Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Monday, February 21, 2011

Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan, Penolong dan Ketua Dorm 2011




pada 11 sehingga 13 Februari 2011 satu kursus kepimpinan KT,PKT dan KD dengan kerjasama Kelab Mahasiswa Kolej Kediaman Unguku Aziz Universiti Malaya. Banyak aktiviti yang telah dijalankan. Diharap selepas ini semua KT,PKT dan KD dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Selamat datang pelajar baru tingkatan 4 dan tingkatan 1 (ambilan kedua)

Pada 7 Februari yang lalu seramai 30 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftarkan diri dan pada 16 Februari pula seramai 26 orang pelajar tingkatan 1 baru ambilan kedua telah mendaftar di dewan sekolah. Mereka telah diberi taklimat berkaitan peraturan sekolah, peperiksaan, biasiswa , perpustakaan dan pengambilan buku teks.Semoga pelajar-pelajar terpilih ini akan menyambung tradisi kecemerlangan mereka di MOZAC.

Sunday, January 30, 2011

Aktiviti Minggu Ini

Hari isnin pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan serta bacaan Ikrar penutup Minggu Silaturahim pelajar tingkatan satu yang diketuai oleh Muhamad Haziq Aiman. Pada hari Jumaat pula diadakan perjumpaan Mentor Mentee kali pertama pada tahun ini. Semoga program yang dirancang ini dapat membawa manfaat kepada semua warga MOZAC.

Wednesday, January 19, 2011

TALENTIME 2011




Minggu Silaturahim (MSR) bermula pada hari pendaftaran 5 Januari 2011 dan berakhir pada 14 Januari 2011. Pada malam Talentime tersebut pelajar-pelajar tingkatan satu dengan kerjasama pelajar-pelajar tingkatan lima telah membuat berbagai persembahan. Ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan selepas majlis tersebut pelajar-pelajar tingkatan satu dibenarkan pulang kerumah dan balik semula ke asrama pada hari ahad.

Tuesday, January 4, 2011

Minggu Pertama Persekolahan 2011


Selamat kembali ke sekolah. Minggu ini UBK sibuk dengan persiapan menyambut kedatangan pelajar tingkatan satu yang akan mendaftar pada 5 Januari 2011. Tahun ini kemasukan tingkatan satu agak cepat. Tahun-tahun sebelum ini mereka mendaftar selepas seminggu persekolahan. Jadi UBK telah berbincang dengan Jawatankuasa Minggu Silaturahim dan membuat persiapan dengan bantuan pelajar-pelajar.Semoga Sesi pendaftaran berjalan lancar.Selamat datang pelajar baru tingkatan satu ke MOZAC.

Tahniah Xtrovia


Seramai 89 daripada 119 orang pelajar telah mendapat keputusan 8A dalam PMR yang telah diumumkan pada 23 Disember lalu. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar Projek Khas yang telah mendapat 8A.Anda telah membuktikan kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang untuk berjaya. Teruskan kecemerlangan pada SPM 2012.

Wednesday, December 15, 2010

Sireh Pulang Ke Gagang




Tarikh : 8 Disember 2010
Tempat : Dewan Makan Asrama MOZAC
** Semua pelajar tingkatan 5 dan ibu bapa serta penjaga mereka berkumpul bersama pentadbir sekolah dan guru-guru untuk meraikan para pelajar tingkatan 5 yang telah tamat peperiksaan SPM pada petang itu. Pada petang itu, Pengetua , GPK Pentadbiran dan GPK HEM telah menyampaikan amanat terakhir untuk para pelajar tingkatan 5. Pn Zulindawati selaku Kaunselor Kanan juga telah menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan Online UPU, IPTA dan Penaja-penaja yang menawarkan biasiswa. Sebelum majlis berakhir, Pengetua telah menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar tingkatan 5 sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga batch Ohana ini akan mendapat keputusan SPM yang cemerlang . Tahniah kerana telah berjaya menjalani kehidupan di MOZAc selama 5 tahun.

Karangan budak darjah 6 untuk pelajar-pelajar MOZAC

**Contoh karangan yang bertajuk cara-cara mengisi cuti sekolah dengan berfaedah.Diharap pelajar Mozac dapat memanfaatkan cuti kali ini.


Selamat pagi diucapkan kepada yang berusaha Puan Pengerusi Majlis,yang dihormati Tuan Pengetua,Encik Ng Heng Chan,para hakin yang adil lagi saksama,guru-guru,dan rakan yang dihormati sekalian.Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah,"Cara-cara Meengisi Masa Cuti Sekolah dengan Berfaedah".

Hadirin sekalian,



Cara pertama yang saya fikir wajar untuk pelajar mengisi masa cuti sekolah secara berfaedah adalah dengan mengulangkaji pelajaran masing-masing ataupun belajar secara berkumpulan dengan kawan-kawan.Melalui cara ini sudah pasti dapat membantu pelajar untuk memahirkan diri.

Bagi sebilangan pelajar yang gemar akan aktiviti luar bilik darjah,musim cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu.Mereka akan dapat menggembara,menjelajah,mendaki gunung,atau berekspedisi ke tempat-tempat idaman mereka.Kegiatan sebegini mengurangkan tekanan yang dihadapi sepanjang masa belajar.

Seteeusnya pelajar-pelajar yang tiada rancangan untuk ke mana-mana,masa cuti bolehlah digunakan untuk menolong ibu bapa di rumah.Kerja-kerja yang dapat dilakukan termasuklah membersihkan rumah dan kereta dan sebagainya.Pertolongan yang dihulurkan itu berupa suatu cara untuk membalas budi ibu bapa kita yang telah banyak berkorban selama ini.

Hadirin yang dihormati,

Pelajar-pelajar bolehkan juga memilih untuk melakukan kerja-kerja sambilan semasa cuti sekolah.Kerja sambilan yang dilakukan biarlah dapat mematangkan diri anda sebagai pelajar.

Sebelum mengundurkan diri,saya berharap agar syarahan ringkas saya ini dapat membantu para pelajar dalam merancang aktiviti yang akan dilakukan pada musim cuti sekolah yang akan datang.Sekian,terima kasih.