Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Tuesday, April 27, 2010

24 jam setiap orang!!





Tiada yang ajaib atau misteri dalam pengurusan masa seharian anda dan semuanya akan dapat dilakukan dengan baik tetapi ia memerlukan 3 pengorbanan daripada minda dan fizikal anda iaitu Disiplin, Komitmen dan Fokus. 3 Syarat sah pengurusan masa ini perlu dipatuhi, jika tidak sehebat manapun perancangan masa anda ianya tidak akan berjaya malah akan jadi sia-sia sahaja. Sehebat manapun Pakar Motivasi mengatur jadual anda jua tidak akan berhasil jika anda gagal memenuhi 3 syarat tadi. Wah !! kalau gagal salah satu syaratnya. emm jua akan pincang dan tempang. Jesteru, mulakan hari ini dan bina azam baru yang teguh.

1. Kenal pasti kelemahan & Tabiat kerja anda – Buat sedikit muhasabah dan analisa terhadap tabiat kerja anda yang tidak baik. Apabila anda telah mengetahui tabiat tersebut sama ada kelemahan dalam merancang masa kerja atau melaksanakan kerja. Maka anda cuba mencari penyelesaian kepada tabiat tidak baik itu supaya anda dapat menyelesaikan kerja tadi dengan masa yang lebih singkat dan tersusun. Kebanyakkan individu tidak menganalisa kerja mereka sama ada sudah efektif atau ada cara lain yang lebih cepat serta menjimatkan masa.

2. Berlengah-lengah - Ini tabiat “popular” bagi remaja. Memulakan kerja sehingga berdozen-dozen namun tidak menghabiskannya. Ada banyak punca mengapa perkara ini berlaku antaranya sikap tidak yakin kepada kebolehan diri, tidak optimis dan sikap negetif kepada kerja tersebut. Sebab lain ialah tidak tahu meletakkan “aulawiyat” iaitu keutamaan dalam kerja mereka. Kenal pasti segera supaya ia tidak melarat “penyakit” berlengah-lengah ini kepada masa depan anda.

3. Tidak perlu sibuk tapi produktif. Bekerja dalam keadaan siduk amat memenatkan dan memuaskan. Anda tidak perlu kehulu kehilir untuk membuat satu kerja sahaja. Tapi bahagikan kerja anda dan hasilnya akan lebih baik. Sebagai contoh anda sebagai pengerusi biro dalam organisasi anda, anda boleh pecah-pecahkan kerja tersebut kepada ajk biro anda. Mudah dan cepat bukan. Kerja yang anda lakukan dalam masa 5 jam sendirian akan bertukar menjadi 1 jam sahaja. Ingat fokus kepada produktiviti bukan kecelaruan dalam kesibukkan.

4. Bunuh “Pembunuh Masa” – Kenal pasti pembunuh masa anda seperti leka bermain game atau flash game, bergayut menelefon kerana ia akan mengalihkan fokus kerja anda. Masa rehat itu perlu tetapi jangan sampai membazir masa. Rehatlah dengan sewajarnya.

5. Realistik dalam bertindak – Ramai daripada remaja mahupun eksekutif muda percaya bahawa dalam melakukan kerja WAJIB mencari kesempurnaan. Terimalah hakikat kita manusia yang punyai kekurangan dan kita tidak tinggal di alam Syurga yang penuh dengan kesempurnaan. Petua yang anda perlu pegang ialah melakukan kerja tidak perlu sempurna tetapi cemerlang. Berusaha mencari kecemerlangan bukan kesempurnaan.

Sunday, April 4, 2010

Motivasi dan Bengkel Kemahiran Belajar PMR dan SPM




Pada tarikh 3 April 2010 (Sabtu) telah berlangsung program Motivasi dan Bengkel Belajar untuk para pelajar tingkatan 3 dan 5. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari bertempat di dewan sekolah. Semoga para pelajar dapat manfaat dari program yang dijalankan.

KURSUS KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

Kursus Asas untuk ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan telah dijalankan pada 3 April 2010 bertempat di Pusat Sumber MOZAC bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Bagi slot pertama peserta telah mendengar ceramah daripada kaunselor Cik Munira berkaitan ciri dan tugas seorang ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. Kemudian peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk sesi LDK dan peserta telah berbincang dalam kumpulan seterusnya membentangkan hasil perbincangan mereka dihadapan peserta lain. Semoga kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan menjalankan tugas dengan lebih bermotivasi dan dedikasi



KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA PELAJAR SBP 2010

Kursus Kepemimpinan Ketua dan Penolong Ketua Pelajar SBP telah berlangsung di Sekolah Tun Fatimah bermula pada 6 hingga 10 Mac 2010. Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan khusus untuk para pemimpin SBP. Tahniah kepada Majlis Guru Kaunseling SBP Zon Selatan dan tuan rumah STF kerana berjaya mengendalikan kurus ini dengan jayanya.