Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Sunday, October 17, 2010

Hai..Semua

Minta maaf atas sebab-sebab tertentu blog kaunseling mozac tidak dapat di kemaskini.Sebenarnya banyak program yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & kaunseling antaranya:

* Perjumpaan Mentor Mentee kali kedua
* Tadarus Qubra Mentor Mentee pada bulan Ramadhan
* Menyertai Pertandingan Karnival Kerjaya SBP Peringkat Kebangsaan bagi kategori
Inovasi PRS di SBPI Pekan Pahang
* Majlis Restu Ilmu untuk pelajar tingkatan 3 menghadapi PMR
* Program Pasca PMR yang sedang dijalankan




Monday, July 26, 2010

KEM MOZAC CERDAS & CERGAS 2010


TARIKH : 23 & 24 Julai 2010
TEMPAT : Lake Garden Resort, Melaka
SASARAN : Semua pelajar tingkatan dua

Selepas solat Jumaat, semua pelajar tingkatan dua MOZAC telah menaiki bas untuk meghadiri KEM MOZAC CERDAS & CERGAS anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling serta kerjasama dari Nur'insani Training & Consultancy. Program ini bermula selepas pelajar mendaftar penginapan mereka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan motivasi diri mereka supaya dapat bersama-sama mengekalkan kecemerlangan diri,memberi pengalaman kepada para pelajar bekerjasama dalam satu kumpulan,meningkatkan ilmu kerohanian dan spiritual serta merapatkan ssilaturahim.Majlis penutup telah disempurnakan oleh GPK HEM dan majlis bersurai pada pukul 5 petang.

Sunday, July 11, 2010

Keindahan Bersamamu

Program : Keindahan Bersamamu - Tingkatan 5 dan Jemaah Islam Malaysia (JIM)
Tarikh : 10-11 Julai 2010
Tempat : Dewan MOZAC

Pada hari Ahad ( 11 Julai 2010) ibubapa/ penjaga pelajar tingkatan 5 dan guru-guru dijemput hadir pada slot terakhir program "Keindahan Bersamamu".

KOLOKIUM KECEMERLANGAN PELAJAR PROJEK KHAS 2010


Program : Kolokium Kecemerlangan Pelajar Projek Khas SBP 2010
Tema : Melestarikan Kecemerlangan
Tarikh : 7 - 10 Julai 2010
Tempat : Puteri Resort, Melaka


Seramai 230 orang peserta dari 58 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah menyertai Kolokium tersebut. Antara slot-slot yang disediakan ialah sesi bersama Pengarah SBP, bersama Tokoh Sejarawan Melaka, Sesi Bersama Alumni, Lawatan (PERZIM), Bicara Tokoh, Forum, Sesi Bersama Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Makan Malam Bersama Pemimpin Melaka ( Tajaan menaiki River Cruise), Rumusan Bersama Pengarah SBP dan Majlis Penutup. Diharap para peserta dapat melonjakkan diri kearah "MELESTARIKAN KECEMERLANGAN" dan " MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA"
Tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat!

Tuesday, July 6, 2010

BENGKEL 'PETA MINDA'

Program : Bengkel Peta Minda - NPI dan Parlimen Bukit Katil
Tarikh : 6 Julai 2010
Masa : 8 pg - 1.00 tghari
Tempat : Dewan Makan MOZAC
Pelajar : Semua pelajar tingkatan 3 dan 4

CERAMAH ADAB PERGAULAN REMAJA

Program : Ceramah Pergaulan Remaja LPPKN
Tarikh : 24 Jun 2010 ( Khamis)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Dewan Makan MOZAC
Pelajar : Semua pelajar tingkatan 2

Wednesday, June 30, 2010

KEM JAYA DIRI PELAJAR TINGKATAN SATU BERSAMA PENGAKAP NEGERI MELAKA

NAMA PROGRAM: KEM JAYA DIRI (KEM JaDi) 2010
TARIKH : 1 JUN 2010 ( SELASA)
TEMPAT : KEM PENGAKAP BUKIT KATIL, MELAKA
SASARAN : SEMUA PELAJAR TINGKATAN SATU DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

PARA PELAJAR DAPAT MEMPELAJARI KAWAD KAKI, BELAJAR MENGENDALIKAN BARA UNTUK AKTIVITI MASAKAN RIMBA " KENTANG BAKAR" DAN ASAS IKATAN.TERIMA KASIH KEPADA PENGAKAP NEGERI MELAKA YANG BEGITU 'SPORTING' DAN SANGAT BEKERJASAMA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI. SEMOGA KITA DAPAT BEKERJASAMA LAGI PADA TAHUN AKAN DATANG.


Monday, June 28, 2010

KEM MOTIVASI 3A TINGKATAN SATU BERSAMA KRIM

Nama Program : Kem Motivasi 3A ( Akhlak, Akidah, & Akademik)dengan kerjasama KRIM
Tarikh : 27 & 28 mei 2010
Tempat : MOZAC

Semua pelajar tingkatan satu terlibat dan mereka seronok menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.