Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Friday, November 14, 2008

SPM 2008 & Selamat Bercuti


Pixel Code Graphics






SPM menjelma lagi. Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan 5. Usaha yang berterusan, doa, restu dari ibubapa, guru dan seluruh warga MOZAC mengiringi anda. Jaga kesihatan semasa SPM dan fikirkan positif..Anda mampu melakukan yang terbaik.
Selamat bercuti kepada para pelajar. Kepada pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM pada tahun hadapan diharap memanfaatkan waktu cuti dengan mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan. Bagi pelajar tingkatan 4 tahun 2009 manfaatkan waktu cuti anda dengan menjalankan tugasan EAK. Manakala pelajar tingkatan 2 2009, isi masa yang ada untuk mencari maklumat berkaitan kerjaya bagi tugasan "Folio Kerjaya". Taklimat berkaitan EAK dan Folio Kerjaya telah diberi kepada pelajar-pelajar sebelum cuti. Selamat bercuti!

Wednesday, November 5, 2008

Online UPU & Majlis Restu Ilmu SPM

Pelajar tingkatan 5 boleh melayari laman web http://www.mohe.gov.my untuk mengisi borang kemasukkan ke IPTA( fasa 1) bermula pada 3 November sehingga 31 Disember 2008.
Majlis restu ilmu untuk pelajar tingkatan 5 akan diadakan pada 6 November 2008 (Khamis)di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru tingkatan 5 untuk menyampaikan amanat dan tips-tips peperiksaan sebelum SPM yang akan bermula pada 11 November 2008. Kaunselor juga akan memberikan kata-kata motivasi sebagai panduan dan semangat untuk pelajar berjuang dalam SPM.