Selamat datang ke blog Kaunseling Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.. Segala pertanyaan boleh dilakukan dan pelbagai pautan yang menarik disediakan.. Sebarang keraguan dan cadangan boleh dihantar ke email kaunselormozac@gmail.com..

Wednesday, July 25, 2007

BULAN & SIKAP

kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC


* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik


OKTOBER

* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Doa

DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA



Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.

“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

Thursday, July 12, 2007

Stress: Jangan Biarkan Diri Anda Tertekan

Definisi Stress
Tekanan adalah suatu situasi atau perkara yang boleh mengganggu atau membina kehidupan seseorang. Jika seseorang dapat menyesuaikan diri, dia akan membina suasana yang disebut "eustress". Jika tidak dapat menyesuaikan diri boleh merosakkan diri disebut "distress"

Tanda-tanda Tekanan
Mudah marah, agresif, kecewa, hampa, mood berubah-rubah, duka, murung, suka menyendiri, panas baran
Gangguan Pemikiran
Sukar faham, sukar menyelesaikan masalah, sukar membuat keputusan, kurang kreatif, pelupa
Sakit Fizikal
Penyakit mulut, Jantung, Sistem Penghadaman, Alat Kelamin, Paru-paru, Rambut gugur, Sengal otot, Sakit kulit, Pundi kencing
Perubahan Perlakuan
Sukar tidur, merokok/minum arak, kurang minum @ lebih minum, lebih makan @ kurang selera, lewat bertindak, perubahan gaya hidup


Tuesday, July 10, 2007

Teaching and Learning Applications
. Take and store digital photos for a project
. Make a spreadsheet
. Draw a picture
. Make a concept map summarizing a chapter
. Form, visualize, and solve equations .
. Keep track of your class schedules, assignments, and grades
. Record observations on a field trip
. Read an ebook
. Find locations with a GPS
. Study and compose music
. Graph data
. View and use maps
. Increase content accessibility for those with disabilities
. Gather data on temperature, light, voltage, pH, and more with data probes
. Program your own handheld application
. Conduct a surveying expedition
. Look up a word in a dictionary
. Use flashcards
. Use a tutorial for self-study
. Conduct a stock market simulation
. Take notes and write a research paper
. Take notes in class
. Practice handwriting
. Study a foreign language
. Listen to historic speeches
. Take part in a collaborative simulation
. Do research on the web
. Conduct an academic competition
. Gather and analyze data on environmental issues
. Make a timeline
. Look up a word in a thesaurus
. Create an outline
. Study for a test
. Give students step-by-step instructions or visual plans for projects
. Keep a journal
. Create fitness records for students
. Access writing prompts and editing checklists
. Learn to read and write Japanese characters
. Learn about concepts in measurement
. Practice multiplication tables
. Access the periodic table
. Manage a collaborative project
. Look at reference diagrams on parts of the human body
. Make a photo album
. Listen to and study classical music
. Build a robot controlled by a handheld device
. Track a community service learning project
. Read about the latest current events
. Study astronomy
. Build vocabulary through word games
. Find or create a geocache
. Have classes create their own mobile information channels to share information with other classes or the community
. Create a database of endangered species
. Read historical primary source documents
Pameran IPT
Satu pameran IPT sempena Program Menara Ilmu peringkat Negeri Melaka tahun 2007 akan di adakan pada 14 Julai 2007 Sabtu di dewan MITC Ayer Keroh Melaka terbuka kepada umum untuk menyaksikannya.

Monday, July 2, 2007

Telefon Bimbit

Penggunaan di sekolah boleh jejas keharmonian dan mengganggu masa pembelajaran
Isu kebenaran penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah, seperti yang diperkatakan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon mencetuskan kontroversi. Namun, belum sempat pekeliling berhubung perkara itu sampai ke peringkat sekolah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil keputusan menarik balik kebenarannya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat berkata; “Dalam zaman ICT sekarang kita tidak dapat lari daripada berdepan dengan perkembangan teknologi. Sama ada suka atau tidak ia menjadi budaya masyarakat Malaysia.
Sewaktu tiada sebarang garis panduan diberikan oleh Kementerian Pelajaran, didapati penggunaan tanpa kebenaran tetap berlaku di kalangan pelajar.
Kalau ditanya perlu atau tidak, ia bergantung kepada penjaga murid berkenaan. Bagaimana penjaga dapat mengawal anak mereka sama ada di rumah atau di luar pandangan mereka. Bagi guru mungkin tiada keperluan untuk murid mereka memiliki telefon bimbit kerana jika timbul sebarang masalah mereka boleh menghubungi penjaga melalui berbagai saluran. Tambahan pula hari ini telefon awam ada di kebanyakan sekolah.
Namun persoalan yang mungkin dihadapi oleh guru khususnya guru disiplin ialah berkaitan kehilangan barang sehingga menambahkan lagi beban tugas guru. Bagaimanapun murid perlu dididik supaya bersikap dengan pekerti yang baik, walaupun cabarannya tetap ada.
Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa penggunaan telefon bimbit sudah berlaku sebelum pekeliling dikeluarkan, tetapi dipejamkan mata begitu saja selagi tidak menimbulkan masalah.
“Mengikut pengalaman kami, memang perkara ini berlaku. Banyak sekolah mengadakan peraturan mereka sendiri dengan melarang penggunaan telefon bimbit bagi mengatasi masalah ini. Ada yang merampas telefon bimbit berkenaan.”
Dengan menarik balik kebenaran menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah, NUTP mengalu-alukannya kerana di samping bantahan sebahagian besar ibu bapa, ia juga mengurangkan beban tugas guru dalam menguatkuasakan syarat-syarat penggunaannya.
NUTP berasa dukacita kerana Kesatuan Guru tidak dibawa berbincang mengenai isu yang penting seperti ini yang meliputi ibu bapa, pelajar dan guru. Harapan NUTP adalah supaya di masa akan datang, isu-isu yang penting seperti ini haruslah mendapat pandangan daripada semua pihak sebelum ia dijadikan pekeliling dan dikuat kuasakan.
“Ada pandangan mengatakan bahawa pelajar lebih suka menghabiskan masa dengan permainan dalam telefon bimbit serta perbuatan melanggar disiplin seperti mengambil gambar tidak sopan. Ini juga mungkin boleh berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, sekiranya kebenaran itu tidak ditarik apa yang kita boleh katakan mengenai perkara ini ialah, penjaga seharusnya tidak membelikan telefon yang canggih, memadai yang asas saja. Malangnya perkara ini sukar dikawal. Peranan semua pihak perlu supaya budaya pengunaan yang beradab sopan ditanam di kalangan pelajar. Ini satu proses pendidikan yang perlu difikir secara positif.
Begitu juga, pada peringkat awal penggunaan telefon bimbit boleh mewujudkan jurang antara pelajar berada dan pelajar tidak berkemampuan. Mungkin hal ini akan berlaku tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi perkara biasa. Ia juga bergantung kepada bagaimana ibu bapa mendidik anak mereka.

Sunday, July 1, 2007

Tidur siang

LONDON: Ibu bapa yang memujuk anak mereka supaya tidur pada waktu petang mungkin tidak sedar bahawa ia sebenarnya memberi kesan negatif kepada golongan muda itu.Satu kajian terbaru mendakwa, amalan tidur siang boleh merencatkan pertumbuhan mental golongan muda, termasuk kanak-kanak selain menggalakkan masalah tidur di kalangan mere-ka.Beberapa penyelidik antarabangsa di Amerika Syarikat dan Jepun mendakwa kanak-kanak khususnya yang tidur siang, terbukti sukar tidur malam dan gagal mempamerkan kecemerlangan dalam permainan khas bagi mengukur daya perancangan dan kemahiran mereka.Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, penyelidikan diketuai Dr John Harsh dan rakannya daripada Universiti Southern Mississipp, menjalankan kajian dengan menemubual ibu bapa 738 kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.Ini termasuk bertanyakan tabiat tidur mereka dan kanak-kanak yang lama tidur siang, didapati tidur malam pada purata 39 minit lebih lewat daripada rakan sebaya yang tidak tidur siang.“Kanak-kanak yang tidur siang bukan saja payah tidur malam, tetapi sukar bangun pada keesokan harinya.Mereka juga sering ‘buat perangai’ pada sebelah pagi, enggan ke sekolah dan masalah itu berlanjutan sehingga beberapa lama,” kata penulis kajian Dr Alyssa Cairns yang membentangkan hasil penyelidikan itu pada mesyuarat Persatuan Bersekutu Kajian Tidur di Minneapolis.Kajian itu disokong penyelidikan oleh Dr Kazuhiko Fukuda, Universiti Fukushima yang dipetik edisi terbaru New Scientist. Beliau membandingkan kanak-kanak yang menghadiri taska yang mewajibkan tidur siang 90 minit dengan kanak-kanak lain seusia yang tidak ke taska.Selain tidur lewat 30 minit berbanding rakan sebaya, kanak-kanak yang diletakkan di taska dari pagi sampai petang itu terbukti mempamerkan pelbagai masalah seperti membuat perangai pada setiap pagi dan enggan ke sekolah.“Tabiat buruk itu berlanjutan sehinggalah mereka memasuki sekolah rendah dan tidak tidur siang, mungkin disebabkan pengaruh tidur siang ke atas keupayaan dan corak bangun tidur mereka,” kata Dr Fukuda. Seorang lagi penyelidik Amerika, Dr Joe McNamara daripada Universiti Florida, menjalankan kajian ke atas 27 kanak-kanak tadika yang diukur tahap kemahiran mereka menggunakan sejenis permainan ‘puzzle.’“Kanak-kanak yang banyak tidur siang hanya dapat menyelesaikan sedikit permainan itu. Semakin lewat mereka tidur malam, semakin kurang daya kecekapan mental mereka. Tidur siang tidak boleh dijadikan pengganti kepada tidur malam,” katanya.Kajian itu turut menegaskan yang tidur siang juga bukanlah pengganti kepada tempoh jam tidur malam yang hilang.Bagaimanapun, berbeza dengan penduduk di Mediterranean, tidur petang didapati mengurangkan risiko kematian menurut tinjauan bersama penyelidik Greece-Amerika yang dipetik pertubuhan German Green Cross (DGK).