Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Sunday, August 19, 2007

Mengantuk semasa belajar ?

Masalah yang dihadapi oleh anda iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahajamemulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar. Kalaulah saya bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif. Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu. Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan. Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-
1. Bina sikap yang positif.
Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.
2. Persediaan minda.
Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.
3. Persediaan perasaan.
Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.
4. Persekitaran yang sesuai.
Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.
5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.

Thursday, August 2, 2007

Tabiat baik : Membantu ke arah kecemerlangan

MEMBACA buku pada masa lapang merupakan tabiat yang baik. Tabiat bermakna kita mengamalkan sesuatu perkara mengikut kebiasaan. Tabiat yang baik bermakna kita bertertib dengan disiplin ketika melakukan aktiviti seharian.Tabiat adalah bagaimana cara seseorang itu berfikir, bertindak dan bertindak balas dengan sesuatu kejadian.Pelajar yang cemerlang perlu mempunyai tabiat yang baik. Kecemerlangan lahir daripada asuhan, keinginan dam keperluan untuk mencapai sesuatu yang baik.

Cuba fikirkan sama ada anda mempunyai tabiat berikut dalam kehidupan sehari-hari:

1. Membaca buku sebelum tidur.
2. Bertanya di dalam kelas jika tidak faham.
3. Menoleh ke belakang setiap kali membuka pintu.
4. Mengemaskan keperluan ke kelas sebelum waktu tidur.
5. Mendengar dengan tekun apabila berbual dengan rakan.
6. Melemparkan senyuman apabila berselisih dengan orang.

Tabiat di atas merupakan senarai ringkas daripada pelbagai tabiat yang boleh diikuti oleh pelajar. Ia bukan perkara yang sukar atau mustahil untuk dilakukan. Tabiat yang baik akan membantu anda untuk mendapatkan kecemerlangan.

Pelajar yang bersikap proaktif seperti suka bertanya di dalam kelas, berbincang dengan guru dan rakan, akan lebih mempunyai tabiat suka bersendirian. Orang yang bersikap proaktif tidak terpengaruh dengan faktor luaran. Di samping bertanggungjawab kepada diri sendiri, mereka akan cuba mengatasi masalah mereka.

Pelajar yang bersikap inovatif selalunya mempunyai tabiat penggerak atau pemula dalam diri mereka.Mereka gemar melakukan perkara yang belum dilakukan oleh orang lain dan bangga menjadi pemenang. Keinginan seperti ini lahir daripada tabiat inginkan kelebihan daripada orang lain.

Adakah anda orang pertama melakukan perkara-perkara berikut di dalam kelas:

1. Menyiapkan tugasan atau latihan.
2. bersetuju untuk menjadi ketua atau pengawas.
3. Menawarkan diri untuk sebarang persembahan.
4. Mengangkat tangan apabila guru bertanya soalan.

Wednesday, August 1, 2007

KETAHUI PUNCA ANAK AGRESIF

Sebenarnya sukar untuk mengetahui penyebab mengapa seseorang anak itu menjadi begitu agresif. Namun terdapat beberapa perkara yang umumnya menyumbang kepada permasalahan ini:

1. Meniru ibu bapa

Misalkan seorang anak berusia 10 tahun melempar sebuah botol ke ibunya sebab ia pernah melihat ayahnya melakukan hal yang sama. Jadi anak tadi hanya mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh bapanya terhadap ibunya.

2. Ibu bapa / penjaga membiarkan

Cara hidup yang tidak terikat dengan peraturan atau terlalu dimanja ibu bapa lambat-laun membuatkan anak suka menyerang. Misalanya ibu bapa / penjaga yang tidak menegur atau menghukum anak ketika dia melakukan kesalahan, pasti membuatkan anak beranggapan bahawa perbuatannya bukan satu kesalahan. Ini memberi peluang pada anak untuk mengulangi perbuatannya lagi.

3. Akibat pengaruh televisyen

Ibu bapa perlu mendampingi anak terutama dalam memilih program televisyen. Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa pada anak untuk menonton adegan-adegan kejam dalam filem-filem aksi atau peperangan, dikhuatiri mempengaruhi anak.

4. Memendam perasaan marah

Mencegah atau melarang anak melampiaskan amarahnya hanya akan mengakibatkan ia memendam perasaan marah itu. Tahukah anda perasaan marah yang terpendam itu boleh menyebabkan anak cenderung melampiaskan amarah terhadap orang lain dengan cara menyerang mereka bagi memuaskan hatinya?

5. Dengan kejam menghadapi kekejaman

Menghukum kekasaran anak itu adalah dibenarkan, tetapi bukan dengan memukulnya secara kasar. Memukul anak dengan zalim dan keterlaluan menyebabkan anak berdendam selain anak juga cenderung berbuat perkara yang sama apabila dia semakin membesar. Apabila ibu bapa menghukum anak dengan menganiaya, maka anak akan belajar untuk menganiaya orang lain sebagai balasan perlrmpiasannya. Jadi hindari hukuman yang boleh mengakibatkan anak juga terdorong unutuk melakukan hal yang sama terhadap orang lain