Kursus Asas untuk ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan telah dijalankan pada 3 April 2010 bertempat di Pusat Sumber MOZAC bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Bagi slot pertama peserta telah mendengar ceramah daripada kaunselor Cik Munira berkaitan ciri dan tugas seorang ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. Kemudian peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk sesi LDK dan peserta telah berbincang dalam kumpulan seterusnya membentangkan hasil perbincangan mereka dihadapan peserta lain. Semoga kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan menjalankan tugas dengan lebih bermotivasi dan dedikasi
Sunday, April 4, 2010
KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA PELAJAR SBP 2010
Kursus Kepemimpinan Ketua dan Penolong Ketua Pelajar SBP telah berlangsung di Sekolah Tun Fatimah bermula pada 6 hingga 10 Mac 2010. Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan khusus untuk para pemimpin SBP. Tahniah kepada Majlis Guru Kaunseling SBP Zon Selatan dan tuan rumah STF kerana berjaya mengendalikan kurus ini dengan jayanya.
Wednesday, March 3, 2010
Pelajar Tingkatan 4 Ambilan Kedua
Seramai 10 orang pelajar tingkatan 4 telah dipilih masuk ke MOZAC. Pendaftaran dijalankan di Pusat Sumber Sekolah bermula pada pukul 9.00 pagi. Pelajar membuat pendaftaran kelas dan asrama. Setelah mendengar taklimat dari PK HEM pelajar bergerak ke Koperasi sekolah untuk membeli kelengkapan sekolah dan asrama. Kemudian pelajar dan ibu bapa dibenarkan bergerak ke asrama. Tahniah diucapkan dan semoga pelajar cepat menyesuaikan diri dengan sistem SBP.
CERAMAH REMAJA BESTARI TINGKATAN SATU
Ceramah Remaja Bestari telah disampaikan oleh Pegawai Unit Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 24 Februari 2010 pada pukul 3.00 petang bertempat di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Pelajar dapat mengetahui serba sedikit mengenai zaman remaja yang sedang mereka lalui dan cabaran yang perlu mereka lalui semasa remaja. Pelajar didedahkan dengan masalah sosial remaja dan kesannya kepada remaja, keluarga dan masyarakat. Diakhir ceramah pihak sekolah telah menyampaikan sedikit cenderamata sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Monday, February 22, 2010
16 orang warga baru MOZAC
Sunday, February 14, 2010
Aktiviti Minggu ini
* Ceramah Motivasi PMR & SPM 10 Februari 2010 ( Rabu)
Pegawai dari BTN dijemput untuk menyampaikan ceramah. Majlis tamat pada pukul 11.30 malam
** Progran Jalinan Mesra - 11 Februari 2010 ( Khamis )
Program kerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Melibatkan pelajar tingkatan 4 dan para mentor. Menyembelih, membersih, dan memerap ayam pada sebelah petang dan BBQ bersama para mentor pada sebelah malam.
*** Perjumpaan Mentor Mentee kali pertama - 12 Februari 2010 ( Jumaat)
Selepas waktu rehat telah diadakan satu perjumpaan mentor mentee. Setiap pelajar akan mendapat guru yang menjadi mentornya selama dia berada di MOZAC. Perjumpaan diadakan mengikut tempat yang telah ditetapkan. Perjumpaan kali ini lebih memfokuskan sesi perkenalan dengan ahli baru dan menggalakkan para pelajar untuk berjaya dalam ujian pertama tidak lama lagi. Semoga perjumpaan seperti ini dapat merapatkan ukhwah antara guru dan pelajar.
Unit bimbingan & Kaunseling mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru, staf dan pelajar MOZAC yang meraikannya dan selamat bercuti!!

Monday, February 8, 2010
Latihan Kebakaran, Demonstrasi Memadam Kebakaran & Pameran Kerjaya Bomba
Unit Bimbingan & Kaunseling serta Jawatankuasa Polisi Sekolah Selamat telah mengadakan satu latihan kebakaran, demonstrasi memadam kebakaran dan pameran kerjaya dengan kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Ayer Keroh. Semua warga MOZAC berkumpul di hadapan Astaka dan melihat bagaimana pihak bomba memadam api. PK HEM, GKMP Teknik & Vokasional dan beberapa orang pelajar telah mencuba menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api dengan bimbingan pihak bomba. Latihan kebakaran di asrama akan dijalankan pada bila-bila masa dan para pelajar diminta bersedia dengan sebarang bunyi loceng berpanjangan.
Pendaftaran pelajar baru tingkatan 4
Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada para pelajar tingkatan 4 yang mendaftar di MOZAC. Pendaftaran kelas dan asrama dijalankan di Dewan Makan asrama. Taklimat sekolah pula diadakan di dewan sekolah. Pelajar tingkatan 4 akan mengikuti Hari Silaturahim selama tiga hari bermula 2 Februari sehingga 4 Februari. Diharap para pelajar tingkatan 4 dapat menyesuaikan diri dengan sistem SBP.
Subscribe to:
Posts (Atom)