yang bersesuaian dan dibenarkan oleh pihak sekolah untuk ke majlis atau aktiviti mengikut situasi, seperti pakaian ke sekolah, pakaian ke majlis rasmi, pakaian ke surau dan solat Jumaat, pakaian ke Majlis Makan Beradab dan sebagainya. Diharap warga MOZAC mendapat
kesedaran dan
mempunyai keinginan untuk kelihatan bersih, kemas, menarik, dan mematuhi etika berpakaian MOZAC.TQ.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.