Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Tuesday, July 22, 2008

Sekolah Berasrama Penuh

LATAR BELAKANG SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Sejarah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula sebelum tanah air mencapai kemerdekaan. Sejarah SBP boleh dibahagikan kepada empat peringkat. Peringkat pertama bermula pada Zaman Pra merdeka sebelum tahun 1957. Peringkat Kedua ialah Zaman Pasca Merdeka hasil daripada Penyata Razak pada tahun 1956. Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan antara tahun 1971 hingga 1990 yang memberi impak yang besar kepada penubuhan SBP.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sistem persekolahan yang menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna. Hasrat SBP adalah untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan dan potensi pelajar ke arah kecemerlangan, sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Penubuhan SBP mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.




MATLAMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh mempunyai matlamatnya.Hal ini penting dengan adanya matlamat ini, warga SBP akan memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamt SBP seperti berikut ;

i. mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
ii. Memperbanyak pelajar bumiputera mendapat pendidiakn berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
iii. Melahirkan Pelajar SBP yang memiliki ‘towering personality’ iaitu berilmu, berkemahiran dan beretika mulia.
iv. Melahirkan Pemimpin berkualiti dalam kalangan pelajar.
v. Membina Etos SBP bercirikan kecemerlangan yang boleh menjadi penanda aras.

OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Penubuhan SBP adalah bagi mencapai objektif berikut:

i. Memastikan pelajar yang berpotensi pada peringkat umur 12 hingga 19 tahun terutama dari kawasan luar bandar dan yang kurang berkemampuan, berpeluang mendapat pendidikan menengah yang lebih sempurna dengan menyediakan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada tempat di SBP untuk golongan ini;
ii. Meningkatkan bilangan pelajar bumiputera yang mendapat pendidikan dalam bidang sains dan teknologi dengan memastikan kesemua pelajar di sekolah menengah sains hanya mengambil mata pelajaran dalam bidang sains dan teknologi; dan
iii. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan iklim persekitaran kondusif bagi membolehkan pelajar mencapai tahap kecemerlangan 100 peratus dalam peperiksaan awam.


Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015
MATLAMAT
PPSBP dirangka untuk mencapai matlamat seperti berikut
• pelajar yang dihasilkan cemerlang akademik dan kokurikulum, memiliki ”towering personality “, berkeperibadian unggul , bermoral, berdaya saing, berwawasan, patriotik dan berfikiran terbuka
• kepimpinan dan pengurusan jitu di kalangan semua pemimpin dan pengurus semua peringkat di SBP
• sebagai model dan penanda aras institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa
• etos pendidikan di SBP unggul dan terpuji
FOKUS PPSBP
• Fokus 1 : Membina negara bangsa bersemangat patriotisme.
• Fokus 2 : membina modal insan berkualiti dan berilmu tinggi.
• Fokus 3 : Memartabatkan profesion keguruan SBP.
• Fokus 4 ; Melonjakkan SBP sebagai kecemerlangan institusi pendidikan .

STRATEGI PENCAPAIAN KECEMERLANGAN
1.Pengurusan Pentadbiran
• Pencapaian akademik yang cemerlang
• Pengurusan sumber manusia yang berkualiti
• Pengurusan kewangan berimpak , audit tanpa teguran
• Sifar kes salah laku dan bilangan pelajar keluar SBP
• Kokurikulum pemangkin kepada sahsiah terbilang
2. Pengurusan Kurikulum
• Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) hendaklah 100% “straight A's” dan Gred Purata keseluruhan 1.0
• Gred purata Keseluruhan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) mesti mencapai 2.0 atau kurang daripadanya . Bagi mata pelajaran teras 100% 1A + 2A dan mata pelajaran elektif 80% ialah 1A + 2A.
• Setiap mata pelajaran akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru cemerlang pada tahun 2010.
• Latihan Dalam Perkhidmatan mengikut keperluan guru dan mempunyai tambah nilai
• Bilangan anugerah yang dimenangi dalam bidang kurikulum meningkat tahun ke tahun.




3. Pengurusan Hal Ehwal Murid
• Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar.
• Kes salah laku adalah sifar.
• Sistem rumah diterapkan di kalangan warga SBP secara berkesan.
• Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama SBP.
• Dewan makan mematuhi Piawaian Kualiti Dewan Makan SBP.
• Program Jati Diri mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
• Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun.
• bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat tahun ke tahun.


4. Pengurusan Kokurikulum
• 100% pelajar terlibat dalam kegiatan kokurikulum di SBP.
• Peningkatan peratus pelajar yang memenangi pertandingan peringkat kebangsaan semakin meningkat dari tahun ke tahun .
• peningkatan peratus pelajar yang memenangi pertandingan peringkat antarabangsa semakin meninkat dari tahun ke tahun .
• Peningkatan peratus pelajar yang memperoleh pengiktirafan oleh mana-mana agensi berkaitan penglibatan mereka dalam kegiatan kesukarelawan.
• Ketahanan diri , berdaya saing, keyakinan tinggi terselah dalam diri pelajar SBP.

Universiti terbaik di Asia dan Dunia

10 UNIVERSITI TERBAIK DI ASIA

1 UNIVERSITY OF TOKYO
2 NATIONAL TAIWAN UNIVERSITY
3 BEIJING UNIVERSITY
4 NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE
5 KYOTO UNIVERSITY
6 UNIVERSITY OF HONG KONG
7 KEIO UNIVERSITY
8 CHINESE UNIVERSITY OF HONG KONG
9 NATIONAL CHIAO TUNG UNIVERSITY
10 UNIVERSITY OF TSUKUBA
Dimanakah kedudukan Universiti Malaysia ?.....baca lagi di sini (Terbaik di dunia)

Jawapannya ialah ......
Kedudukan Universiti Malaysia di dunia

Friday, July 18, 2008

Kerosakan otak

1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih Makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan Gula Yang Berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran Udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih Tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup Muka Ketika Tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan Otak Bekerja Semasa Kurang Sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang Imaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang Berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sunday, July 13, 2008

Menyemai sifat mahmudah

Anak merupakan permata hati yang diidamkan oleh ibu bapa terutama sekali bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Apa yang penting kepada ibu bapa adalah mendidik anak agar berjaya membina masa depan yang lebih gemilang. Mendidik anak bukan hanya semata-mata untuk kesenangan dunia tetapi juga untuk kesejahteraan hidup di akhirat. Menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk mendidik anak yang soleh selari dengan tuntutan agama. Antara pendidikan yang baik adalah aspek berkaitan dengan pembentukan akhlak mulia. ........baca lagi

Mengurus anak angkuh

Dalam kesungguhan anak-anak berbangga dengan kebolehan diri, mereka mungkin tidak sedar bahawa tindakan itu mungkin menyinggung perasaan orang lain.
PADA usia yang muda, kebanyakan kanak-kanak sudah belajar untuk berkata, 'lihat saya'. Majoritinya berbuat demikian semata-mata ingin mendapatkan perhatian daripada orang dewasa.......baca lagi

Tuesday, July 1, 2008

JEJAK PRESTASI 2008


Majlis JEJAK PRESTASI akan diadakan pada 4 hb Julai 2008 untuk para pelajar menengah rendah ( tingkatan 1, 2 & 3) manakala pada 11hb Julai 2008 untuk para pelajar menengah atas ( tingkatan 4 & 5). Majlis JEJAK PRESTASI ini akan diadakan di dewan sekolah bermula pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari.
Ibu bapa/penjaga boleh berjumpa dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran untuk membincangkan keputusan peperiksaan anak-anak. Diharap dengan pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa/penjaga pelajar Sek. Men. Sains Muzaffar Syah.

TAKLIMAT MATRIKULASI & UJIAN PERSONALITI WARNA


Jam 9 malam pada hari Jumaat 27hb Jun 2008 bertempat di dewan Sek.Men Sains Muzaffar Syah telah berlangsung taklimat ringkas tentang kemasukkan ke Matrikulasi oleh Pn Zulindawati untuk semua pelajar ting. 5. Sesi diteruskan dengan aktiviti ujian personaliti warna. Para pelajar menjawab ujian personaliti warna dan membincangkan hasil ujian yang mereka buat bersama Pn Zulindawati. Warna personaliti pelajar dikaitkan dengan pilihan kursus dan kerjaya selepas SPM.

PROGRAM MOZAC CERGAS















Semua pelajar tingkatan 2 Sek. Men. Sains Muzaffar Syah telah menghadiri "Program Mozac Cergas" yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Program ini telah dijalankan di Kem Modal Insan, Sg Rambai Melaka, pada 21hb Jun yang lalu. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Ice Breaking untuk mengenali ahli kumpulan, Aktiviti Spiderweb, Mengira tiang lampu,Menangkap belut, Meredah Kolam, Jungle Tracking, Persembahan kumpulan dan rumusan dapatan melalui aktiviti yang mereka jalankan. Aktiviti "Program Mozac Cergas" ini bertujuan untuk meningkatkan stamina pelajar dan memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan. Guru-guru yang terlibat menjayakan "Program Mozac Cergas" ialah Cikgu Saifudin-Penyelaras Program, Cikgu Hussaini , Cikgu Munira, Ust Mohd Suriandi, Ust Suhaimi dan Ust Arafat.