Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Tuesday, May 3, 2011

Program Gerak Gemilang PMR




Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan program ini dengan menjemput YM Raja Shamri B. Raja Husin sebagai penceramah. Program ini diharap dapat menyedarkan pelajar tentang peri pentingnya berusaha ke arah kecemerlangan diri.

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)

Tempat : Dewan Sultan Muzaffar Syah, MOZAC

Masa: 8.00 pg - 4.00 ptg

"Success is not all about techniques, success is all about way of life"

Monday, March 28, 2011

Tahniah diatas kecemerlangan SPM Ohana




Seramai 33 orang pelajar mendapat straight A dalam SPM baru-baru ini dan 2 orang pelajar Projek Khas iaitu NURUL ADHA BT KHAMIS dan SITI FATIMAH RADZUAN juga mendapat 9A dalam SPM. Tahniah kepada Ohana yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang kurang cemerlang diharap tidak berputus asa. Ingatan kepada semua pelajar supaya melengkapkan maklumat fasa 2 untuk online UPU sebelum 4 April 2011. Pelajar-pelajar digalakkan berjumpa Guru Bimbingan & Kaunseling untuk maklumat berkaitan IPT dan bidang yang ditawarkan di IPTA/S.

PROGRAM JEJAK GEMILANG PELAJAR TINGKATAN 4

TARIKH : 25 MAC 2011 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PG - 5.OO PTG
TEMPAT : AUDITORIUM MASJID AL AZIM MELAKA
PESERTA: SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4


PROGRAM INI MENDAPAT KERJASAMA DARIPADA GURU-GURU SUBJEK TINGKATAN 4 MOZAC. PROGRAM BERJALAN LANCAR DAN DIHARAP DAPAT DITERUSKAN PADA MASA HADAPAN.

PROGRAM NLP PELAJAR TINGKATAN SATU 2011







TARIKH : 5 MAC 2011 (SABTU)
MASA : 8.30 PG - 5.00 PTG
TEMPAT : RUMAH MEDIA MITC AYER KEROH
PESERTA: SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1

PROGRAM BERJALAN LANCAR DAN DIHARAP PELAJAR DAPAT MENGAPLIKASI ILMU YANG DIPEROLEHI

Monday, February 21, 2011

Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan, Penolong dan Ketua Dorm 2011




pada 11 sehingga 13 Februari 2011 satu kursus kepimpinan KT,PKT dan KD dengan kerjasama Kelab Mahasiswa Kolej Kediaman Unguku Aziz Universiti Malaya. Banyak aktiviti yang telah dijalankan. Diharap selepas ini semua KT,PKT dan KD dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Selamat datang pelajar baru tingkatan 4 dan tingkatan 1 (ambilan kedua)

Pada 7 Februari yang lalu seramai 30 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftarkan diri dan pada 16 Februari pula seramai 26 orang pelajar tingkatan 1 baru ambilan kedua telah mendaftar di dewan sekolah. Mereka telah diberi taklimat berkaitan peraturan sekolah, peperiksaan, biasiswa , perpustakaan dan pengambilan buku teks.Semoga pelajar-pelajar terpilih ini akan menyambung tradisi kecemerlangan mereka di MOZAC.

Sunday, January 30, 2011

Aktiviti Minggu Ini

Hari isnin pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan serta bacaan Ikrar penutup Minggu Silaturahim pelajar tingkatan satu yang diketuai oleh Muhamad Haziq Aiman. Pada hari Jumaat pula diadakan perjumpaan Mentor Mentee kali pertama pada tahun ini. Semoga program yang dirancang ini dapat membawa manfaat kepada semua warga MOZAC.

Wednesday, January 19, 2011

TALENTIME 2011




Minggu Silaturahim (MSR) bermula pada hari pendaftaran 5 Januari 2011 dan berakhir pada 14 Januari 2011. Pada malam Talentime tersebut pelajar-pelajar tingkatan satu dengan kerjasama pelajar-pelajar tingkatan lima telah membuat berbagai persembahan. Ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan selepas majlis tersebut pelajar-pelajar tingkatan satu dibenarkan pulang kerumah dan balik semula ke asrama pada hari ahad.