Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Thursday, August 20, 2009

MOCK INTERVIEW 2009







Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama guru-guru MOZAC telah mengadakan Mock Interview kepada semua pelajar tingkatan 5. Sebelum Mock Interview para pelajar telah mendengar penerangan daripada Pn Zulindawati berkenaan perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh pelajar ketika menghadiri sesi temuduga. Mock Interview ini telah diadakan di kelas-kelas tingkatan 5, Bilik Media dan Bilik Bahasa. Program ini bertujuan supaya para pelajar mengalami sendiri pengalaman ketika ditemuduga. Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah terlibat dalam Mock Interview pada hari ini.

10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN PADA HARI TEMUDUGA

1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih.Elakkan memakai baju batik
dan T-shirt.
2. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher.
3. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,
Jangan pakai minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan.
4. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
5. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung
bagi perempuan.
6. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas
pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta
surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga.
7. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya
nampak lebih kemas dan teratur.
8. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk
sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk
berehat dan bertenang. Jangan sekali-kali datang lambat.
9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk
pintu terlebih dahulu sebelum masuk.
10. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA

Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat. Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai setiap tahun.
Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti maktab, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan mereka.
Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga pelajar-pelajar SBP dan MRSM, perkara-perkara berikut telah didapati:

1. Pelajar-pelajar lemah dalam membuat ‘arguement’.
2. Bersikap pasif semasa temuduga.
3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik.
4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.
6. Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.
7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti
tempatan dan luar negeri.
8. Kurang pengetahuan am.
9. Berpakaian tidak kemas.

Friday, August 7, 2009

KOLOKIUM KECEMERLANGAN PELAJAR PROJEK KHAS KEBANGSAAN






2 hingga 5 Ogos telah berlangsung Kolokium Kecemerlangan Pelajar Projek Khas di Tiara Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Seramai empat orang wakil pelajar projek khas tingkatan empat dari setiap SBP telah menghadirkan diri ke program tersebut. Program ini bermatlamat supaya pelajar ini dapat meningkatkan jati diri untuk mencapai kecemerlangan dari pelbagai aspek. Melalui program ini para pelajar dapat berjumpa tokoh-tokoh negara dan alumni-alumni SBP yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Sebelum mengakhiri program tersebut, seorang wakil pelajar dari MOZAC, Mohd Solahuddaim dengan sukacitanya telah mengetuai bacaan ikrar pelajar projek khas. Diharap para pelajar dapat mencontohi kecemerlangan yang telah dicipta oleh alumni-alumni SBP dan membuktikan pelajar projek khas juga mampu mencapai kecemerlangan hidup.