Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Monday, March 31, 2008

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT RASULULLAH







Untuk menjadi ibu bapa yang hebat memerlukan kita mempunyai ilmu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang kira-kira maksudnya... setiap anak itu dilahirkan seumpama kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Malah seorang pakar psikologi kanak-kanak ada mengeluarkan kenyataan yang selari dengan sabda Rasulullah. Kata beliau... "berikan kepada saya 10 orang bayi yang sihat... dan saya akan jadikan mereka Peguam, Doktor, Pencuri atau Peminta Sedekah".


Moralnya di sini kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja... dan kita sebagai ibu bapa bertanggung jawab membentuknya. Jika si anak berjaya menjadi insan cemerlang, ibu bapalah yang menjadi pengaruh besar kepada kejayaannya. Dan jika si anak berperangai "tidak serupa orang" maka ibu bapa jugalah yang pertama sekali perlu dipertanggungjawabkan.


Kenapa dikatakan begitu? Sebab mengikut kajian para ulama dan pakar mendapati lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya. Cuba rujuk buku "21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang" dan "Menangai Anak Bermasalah" tulisan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah untuk rujukan lanjut.


Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa... ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan "menjegilkan" mata pun sudah cukup membuat anak "menikus". Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan "reasoning" lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:


TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.



TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.



TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.



TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.


Kesimpulannya... lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk "amanah Allah" yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibu bapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda.

Yakin dan percayalah... anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.

Tuesday, March 25, 2008

Didik anak satu cabaran

11, 2008
DALAM proses memahami dan memupuk hubungan dengan anak, harus disedari kehendak anak yang sedang membesar. Apatah lagi dalam dunia yang serba mencabar kini, meskipun ia satu tanggungjawab, mendidik anak dianggap suatu cabaran kepada ibu bapa.Impian menjadikan anak sebagai individu berguna menjadi iltizam setiap insan. Namun, dalam proses menuju matlamat itu, banyak cabaran yang perlu ditempuh.Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara memberi petua bagaimana memupuk hubungan mesra dengan anak.

i. Rasa selamat Menyayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan membina emosi anak yang kental.Walaupun perlu mendisiplinkan anak, beri jaminan tindakan anda itu kerana perasaan sayang. Nakal hanya pada perbuatan dan itu yang harus diberikan disiplin, bukannya memarahi anak itu.Jika anak menunjukkan sikap tidak menghormati anda sebagai ibu dan bapa, tegur si kecil dan beri penjelasan. Disiplin boleh diberi melalui nada suara yang tegas, menyekat permainan kesukaannya atau pukulan ringan, jika perlu.Anak harus sedar perbuatannya salah tetapi pada masa sama, si kecil tahu ibu dan bapanya berbuat demikian kerana sayang.

ii. Rasa dihargai Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat anak yang sedang membesar. Mereka bukannya patung atau barang hiasan.Anak mempunyai perasaan dan keinginan untuk diterima serta dihargai sebagai individu. Oleh itu, babitkan dirinya dalam perbualan seharian keluarga seawal usia satu tahun.Jika anak mahukan perhatian ketika anda sedang berbual dengan tetamu, jangan memarahinya. Dakap anak dan katakan anda mempunyai tetamu dan akan menemaninya sebentar lagi.Beri jaminan dan bermain dengan anak seperti yang dijanjikan. Ini menunjukkan anda menghargainya sebagai individu.

iii. Rasa penting Kadang kala ibu bapa ingin memberi sepenuh kasih sayang menyebabkan anak dikongkong daripada membuat sebarang keputusan sendiri.Beri mereka peluang untuk memegang tanggungjawab. Latih anak yang sedang membesar melakukan beberapa tugas kecil dalam keluarga mereka berasa dirinya penting. Sebagai permulaan, minta anak membasuh cawannya sendiri.Anak nakal berpunca daripada keperluannya yang tidak dipenuhi. Sayangi anak sepenuh hati dan menerima anak seadanya.Pada masa sama, si kecil mahukan jaminan ibu bapanya akan sentiasa memberikan rasa selamat, menghargai dan menerimanya sebagai sebahagian ahli keluarga. Ini akan memastikan emosi anak tumbuh sihat.

iv.Jadikan waktu membesar menceriakan Keluarga bahagia keluarga yang ceria. Rumah tempat untuk memupuk keceriaan, suasana riang dan membina kenangan manis.Rumah yang ceria juga mewujudkan suasana harmoni yang boleh dinikmati seisi keluarga. Jadikan aktiviti anda dan anak sesuatu yang ceria dan bukannya membebankan. Keseronokan bermain dengan anak mampu mengembalikan kenangan zaman kecil anda.Anak harus melihat anda bukan sekadar orang dewasa yang bijak, pembuat keputusan, pencari rezeki dan pembuat peraturan tetapi sebagai kawan yang ceria. Kenangan ini akan kekal sebagai kenangan masa kecil yang menceriakan.Namun, anak harus dididik untuk ceria seseorang tidak perlu mencederakan atau mengecilkan orang lain.

v. Hadiahkan mereka nilai murni Menjadi lumrah kanak-kanak yang meminta sebarang benda yang mereka lihat di televisyen atau milik kawannya. Malangnya, ibu bapa menurut saja kemahuan anak mereka tanpa menyedari memberi hadiah hanya akan menggembirakan anak untuk sehari tetapi pendidikan nilai murni akan memanfaatkan anak seumur hidup.Latih anak menghargai setiap pemberian daripada rakan dan sanak-saudara. Ini akan menyemai nilai bertimbang rasa, kesyukuran, persahabatan dan hormat-menghormati pada jiwa anak.Si kecil harus belajar mengucapkan terima kasih. Pastikan juga anak menjaga setiap pemberian berkenaan dengan baik. Misalnya, jika si kecil menerima buku, dia mesti belajar menjaga buku itu dengan baik walaupun tidak menyukainya.Anda harus mengehadkan pemberian hadiah sehingga anak benar-benar tahu menghargai dan menjaga setiap hadiah yang diterima. Jika tidak, anak akan mengambil kesempatan atas kemurahan hati anda.

Monday, March 17, 2008

Pendaftaran T4 ambilan kedua

Pada hari ini ambilan kedua pelajar T4 seramai 6 orang mendaftarkan diri , seorang perempuan dan 5 lelaki akan memulakan persekolahan di sekolah kita . Diharap mereka segera menyesuaikan diri dan seterusnya meneruskan persekolahan di Mozac dalam suasana yang selesa dan gembira demi merialisasikan harapan kecemerlangan SPM 2009.

TAHNIAH


Tahniah kepada semua pelajar SPM 2007 yang mendapat keputusan cemerlang..bijak memilih bidang pengajian di IPT dan semoga berjaya..Selamat kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar yang bercuti penggal 1 (8-16 Mac) tingkatkan prestasi akademik dan sahsiah diri.

Saturday, March 15, 2008

Kelakuan Remaja

KUALA LUMPUR, – Untuk kebanyakan anak-anak muda di seluruh dunia, menjadi seorang remaja adalah merupakan masa yang penuh dengan cabaran di dalam hidup mereka. Oleh itu, apabila berhadapan dengan situasi yang amat sukar seperti tekanan daripada rakan-rakan, diskriminasi, penyalahgunaan dadah atau keganasan, ia adalah amat penting bagi mereka jika dapat diberikan panduan oleh seseorang yang boleh dipercayai.
Pelajar tahun pertama psikologi, Azra Tasneem Bt. Vazeer Alam yang berumur sembilan belas tahun mendapati dirinya amat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang penyayang yang telah memberikan sumber kekuatan kepadanya pada masa-masa yang amat diperlukannya. Apabila disakat atau dipanggil dengan nama-nama yang kurang baik ketika awal remaja, Azra merasakan ketabanannya menghadapi masa-masa tersebut adalah disebabkan oleh kedua ibu dan bapanya.
"Apabila mereka memanggil saya dengan nama-nama tertentu di sekolah, ia merupakan satu pengalaman yang amat pahit bagi saya. Tetapi hubungan yang kuat dengan ibu bapa saya telah meningkatkan semangat saya dan juga telah membantu saya mengatasinya. Adalah amat penting untuk anak-anak muda untuk mempunyai 'role model' yang positif dan juga mereka yang dapat memberi panduan yang positif kepada mereka, untuk berjaya di dalam hidup," kata Azra.
Kelakuan yang berisiko sedang meningkat
Menurut Dr. Brendan J. Gomez, seorang psikologis Kaunseling dan Perkembangan, di Kolej Universiti HELP (HUC), Azra adalah seorang daripada 80 peratus di Malaysia yang terpaksa melalui pengalaman dibuli dalam masa tertentu pada zaman kanak-kanak mereka, dan mengikut statistik ia semakin meningkat setiap tahun. Tetapi keganasan bukanlah satu-satunya isu yang dihadapi oleh anak-anak muda kini. Di negara yang sedang membangun seperti Malaysia, disebabkan oleh tekanan daripada dunia yang moden, para remaja juga terpaksa menangani ancaman-ancaman yang timbul disebabkan oleh kelakuan berisiko seperti seks tidak selamat, penyalahgunaan dadah dan juga jangkitan HIV/AIDS.
"Disebabkan negara kita sedang pesat membangun, secara ekonomi, budaya dan sosial, kita telah berubah dengan banyak semenjak 20 tahun yang lalu dan remaja kita diharap agar dapat menghadapinya. Dan hasilnya, 28 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia sekarang mempunyai masalah kesihatan mental. Kemurungan, tekanan, keganasan dan bunuh diri kesemuanya semakin meningkat di kalangan anak-anak muda di negara ini," kata Dr. Gomez. "Ini merupakan trend yang amat merisaukan, dan kita hendak cuba cari jalan penyelesaian terhadap masalah ini sekarang."
Dengan sokongan daripada UNICEF, Pusat Kajian Asia untuk Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja (ARCCADE) dibawah HUC telah memulakan "Mentoring Malaysia", program kepimpinan remaja yang boleh memberi manfaat kepada remaja yang berumur tiga belas dan empat belas tahun. Projek perintis berdasarkan sekolah ini adalah untuk dua tahun dan ia telah direka untuk memperkukuhkan kompetensi sosial dan juga emosi kanak-kanak yang disebabkan oleh keadaan mereka yang serba kekurangan, melalui kaunseling rakan sebaya.



Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.

Sunday, March 2, 2008

lawak melayu

Apakah petunjuk-petunjuk yang membuktikan seseorang murid menghurmati gurunya?