Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Friday, January 20, 2012

MALAM TALENTIME 2012





13 JANUARI 2012 (JUMAAT)
8.30 MLM
DEWAN SULTAN MANSOR SYAH

pelajar-pelajar tingkatan satu membuat persembahan seperti tarian tradisional, tarian moden, sketsa bertajuk "puteri yang kesepian", dikir barat, boria, dan lakonan (iklan). pelajar-pelajar ini berbakat dan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari pelajar-pelajar tingkatan 5 dan sebahagian pelajar tingkatan 4. Tahniah ducapkan kepada pelajar yang terlibat dengan Malam Talentime dan ibu bapa yang hadir.

Selamat Datang Pelajar Tingkatan Satu






4 Januari 2012 ( Rabu)
Dewan Sultan Mansor Syah
7.30 pg - 12.30 tgh

Pendaftaran berjalan lancar dan diserikan lagi dengan kedatangan Ketua Menteri Melaka semasa lawatan kerjanya di MOZAC. Tahniah diucapkan kepada 124 pelajar tingkatan satu yang mendaftar. Datang dengan satu azam,pulang dengan kejayaan cemerlang!!Buktikan anda pelajar cemerlang

Thursday, November 10, 2011

Lawatan PRS ke Genting Highland



Pada 9/11/2011, ahli PRS tingkatan 4 dan peserta-peserta Karnival Kerjaya Melaka dan SBP telah mengadakan lawatan ke Genting Highlands. Mereka telah bertolak pada pukul 5.30 pagi dan tiba semula ke sekolah pada pukul 12.15 pagi. Mereka juga telah diiringi oleh Puan Munera, Puan Zulindawati dan Encik Faizal. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah lawatan ke Strawberry Park, Permainan Outdoor dan Indoor serta Bowling. Lawatan ini adalah sebagai tanda penghargaan pihak UBK kepada pelajar yang terlibat dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

Tuesday, November 8, 2011

Solat Hajat SPM 2011




Solat Hajat dan bacaan Yassin pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM bermula 14 November ini.

Tarikh: 8 November 2011 (Selasa)
Masa : 6.30 ptg - 9.00 mlm
Tempat: Dewan Sultan Muzaffar Syah , MOZAC

Salam Aidiladha




Rasanya masih tidak terlewat untuk UBK mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha.Semoga apa jua pengorbanan kita yang tulus dan ikhlas akan mendapat keberkatan daripadaNYA yang Maha Esa.

p/s: Alumni Mozac akan mengadakan ibadah korban pada hari Rabu ni di Mozac.Mari beramai-ramai memeriahkan majlis korban

Sunday, October 30, 2011

Minggu Peperiksaan Warga MOZAC




Minggu ini semua pelajar ting 1-4 menghadapi peperiksaan akhir tahun. Keputusan ini akan menentukan kedudukan kelas mereka pada tahun hadapan. jangan pening-pening. Ingat formular cikgu.
" Banyak baca = Banyak Markah = Banyak A" hehe selamat berjaya

Jamuan PRS di Seoul Garden,MP

Tarikh: 25 Oktober 2011
Masa : 3.00 ptg- 5.30 ptg
Tempat: Seoul Garden, Mahkota Parade Melaka

Tips pemakanan sihat: Berhenti makan sebelum kenyang ok!Alhamdulillah
(gambar akan upload kemudian..tunggu)

lawatan penanda aras SK Zainab 2, Kelantan





PRS tingkatan 3 menjalankan beberapa aktiviti semasa lawatan daripada murid-murid darjah 3,4, dan 5 dari SK Zainab 2, Kelantan.

Tarikh:21 Oktober 2011
Masa : 8.30 pg - 11.30 pg
Aktiviti : Taklimat sekolah, persembahan murid-murid SKZ2,Ice breaking, LDK - SBP matlamatku, sharing is caring, dan lawatan sekitar sekolah.

Diharap murid-murid SKZ2 mendapat pengetahuan mengenai SBP dan memperoleh pengalaman sepanjang lawatan ini.Terima Kasih kepada PRS ting.3 yang terlibat.

"Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain"