Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Friday, June 29, 2012

Outreach Muzaffar 2012

Program Outreach Muzaffar pada tahun ini telah dijalankan di SK Nyalas yang terletak di Daerah Jasin, Melaka.  Program tersebut telah diadakan pada 16 Jun 2012.  Seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar  Projek Khas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tingkatan 4 telah menjalankan aktiviti bersama 92 orang pelajar  darjah 6 SK Nyalas.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ice Breaking, SBP Matlamatku dan Perkongsian pintar cara belajar berkesan.  Diharap kedua-dua pihak mendapat manfaat dalam program ini dan dapat diteruskan pada masa  akan datang. 





Kem Jaya Diri Tingkatan 1

13 Jun 2012 ( Rabu)
Program sehari ( 8.00 pg- 7.00 ptg)
Pusat Kokurikulum Lanchang, Merlimau Melaka
Semua pelajar tingkatan 1 terlibat
Mereka telah menjalankan aktiviti fizikal seperti Berbasikal, Water Confident, dan berkayak









Wednesday, June 20, 2012

Kursus Kepemimpinan Ketua Tingkatan dan Ketua Kamar

Pada 23 dan 24 Mei 2012 ,Seramai 79 orang pelajar terlibat dalam kursus kepemimpinan anjuran Unit Hem dan UBK Mozac.  Mereka telah berkursus selama dua hari satu malam di Kem Lambaian Danau, Jasin.  Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.  Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat iaitu Pn Munira, Cik Rozinah, En Husaini, En Azaman dan En Saifudin.




Immersion SBPI Selandar

Seramai 10 orang pelajar tingkatan 5 SBPI Selandar telah mengikuti program immersion di Mozac bermula 17- 20 April 2012. Mereka telah mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh warga Mozac.



Kursus Pembimbing Rakan Sebaya

Kursus PRS Zon Selatan

10 orang PRS tingkatan 4 telah menyertai kursus PRS Zon Selatan di SMS Johor.



Aktiviti Bulan Februari

Aktiviti Bulan Februari:

Pelantikan Ketua Tingkatan dan Ketua Kamar
13 Februari 2012
En Hussin Bin Chik Ketua Unit Kokurikulum dijemput sebagai perasmi majlis


Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 (ambilan 2)
15 Februari 2012
Dewan Sultan Muzaffar Syah




HAI SEMUA

Sekejap sahaja masa berlalu.  Dah lama blog kaunseling ini tidak dikemaskini.  Sebenarnya banyak aktiviti yang telah di jalankan dari bulan Januari sehingga Jun ( Terkini) tetapi tidak sempat kemaskini aktiviti UBK.  saya akan cuba kemaskini blog ini ye..