Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Wednesday, April 16, 2008

Program " Look Smart"

Bertempat di dewan sekolah, disaksikan semua warga MOZAC, satu pertunjukan fesyen yang bertemakan " Etika Berpakaian Pelajar MOZAC" telah disempurnakan oleh pelajar-pelajar yang berbakat dan berketerampilan kemas iaitu para pelajar dari tingkatan 2 Omega. Para pelajar ini menunjukkan jenis-jenis pakaian yang bersesuaian dan dibenarkan oleh pihak sekolah untuk ke majlis atau aktiviti mengikut situasi, seperti pakaian ke sekolah, pakaian ke majlis rasmi, pakaian ke surau dan solat Jumaat, pakaian ke Majlis Makan Beradab dan sebagainya. Diharap warga MOZAC mendapat kesedaran dan mempunyai keinginan untuk kelihatan bersih, kemas, menarik, dan mematuhi etika berpakaian MOZAC.TQ.

Lawatan SLAD Ke Petrosains & Pesta Buku '08

Pada 12hb April para pelajar dari Kelab Skim Lencana Anti Dadah(SLAD) telah mengadakan lawatan ke Petrosains dan ke Pesta Buku, di PWTC. Di Petrosains para pelajar berpeluang, mempelajari ilmu sains di luar bilik darjah. Pelajar juga mengetahui sains sebenarnya begitu penting dalam kehidupan seharian dan sesuatu yang menyeronokkan. Pada sebelah petang pula, para pelajar bertolak ke PWTC dimana pelajar dapat membeli buku-buku dengan harga yang begitu berpatutan. Diharap dengan lawatan ini pelajar dapat menimba ilmu dan pengalaman.

Monday, April 14, 2008

Lawatan PRS ke Pusat Sains & TV3

Seramai 36 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) telah mengadakan lawatan kerjaya ke Pusat Sains dan Sri Pentas TV3. Di Pusat Sains pelajar dapat meneroka alam sains yang menakjubkan dan mempelajari ilmu sains secara tidak langsung. Pelajar juga dapat mengetahui cabang-cabang pekerjaan yang berkaitan dengan sains. Pada pukul 3 petang , PRS telah dibawa oleh kakitangan TV3 melawat sekitar Bangunan Sri Pentas seperti studio rakaman, bilik berita, Stesyen Radio HOT FM, dan Stesyen Radio FLY FM yang baru perpindah ke bangunan tersebut. PRS berpeluang mengemukakan soalan-soalan kepada kakitangan TV3 dan berpeluang bergambar dengan selebriti yang berada disana. Terima Kasih kepada pihak yang terlibat. Semoga Lawatan kerjaya ini lebih bermakna dengan pengetahuan pelajar berkenaan kerjaya dimasa hadapan.

Monday, April 7, 2008

KEM JAYA DIRI 2008









5 APRIL 2008 (SABTU) Bertempat di Kem Pengakap Bukit Katil, dari pukul 7.30 para pelajar telah menaiki bas untuk ke Kem tersebut. Para pelajar telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan melalui pelbagai aktiviti seperti kawad kaki, ikatan, masakan rimba, orientaring dan halangan komando. TAHNIAH kepada kumpulan yang berjaya dalam aktiviti masakan rimba dan halangan komando. Aktiviti seperti ini bertujuan untuk memupuk disiplin diri dan memupuk semangat bekerjasama dikalangan ahli kumpulan. Majlis penutup diteruskan di Astaka MOZAC pada pukul 9.30 malam dan wakil setiap kumpulan berpeluang berkongsi dapatan dan pengalaman setelah menjalani aktiviti sepanjang hari. GPK HEM telah menyampaikan hadiah kepada pelajar dan seterusnya merasmikan majlis penutup KEM JAYA DIRI Diharap para pelajar tingkatan 1 dapat meningkatkan dan memantapkan EQ dan SQ semasa berada di sekolah. Terima kasih kepada Pengakap Melaka kerana memberi kerjasama yang begitu memberangsangkan.

Tuesday, April 1, 2008

Sekadar renungan

Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.“Umar Al-Khatab”

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan

Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu
(Imam Shafie berwasiat)